Tuesday, 30 December 2014

Pelancaran GSC Cinema di Quill City Mall

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK

Pelancaran GSC Cinema di Quill City Mall

Se

Pernah dengar pasal shopping mall Quill City Mall kt Kg Baru? Haaa, shopping ni baru bukak tau sebenarnya. Ada la sebulan dah kot. Hihi.

Semalam Aten dan Kak Ruby pergi kt Quill City Mall ni utk pelancaran GSC Cinema. 


Macam biasa. Daftar dan breakfast dulu. Oh ya, pelancaran ni dibuat di pintu masuk utama Quill City Mall, ground floor. Speech daripada CEO GSC Cinema, Ms Koh Mei Lee. Cantik orangnya. Lepas tu ucapan dari Dato' Michael Ong, group executive director. Lepas tu launch of GSC Cinema.


Lepas tu ktorg semua diiring ke tingkat 5 untuk special movie screening The Hobbit : The Battle of The Five Armies. 

Sebelum tu sempat la tour satu GSC tu. GSC ni ada 10 hall yang sangat selesa. Ada yg single seat dan jgk twin seat. Sound system memang thorbaekk lah :D


Orang yg pertama beli tiket GSC? Mesti la orang kuat GSC. Hehe. Aten pun dapat merasa dok kt cashier sebab nak amek gmbar utk diupload di blog. Hihi



Ni entrance GSC Cinema. Besar baq anggg. Memang selesa. Hhehe.


Aten dapat 2 tiket free GSC. Yayyyy! Jom teman Aten nak? Valid sampai 31 March 2015. Aten pun dapat bag free. Hehehe.

Harga tiket? Meh baca ni :D



Around kul 1.30 masing-masing pun bersurai dan makan. Hehehe.

Best ke cerita Hobbit? Nahhhh, tunggu review Aten kt next entry hokayyy. Muah ciked :*

Tuesday, 25 November 2014

MAT YO, AMRI PERLU LEBIH TAJAM

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK

MAT YO, AMRI PERLU LEBIH TAJAM

Nov 25 2014 12:50PM
621 Views
Harapan Malaysia untuk meneruskan perjuangan di Piala AFF Suzuki 2014 terletak pada barisan serangan taruhannya khususnya Mat Yo dan Amri Yahyah
Pengendali Harimau Malaya Dollah Salleh menyeru Mat Yo dan Amri Yahyah supaya memperkemaskan lagi permainan mereka menjelang perlawanan menentang Thailand esok di Stadium Jalan Besar.

"Pemain penyerang kami perlu memantapkan lagi permainan mereka kerana persembahan mereka masih lagi tidak mencapai tahap yang saya inginkan."

Ketiadaan Gary Steven Roobat yang dilayangkan kad merah memberikan ruang kepada Badhri Radzi untuk beraksi menentang pasukan naib juara siri Piala AFF Suzuki yang lalu.

"saya telah membuat beberapa pertukaran selepas Gary tidak dapat beraksi pada perlawanan seterusnya, namun ia tidak menggugat taktikal kami untuk perlawanan seterusnya."

Ikuti aksi Piala Suzuki AFF menerusi FOX Sports / FOX Sports HD (Ch. 812/832).

Monday, 27 October 2014

Bekas Penjaga Gol Barcelona Victor Valdes Dilihat Bersama Pemain United Di Old Trafford

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK

Bekas Penjaga Gol Barcelona Victor Valdes Dilihat Bersama Pemain United Di Old Trafford

Diterbitkan: Isnin, 27 Oktober 2014 12:37 PM
Bekas bintang Barcelona, Victor Valdes duduk bersebelahan Wayne Roonye dan Jonathan Evans dalam perlawanan menentang Chelsea di Old Trafford, Manchester, pada malam Ahad, 26 Oktober 2014. - Foto Oleh Ian Hodgson.
  (Ubah saiz teks)
BEKAS penjaga gol Barcelona, Victor Valdes telah dilihat duduk bersama-sama pemain bolasepak Manchester United di Stadium Old Trafford ketika kelab itu menentang Chelsea pada malam Ahad.
Ini menguatkan lagi spekulasi yang dia akan menyertai kelab tersebut dalam masa terdekat ini.
Valdes, 32, kini dibenarkan turun berlatih bersama skuad utama United oleh pengurus Louis Van Gaal sebagai langkah untuk mengembalikan kecergasannya selepas menjalani pembedahan lutut yang hampir-hampir meragut kariernya awal tahun ini.
Dia kini adalah ejen bebas selepas enggan melanjutkan kontraknya bersama Barcelona di penghujung musim lalu.
Jika Valdes menandatangani kontrak bersama United, nasib penjaga gol kedua mereka, Anders Lindegaard akan menjadi terumbang-ambing sekaligus menunjukkan yang Van Gaal tidak mempunyai keyakinan terhadap pemain ini.
Ia boleh membuka pintu kepada perpindahan Lindergaard ke kelab lain.

