INFO

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK


Info

pocSUKAN BOLA SEPAK tidak perlu diperkatakan lagi. Semua orang, tidak kira kecil, besar, tua, muda, lelaki, perempuan semua kenal bila disebut bola sepak.
Bola sepak adalah sukan nombor satu dan paling banyak dimainkan di atas dunia yang dinaungi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa atau ringkasnya FIFA.
Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola sepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan penjualan tiket di stadium-stadium.
Permainan ini dimainkan pada peringkat professional di seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke stadium bola sepak untuk mengikut pasukan pilihan mereka, manakala berbilion pula melihat perlawanan bola sepak di skrin televisyen. Sebilangan besar pemain juga bermain bola sepak pada peringkat amatur.
Mengikut kajian yang dilakukan FIFA, lebih daripada 240 juta orang bermain bola sepak dalam lebih daripada 200 negara di seluruh pelusuk dunia.
Pertandingan antarabangsa terbesar di dalam kalendar bola sepak dunia ialah Piala Dunia FIFA yang diselenggarakan sendiri oleh FIFA.
Kejohanan Piala Dunia diadakan setiap empat tahun sekali. Lebih dari 190 negara bertanding di peringkat kelayakan mengikut zon sebelum dapat melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia yang biasanya dihoskan oleh sebuah negara yang telah dipilih oleh FIFA.
Perlawanan pusingan akhir ini biasanya berlangsung selama empat minggu dan kini melibatkan 32 pasukan (naik dari 24 pada tahun 1998). Brazil telah muncul sebagai pasukan yang paling berjaya di dalam Piala Dunia dengan muncul sebagai juara sebanyak 5 kali.
Mudah-mudahan blog ini dapat menyemarakkan lagi perkembangan bola sepak dengan info-info dan maklumat terkini sama ada dalam atau luar Malaysia.
Terima kasih kepada anda yang melawat blog ini. Sudilah berkongsi pandangan dan anda digalakkan untuk meninggalkan apa-apa komen pada ruang yang telah tersedia. Jauhi segala komen-komen yang memburuk-burukkan antara satu sama lain walau pun berlainan negeri sekali pun.
Anda ada pandangan tentang artikel ini? Sila tinggalkan komen anda di bawah untuk berkongsi dengan pengunjung yang lain. Terima kasih.. terima kasih.. dan terima kasih :)


No comments:

Post a Comment