SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK
MONDAY, NOVEMBER 28, 2011
Malaysia vs Bahrain : Salah Siapa ?
Bolos tiga gol dalam masa 6 minit di akhir perlawanan merupakan sesuatu perkara yang amat perit untuk di telan oleh semua penyokong bola sepak Malaysia, lagi-lagi bagi mereka yang ada di stadium. Semalam, tiga orang wakil Sukan Star ke Bukit Jalil untuk menganalisis perlawanan tersebut.
Perlu di ingat, kita bolos 3 GOL dalam kondisi permainan yang sepatutnya kita tidak patut melepaskan ketiga-tiga gol tersebut. Antaranya,
1) Malaysia sedang menentang pasukan lawan yang hanya bermain 10 orang
2) Malaysia sedang mendahului pihak lawan dengan jaringan 2-0
3) Malaysia bermain di gelanggang sendiri, dihadapan penyokong sendiri.
4) Pada masa tersebut, sudah memasuki 10 minit terakhir masa perlawanan sebenar.
Di sebabkan Sukan Star bukanlah penyokong sejati macam Ultras Malaya, yang mana Ultras Malaya akan mengiyakan sahaja biarpun apa saja yang berlaku pada Pasukan Kebangsaan, jadi, kami cuba mencari apakah punca sebenar yang boleh menyebabkan Malaysia bolos 3 gol dalam tempoh 6 minit.
Seperti kita tahu, kita kehilangan beberapa pemain akibat kecederaan sebelum perlawanan ini bermula. Izzaq Faris dan Wan Zahrul Nizam cedera ketika beraksi dengan skuad Sukan Sea. Muslim Ahmad pula mengadu tidak selesa dengan hamstring sehari sebelum perlawanan menentang Bahrain.
K.Gurusamy dan Fakri Saarani pula tidak dapat beraksi keranan penggantungan akibat mengutip 2 kad kuning. Dan seorang lagi yang semakin dilupakan, Gary Steven Robat, pemain yang melakukan through-pass yang cantik kepada Wan Zack haikal pada perlawanan menentang Lebanon tempoh hari, masih lagi belum pulih dari kecederaan yang dialaminya sebelum Sukan Sea lagi.
#2 Pemain Keletihan
Semua tahu ini. Malas nak cerita panjang. Hanya Wan Zack pemain yang memulakan perlawanan pada malam tersebut yang tidak ke Sukan Sea.
#3 Taktikal Terdesak
Disebabkan kecederaan yang menimpa, Ong Kim Swee terpaksa melakukan beberapa perubahan drastik pada taktikal beliau.
Di bahagian pertahanan, sekali lagi OKS tidak dapat menurunkan gandingan Muslim-Fadhli. Jadi Amer Saidin bergandingan dengan Fadhli pula kali ini. Bagi aku, Amer Saidin menunjukkan aksi yang cukup menyakinkan, dan ketiadaan Muslim tidak terasa sangat.
Di bahagian 'Defensive Midfielder', ini kita ada masalah. Pilihan utama OKS, K.Gurusamy digantung satu perlawanan. Tapi OKS masih ada pengganti, iaitu Shukor Jusoh dan semestinya Nazmi Faiz. Tetapi Nazmi Faiz akan digunakan di bahagian 'Attacking Midfielder'. Tiba-tiba muncul nama Affize Faisal, pemain asal Harimau Muda yang beraksi di posisi pertahanan kiri, yang mana posisinya di ambil alih oleh Zubir Azmi. Bagi aku, Affize Faisal berjaya mengemudi posisinya dengan baik sepanjang perlawanan.
Meletakkan Thamil Arasu di bahagian serangan merupakan satu keputusan yang kita tidak boleh pertikaikan dengan OKS. Kita hanya boleh pertikaikan di Facebook. Risau pulak nanti OKS keluarkan ayat "Saya Kenal Pemain Saya"
#4 Kecederaan Nazmi Faiz dan Affize Faisal Dalam Perlawanan
Bermula dengan kecederaan Nazmi Faiz, OKS memasukkan Ferris Danial sebagai ganti. Perlu diingat, Nazmi Faiz seorang pemain Defensive Midfielder, tetapi pada malam tersebut dia bermain di posisi Attacking. Jadi dia boleh membantu pertahanan bila pasukan diserang.