Ferguson Anggap Satu Penghinaan Kata Dia Wariskan Skuad Tua kepada Moyes

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK

Ferguson Anggap Satu Penghinaan Kata Dia Wariskan Skuad Tua kepada Moyes

Diterbitkan: Isnin, 27 Oktober 2014 2:52 PM
  (Ubah saiz teks)
BEKAS Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson berkata adalah sesuatu yang menghina untuk mengatakan yang dia telah mewariskan para pemain tua kepada pengantinya, David Moyes musim lalu sehingga membawa malapetaka besar kepada kelab itu sekaligus menyaksikan mereka berakhir di tangga ketujuh liga.
Ferguson, 72, yang bercakap dalam satu majlis siaran langsung di London untuk mempromosikan edisi tambahan kepada memoirnya 'My Autobiography' berkata;
“Itu (untuk menuduh dia demikian) adalah satu penghinaan. United memenangi kejuaraan liga dengan kelebihan 11 mata. Saya meninggalkan pemain-pemain muda yang berpotensi seperti Jones, Smalling, Welbeck. Malah pemain-pemain lain seperti Van Persie, Vidic, Carrick dan ramai lagi adalah pemain-pemain yang baik.
“Didier Drogba berusia 36 tahun dan dia menjaringkan gol ketika Chelsea menentang United semalam (Ahad). Van Persie pun bukan muda tapi 32 tahun dan dia juga menjaringkan gol semalam."
Bagaimanapun menurut Ferguson, perkara yang terbaik yang pernah berlaku kepadanya dan juga United ialah pembinaan pusat latihan dan Ibu Pejabat United iaitu Carrington.
"Kemudahan di Carrington adalah kelas pertama,” ujarnya.
Ferguson juga menegaskan yang keputusan kelab untuk melantik Louis Van Gaal sebagai penganti Moyes adalah satu tindakan yang betul.
"Sudah tentu ia adalah keputusan yang tepat. Saya sedikit pun tidak mempunyai keraguan ke atas keupayaannya. Dia adalah orang yang tepat untuk mengendalikan pasukan ini.
“Tapi anda tidak akan memperolehi konsistensi mahupun keputusan yang baik sehinggalah anda selesai menentukan empat pemain pertahanan," katanya lagi.
Menurut Ferguson, Shaw dan Rojo masih baru di United dan satu-satunya pemain pertahanan yang mempunyai pengalaman dengan gaya permainan kelab ini adalah Rafael.

Nadal Terlepas Beraksi Di Pusingan Terakhir Jelajah Dunia Di London

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK



RAFAEL Nadal akan terlepas untuk beraksi di Jelajah Dunia ATP pusingan terakhir di London bulan depan selepas pemain dari Sepanyol itu mengalami kesakitan, Jumaat. 

Bekas pemain nombor satu dunia itu yang telah diganggu oleh kecederaan dan penyakit sejak memenangi mahkota kesembilan Terbuka Perancis pada bulan Jun, telah menerima rawatan antibiotik akibat apendik dan telah memutuskan untuk menjalani pembedahan pada 3 November.

"Saya tidak akan bermain di Paris (Masters minggu depan) dan London. Saya tidak cukup kompetitif," kata Nadal pada sidang akhbar selepas tersingkir pada peringkat suku akhir acara Tertutup Switzerland di Basel.

Dia berharap untuk kembali di Terbuka Qatar pada bulan Januari.

Ketiadaan pemain berusia 28 tahun itu adalah satu tamparan besar kepada Jelajah ATP meskipun jelas kekalahannya terhadap remaja Croatia Borna Coric pada Jumaat menunjukkan dia tidak patut untuk bersaing.

Ujian ke atas sample B milik seorang atlet negara yang gagal ujian doping akan dilakukan pada 4 atau 5 November depan.

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK

Khairy (tiga, kiri) pada sidang media selepas menghadiri pertandingan akhir Malaysian Invasion Mixed Martial Arts musim kedua (MIMMA2) di Stadium Negara pada Sabtu malam. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Jason Lo (dua, kiri).
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Ujian ke atas sample B milik seorang atlet negara yang gagal ujian doping akan dilakukan pada 4 atau 5 November depan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, Persekutuan Sukan Antarabangsa yang berkenaan memberikan pilihan dua tarikh tersebut kepada atlet terbabit.

"Saya difahamkan bahawa Persekutuan Sukan Antarabangsa berkenaan telah memberikan atlet itu pilihan sama ada 4 atau 5 November untuk membuka sampel B dan menguji sampel itu," katanya di sini lewat malam Sabtu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri pertandingan akhir Malaysian Invasion Mixed Martial Arts musim kedua (MIMMA2) di Stadium Negara di sini.

Baru-baru ini media melaporkan seorang atlet negara didakwa positif dadah bagi sampel A iaitu ujian air kencing yang dilakukan secara rambang semasa Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark pada Ogos lepas.

Permohonan bagi melakukan ujian ke atas sample B dilakukan sendiri oleh atlet itu pada 16 Oktober lalu, sehari sebelum tarikh akhir untuk memohon sampel tersebut diuji.

Hingga kini identiti atlet berkenaan belum didedahkan.

Mengikut peraturan Persekutuan Sukan Antarabangsa berkenaan, mereka tidak akan mengeluarkan atau umumkan nama atlet terbabit sehingga ujian sample B selesai dilaksanakan.

BAM Sahkan Atlet Gagal Ujian Dadah

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK

BAM Sahkan Atlet Gagal Ujian Dadah

Diterbitkan: Ahad, 26 Oktober 2014 5:33 PM
Datuk Norza Zakaria
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan bahawa seorang daripada atletnya gagal ujian dadah di satu kejohanan utama tahun ini namun tidak mendedahkan identiti pemain terbabit.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Presiden BAM, Datuk Norza Zakaria pada mesyuarat khas persatuan itu berhubung isu berkenaan.

Ia adalah pengumuman rasmi pertama yang dibuat oleh pegawai dari persatuan itu mengenai isu positif doping.

Ujian ke atas sample B milik atlet kebangsaa yang gagal ujian doping itu akan dilakukan pada 4 atau 5 November depan di sebuah makmal di Oslo, Norway.

Media sebelum ini banyak melaporkan bahawa atlet terbabit adalah pemain badminton, Datuk Lee Chong Wei yang memenangi gangsa pada Sukan Asia baru-baru ini di Incheon, Korea Selatan.

Nicol Juarai Terbuka Macau

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK

Nicol Juarai Terbuka Macau

Diterbitkan: Ahad, 26 Oktober 2014 11:01 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Ratu skuasy Malaysia dan pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol David, mempamerkan aksi mengagumkan sebelum meraih gelaran juara Terbuka Macau buat julung kalinya.

Dalam perlawanan akhir di Macau Squash Sports Complex pada Ahad, Nicol yang juga pilihan utama, menampilkan aksi bertaraf dunia sebelum menewaskan pemain nombor tiga dunia, Raneem El-Weleily dari Mesir, dengan catatan 11-8,11-2 dan 11-8.

"Sangat gembira menang gelaran Macau Open buat julung kali selepas tewaskan Raneem 3-0. Terima kasih kepada Macau Squash dan semua pihak yang menjadikan kejohanan ini sebagai acara utama bagi skuasy wanita," kata Nicol dalam laman Facebook beliau.

Dalam kategori akhir lelaki, Tarek Momen dari Mesir terpaksa bertungkus lumus sebelum dapat mengalahkan rakan senegara yang juga juara bertahan, Omar Mosaad.