Memasukkan Ferris Danial, sorang pemain striker di posisi Attacking Midfielder, ada pro dan kontra nya. Mungkin dia boleh membantu Thamil Arasu yang sibuk berpoco-poco ditengah padang. Ferris juga banyak membantu dalam bertahan, tapi itu bukan kepakarannya.
#5 Irfan Fazail dan Fandi Othman Tidak Dikeluarkan
Bagi siapa yang perasan, dalam minit ke-55, Irfan sudah mula terhincut-hincut. Sepatutnya pertukaran di lakukan lebih awal. Dari situ memang nampak Irfan mula menjadi penumpang dalam padang. tapi kredit wajar diberikan kerana dia cuba sedaya mungkin yang dia boleh untuk membantu pasukan.
Begitu juga dengan Fandi. Dia sendiri mengakui ada masalah hamstring pada hujung babak perlawanan. Juga di lihat kurang menjadi akibat kecederaan tersebut. Juga sekadar penumpang dalam pasukan.
Begitu juga dengan Fandi. Dia sendiri mengakui ada masalah hamstring pada hujung babak perlawanan. Juga di lihat kurang menjadi akibat kecederaan tersebut. Juga sekadar penumpang dalam pasukan.
Pemain ini merupakan harapan OKS untuk melakukan sesuatu. Tapi sayangnya aksinya tidak kosisten. Mungkin disebabkan kecederaan panjang yang dialaminya, dia masih belum mendapatkan prestasi asalnya. dan sebab kecederaan juga lah Wan Zack terpaksa di keluarkan awal, dan digantikan oleh Syahrul Azwari.
Yang ni memang tak tahu nak cakap apa dah. Ya, mungkin Thamil ni bagus. Ya, Ong Kim Swee kenal player dia. Tapi, mungkin sekarang dia hilang sentuhan. Rehatkan dia, guna striker lain. Fakri tak dapat beraksi akibat penggantungan. Kalau tak sah-sah Fakri yang akan memulakan perlawanan.
Ada 3 orang lagi pemain yang boleh beraksi di barisan hadapan yang tersenarai dalam pasukan simpanan. Pertama, Syahrul Azwari. Semua kenal siapa dia ni. Tapi mungkin dia kurang cergas untuk diturunkan selaku pemain utama. Tapi, Syahrul Azwari masuk menggantikan Wan Zack diakhir babak pertama.
Kedua, Ferris Danial. Pemegang jersi no 10 untuk skuad Harimau Muda. Tak terpilih ke Sukan Sea akibat kecederaan dan juga memang bukan pilihan utama OKS sejak dari awal lagi.
Ketiga, Hazwan Bakri, striker muda yang beraksi bersama skuad Liga Super Kuala Lumpur musim lepas. Jadi kenapa tidak dicuba dulu pemain lain? Kalau tak menjadi, masukkan lah Thamil Aishiteru.
Di minit akhir perlawanan, Thamil pun sekadar menjadi penumpang dalam pasukan. Sampai satu ketika Thamil ni langsung tak pegang bola untuk satu tempoh yang lama.
Fandi injured, Irfan Injured, Thamil poco-poco. Kita sebenarnya hilang 3 pemain di situ. Sebenarnya skuad 10 orang Bahrain menentang skuad 8 orang Malaysia.
Di minit akhir perlawanan, Thamil pun sekadar menjadi penumpang dalam pasukan. Sampai satu ketika Thamil ni langsung tak pegang bola untuk satu tempoh yang lama.
Fandi injured, Irfan Injured, Thamil poco-poco. Kita sebenarnya hilang 3 pemain di situ. Sebenarnya skuad 10 orang Bahrain menentang skuad 8 orang Malaysia.
thamil aishiteru? haha serius lawak bro... tp mmg ada betulnya dia patut digantikn. mcm xde fungsi n jarang skali kita tgk dia boleh beat player lwn. fakri pun kurang menjadi, kesian sebab dia super rajin! kadang2 terfikir jugak, msia dh xde striker lain ke?!!!
ReplyDelete