Tarek menang dengan catatan 6-11, 11-5, 11-7, 4-11 dan 12-10 ke atas Omar, yang juga pilihan kedua.

kami update seketika

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK


kami sedang dalam proses update blog ini stay tuned

Thursday, 22 November 2012

Rahmat Che Hassim Ke Barcelona

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK


Rahmat Che Hassim Ke Barcelona

June 14 | Oleh Sam | BeritaBerita Utama
Empat pemain yang akan mewakili Asia Tenggara bagi Global Finals Nike ‘The Chance’ termasuk dari Malaysia telah diumumkan di Jakarta semalam.
Mereka yang layak dalah Rahmat Che Hassim (Malaysia), Muhammad Faris Ramli (Singapura), Evan Dimas (Indonesia) dan Napapon Sripratheep (Thailand).
Mereka kini akan diberi peluang untuk berlatih di bawah bimbingan Pep Guardiola di akademi La Masia Barcelona bersama 100 pemain terbaik dari 55 negara yang akan menjalani latihan sementara diuji oleh pasukan dan jurulatih terbaik dunia.
Rahmat Che Hassim (gambar) yang sangat gembira memberitahu bahawa dia sangat teruja untuk bertemu dengan bintang Barcelona, Lionel Messi.
“Semestinya saya ingin bertemu dengan Lionel Messi.”
“Apabila saya bertemunya, saya akan berkata Hi I am Rahmat from Kelantan!”
Nike juga memberitahu bahawa mereka akan memilih 16 pemain terbaik daripada pusingan akhir global untuk latihan jelajah di mana mereka akan bertemu dengan pasukan akademi dari Manchester United, Juventus dan pasukan remaja Amerika Syarikat.
Pada sesi pemilihan di Jakarta semalam, para pemain telah menujukkan bakat mereka di hadapan Ong Kim Swee, V.Sundramoorthy (jurulatih LionsXII), Widodo Chayono Putro (jurulatih Indonesia B21) dan Nophodol Pibulvech (pengarah bola sepak Chonburi FA).
Nike The Chance
“Berdasarkan perlawanan hari ini (Selasa) kesemua pemenang sangat menyerlah. Dan mereka melakukan segalanya untuk meyakinkan para jurulatih dan mereka layak ke Barcelona,” kata Sundramoorthy.
Rahmat Che Hassim yang tidak percayakan nasib baiknya berkata: “Saya tidak percaya kerana ini adalah peluang kedua saya dan saya dipanggil selepas salah seorang dari lima pemenang ini telah dipanggil untuk bersama pasukan kebangsaan.
“Saya juga antara pemain yang tertua di sini dan ini peluang terakhir saya. Saya akan beri yang terbaik di Barcelona.” – ESPNStar.my

NAZMI BERSEDIA

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK


Pemain muda negara, Nazmi Faiz Mansor (gambar) yang akan memulakan aksi bersama kelab divisyen satu Portugal, SC Beira-Mar Julai depan tidak keseorangan kerana dia bakal ditemani kakak dan abangnya.
Menurut bapa Nazmi, Mansor Mustapha sebelum anaknya memperoleh keluarga angkat di Portugal, kakaknya, Nazirah Farhah Mansor yang kebetulan akan menamatkan pengajian di Moscow, Rusia Julai depan akan menemaninya.
“Itulah rancangan awalnya dan dalam masa yang sama jurulatih skuad Bawah 23 Tahun, Ong Kim Swee dan ejennya Marco Guimaraes akan ke Kedutaan Malaysia di Lisbon untuk menguruskan pencarian keluarga angkat,” katanya pada majlis meraikan kejayaan Nazmi terpilih beraksi bersama SC Beira-Mar oleh Belia AU5D Lembah Keramat, malam tadi.
Jelas mansor, selepas kakaknya menemani Nazmi mungkin abangnya, Nazir Farhan akan mengambil alih tugas mendampinginya dan semua ini dilakukan bagi membolehkannya cepat menyesuaikan diri dengan keadaan di sana.
Sementara itu, Nazmi, 17, kini fokus sepenuhnya untuk beraksi dalam Liga Portugal, tanpa mengira sama ada dalam pasukan utama atau remaja.
Tambahnya, cuaca dan pemakanan bukan masalah besar baginya.
“Saya sudah mula menyesuaikan diri dengan corak permainan di sana. Saya akan cuba mengutip pengalaman sebanyak mungkin dan bekerja keras di dalam latihan.
“Mengenai peluang untuk saya bermain dengan pasukan senior kebangsaan pula, saya juga akan berusaha berebut tempat dengan pemain lain. Sekarang fokus saya hanya untuk membantu skuad Bawah 22 Tahun negara pada kelayakan Piala Asia bawah 22 tahun di Myanmar,” katanya.
Mengenai gaji bersama SC Beira-Mar, Nazmi berkata, perkara tersebut tidak perlu dibangkitkan kerana dia lebih fokus untuk beraksi sebaik mungkin.
Nazmi menandatangani pra-kontrak tiga tahu bersama Beira-Mar dan secara rasmi menjadi pasukan kelab itu pada majlis tandatangani kontrak rasmi 17 Ogos ini, sehari selepas hari jadinya yang ke-18.
Nazmi akan menyarung jersi No. 10 Beira-Mar. – Utusan Online

Friday, 16 November 2012

Johor sambar pemain Serie A

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK



JOHOR BAHRU - Skuad Harimau Selatan terus berbelanja besar apabila bakal menyambar seorang lagi pemain import, Simone Del Nero, iaitu bekas pemain Lazio yang beraksi dalam Serie A, selepas mengikat pemain Getafe secara pinjaman, Daniel Guiza.
Jika semuanya berjalan lancar, Del Nero yang berusia 31 tahun bakal tiba ke negeri ini hari ini bagi membincangkan kontraknya bersama skuad Johor.
Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Suhairi Hashim berkata, sidang akhbar dan sambutan untuk meraikan kedatangan Del Nero dijadual diadakan pukul 3 petang di sebuah hotel di sini, hari ini.
Ketibaan pemain tengah itu bakal diumumkan Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Del Nero pernah bermain untuk skuad Bawah 21 Itali yang merangkul kejuaraan Kejohanan Bola Sepak Eropah UEFA pada 2004. Pasukan sama juga berjaya membawa Itali memenangi pingat gangsa Sukan Olimpik 2004.
Bagaimanapun, dia tidak pernah dipanggil untuk bermain mewakili pasukan senior Itali.
Karier Del Nero bermula dengan bermain untuk kelab Empoli sebelum berpindah ke Brescia pada 2000, namun kemudian dipinjamkan kepada kelab Livingston dalam Liga Scotland bagi musim 2001/2002.
Del Nero kemudian kembali ke Brescia untuk musim 2002/2003 sebelum sekali lagi dipinjamkan ke Palermo dalam Serie B.
Pada 2007, selepas kontraknya dengan Brescia tamat, kelab gergasi Lazio menyambar Del Nero dengan mengikat kontrak selama lima tahun, namun disebabkan kecederaan, dia hanya sempat membuat beberapa kali penampilan.
Dia kemudiannya menjalani pembedahan sebelum Del Nero sekali lagi dipinjamkan ke Kelab Cesena dalam saingan Serie A.
Kehadiran Del Nero memperlihatkan kesungguhan Johor untuk memberi cabaran dalam Liga Malaysia selepas mengikat Guiza, yang juga pernah beraksi di Mallorca dalam La Liga.

Tuesday, 24 January 2012

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK


Carta Liga Super (4)


(klik pada gambar untuk besarkan)
Graphic:Ley Man
Hak Cipta Terpelihara 2012

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK


Kenali Mereka:Viatcheslav Melnikov (Pemain Import Yang Berbakat Tetapi Kurang Dikenali) Bahagian 3

Viatcheslav Melnikov adalah seorang pemain bolasepak profesional.Melnikov dilahirkan pada tahun 12 Mac 1975,sekarang berusia 37 tahun.Melnikov mempunya ukuran badan yang baik sebagai penyerang dan pemain kelahiran Russia ini juga mempunya pakej yang lengkap dari segi corak permainannya,kemahiran penyudah yang sangat baik dan tendangan yang tepat serta padu sehingga dia digelar dikalangan penyokong 'Rusia Tropedo' Melnikov juga dikenali sebagai "Dia Slava" dikalangan rakan sepasukan.Melnikov mula mencipta nama di Liga Malaysia dengan mewakili pasukan Pahang pada tahun 1998.Nama Melnikov mula meningkat naik sejak beliau telah  berjaya mendapat kasut emas (Liga Perdana Satu) pada tahun 1998 ketika menyarung jesri Pahang dengan 17 jaringan.


Tahun 2001 Melnikov dipancing oleh sebuah kelab di Hong Kong,Melnikov hanya beraksi setahun sahaja bersama kelab Happy Valley AA tersebut dan selepas itu beliau kembali bersama Pahang pada tahun 2002 Melnikov berjaya menjaringkan 13 jaringan dan ketika itu penjaring terbanyak adalah pemain tempatan iaitu Khalid Jamlus dengan 17 jaringan ketika bersama Perak.Melnikov membantu pahang menamatkan Liga Perdana Satu ditempat yang ke 9 daripada 12 pasukan.yang bertanding.Jurulatih Pulau Pinang ketika itu Ahmad Yunus Mohd Aliff sangat berminat dengan corak pemain dari Rusia ini untuk membantu pasukan Pulau Pinang.
Tahun 2004 pasukan Pulau Mutiara berjaya mendapat khidmat beliau,Melnikov banyak membantu pasukan yang diwakilinya ini dengan menjaringkan gol disaat-saat genting dan diakhir-akhir perlawanan.Tahun 2005 Melnikov digandingkan dengan pemain import dari Nigeria iaitu  Dudu MacPherlin kedua-dua pemain ini kelihatan serasi bermain bersama-sama ketika digandingkan.
Ketika Kempen Liga Super hampir tamat  prestasi Melnikov kurang memberangsangkan,lalu Pulau Pinang terpaksa melepaskan pemain hebat ini,dan beberapa lagi import termasuk rakan gandingannya Dudu MacPherlin yang ingin berhijrah ke Liga India.Melnikov ketika itu masih berniat lagi untuk menyumbangkan khidmatnya tetapi ketika itu juga Pulau Pinang mengalami masalah kewangan lalu terpaksa melepaskan Melnikov.Pulau Pinang hanya mengekakalkan seorang saja pemain import untuk tahun hadapan iaitu Mario Da Silva.Tahun 2007 Melnikov menamatkan kariernya di TDCS Dong Thap F.C.Kelincahan,tendangan yang padu dan corak permainan pemain Rusia ini tidak mungkin kita dapat melupakan.

Penulis:Ley Man
Rujukan:
-Wikipedia
-Azmi Mahamood
-Star online
-Tokgajah
-Haria Penang 69
-Harimaumalaya
SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK


Senarai 26 pelatih yang dipilih oleh Dato K Rajagobal untuk mnjalani latihan pusat

Senarai 26 pelatih yang dipilih oleh Dato K Rajagobal untuk mnjalani latihan bagi menghadapi perlawanan persahabatan menentang Arab Saudi dan Filipina nanti. Latihan/ pemilihan di Wisma FAM dari 29 Jan 2012 sehingga 3 Feb 12.

Kedah: Baddrol Bahtiar, Amar Rohidan

Perak: Nasril Nordin

Selangor: Bunyamin Omar ,Safiq Rahim, Asrarudin Putra Omar

Negeri Sembilan: Farizal Marlias, Shahurain Abu Samah,G.Mahathevan,S. Kunalan

Terengganu: Abdul Hadi Yahya, Abdul Manaf Mamat, Mazlizam Mohamad ,Ashaari Shamsudin, Faizal Muhammad

Kelantan: Nur Shahrul Idlan Talaha, S. Subramanian,Syazwan Yusuf, Aziz Ismail, Shakir Shaari

ATM: Aidil Zafuan ,Zaquan Adha ,Amiridzwan Taj, Venice Delphi, Azmi Muslim

PKNS: Mohd Fauzan Dzulkifli

Nota: Pemain skuad Kelayakan Sukan Olimpik 2012 tidak terlibat dalam skuad ini kerana mereka bakal berhadapan dengan Bahrain di tempat lawan bagi menghadapi perlawanan ke-4 peringkat kumpulan Kelayakan Olimpik 2012.

Ketiadaan Safee Sali pula tidak dapat dipastikan atas sebab apa.

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK


Video Arsenal 1-2 Manchester United [EPL]

Posted by  on Jan 23, 2012 | Leave a Comment
Arsenal 1-2 Manchester United
EPL: Arsenal 1-2 Manchester United
Video Arsenal 1-2 Manchester United | EPL 22.01.2012
Manchester United kept the pressure on Premier League leaders Manchester City as Danny Welbeck’s late strike clinched a dramatic 2-1 win over Arsenal.
United kicked off six points behind City after their rivals’ victory over Tottenham Hotspur earlier in the day, and the champions were set to lose ground in the title race when Robin van Persie’s second-half goal cancelled out Antonio Valencia’s opener at the Emirates Stadium.
Video Arsenal vs Manchester United 22 January 2012
Video Arsenal 1-2 Manchester United