Liga Malaysia 2012


Carta Liga Super (4)


(klik pada gambar untuk besarkan)
Graphic:Ley Man
Hak Cipta Terpelihara 2012


Ong Kim Swee Mula Resah

okswee
SIKAP ‘membisu’ Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) berhubung jadual perlawanan dan juga gelanggang rasmi skuad Harimau Muda menjelang saingan Liga Singapura (Liga-S) musim depan menimbulkan tanda tanya jurulatih, Ong Kim Swee.
Menurut Kim Swee, setakat ini beliau masih belum menerima sebarang maklumat rasmi daripada FAS berhubung perkara itu walaupun difahamkan, saingan Liga-S bakal bermula pada 9 Februari depan.
Meskipun mengakui persiapan anak-anak buahnya tidak terjejas dengan situasi berkenaan, Kim Swee benar-benar berharap supaya FAS dapat menyalurkan maklumat itu kepadanya ataupun menerusi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan kadar segera.
“FAS masih tidak beritahu saya mengenai perkara itu, dengan FAM pun belum lagi.
“Saya harap semua urusan ini boleh diketahui dalam tempoh terdekat bagi memudahkan kami menyusun jadual memandangkan pemain Harimau Muda A akan beraksi pada Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 22 tahun pada Jun tahun depan, selain menempuh baki kelayakan Olimpik Februari nanti.
“Bukan apa, saya tidak mahu ada sebarang pertindihan jadual nanti.
“Mungkin FAS sudah dimaklumkan mengenai jadual kita dalam pusingan kelayakan Olimpik, cuma saya bimbang mereka terlepas pandang mengenai kejohanan Piala AFC,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Skuad Harimau Muda A bakal bersaing dalam Liga-S selama empat musim hasil perjanjian persefahaman selama empat tahun di antara FAS dan FAM sebelum ini. Skuad itu akan dibarisi 28 pemain yang berusia bawah 22 tahun.
‘Sistem barter’ itu juga menyaksikan penyertaan pasukan Singapura yang dikenali sebagai Lions XII FC pada Liga Malaysia (Liga-M) musim depan yang begitupun menimbulkan rasa ‘kurang senang’ pemerhati bola sepak kerana menyenaraikan 10 pemain berusia lebih 23 tahun.
Bagi baki aksi kelayakan Kumpulan C temasya Olimpik Zon Asia nanti, skuad muda negara bakal berkunjung ke Bahrain pada 5 Februari tahun depan sebelum melayan kunjungan Jepun pada 22 Februari. Perlawanan terakhir berdepan Syria pada 14 Mac pula bakal diadakan di gelanggang berkecuali.
Ketika ditanya sama ada Stadium Yishun, Singapura yang berkapasiti 3,400 penonton mungkin menjadi gelanggang rasmi buat skuad Harimau Muda A nanti, Kim Swee juga enggan mengulas lanjut kerana masih belum dimaklumkan FAS.
“Tidak kisahlah beraksi di mana-mana stadium sekalipun, asalkan penyokong negara kita yang bekerja di sana hadir beramai-ramai memberikan sokongan kepada kami,” kata Kim Swee yang akan memanggil semula barisan pemainnya untuk berkumpul semula di Majlis Sukan Negara (MSN) pada 3 Januari depan.

Dalam pada itu, Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, sambil memberitahu, sebarang keputusan berhubung perkara itu akan diketahui hari ini.

Khyril Muhymeen Penyerang Utama Kenari


Kredit gambar : DuniaSukan.com
” Galas tugas selaku penyerang utama pasukan Hijau Kuning ”
PENYERANG muda Kedah, Khyril Muhymeen Zamri sedia menggalas tugas selaku penyerang utama skuad Kenari selepas pengurusan memutuskan tidak mengikat penyerang import bagi kempen Liga Malaysia (Liga-M) musim 2012.
Khyril yang dipertanggungjawabkan sebagai penyerang utama ketika mengharungi Piala Malaysia musim lalu tanpa kelibat Azlan Ismail yang cedera, menjaringkan enam gol dalam enam perlawanan.
Menurutnya, Persatuan Bola Sepak Kedah hanya mendapatkan khidmat pemain tengah, Daniel Soares Neves atau dipanggil Baroni dan pertahanan Brazil, Danillo Vivaldo bagi mengisi dua slot import – sekali gus meletakkan nama Kyril sebagai penyerang utama.
“Begitupun, saya tidak berasa janggal beraksi sebagai penyerang utama kerana ia bukan sesuatu yang baru.
“Lagipun, Kedah tidak pernah bersandarkan kepada seorang penyerang sahaja.
“Saya juga semakin serasi dengan Baroni dan perlawanan persahabatan bertemu Pos Malaysia esok (malam ini) akan terus dijadikan medan meningkatkan keyakinan dan persefahaman kami serta beberapa pemain baru yang diserapkan,” katanya.
Menurutnya, bahagian pertahanan Kedah bertambah mantap dan kebal berbanding musim lalu dengan kemasukan Danillo yang turut bijak mencuri peluang setiap kali Hijau Kuning melakukan asakan.
Sumber : Berita Harian

Hanya 5 Stadium Lulus Syarat Lampu Limpah


Gambar dari Flickr Naza1715
TIGA minggu menjelang sepak mula saingan Liga Malaysia (Liga M) 2012, hanya lima buah stadium sudah lulus syarat kecerahan lampu limpah untuk mengadakan perlawanan pada sebelah malam.
Lima stadium itu ialah Stadium Nasional, Bukit Jalil; Stadium USM, Pulau Pinang; Stadium Utama Negeri, Kangar; Stadium Darul Aman, Alor Setar dan Stadium Temerloh, Pahang.
Selebihnya masih belum lulus ujian pencerahan lampu limpah minimum 800 lux ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) termasuk Stadium Sultan Muhamad IV, Kota Bharu; Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu; Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dan Stadium Perak, Ipoh.
Penolong Setiausaha Agung FAM, Ahmad Fuad Daud yang juga Ketua Jabatan Pertandingan Tempatan berkata, pihaknya akan melakukan pemeriksaan lampu limpah stadium-stadium terbabit, esok bagi mengemaskini jumlah stadium yang melepasi syarat terbabit.
“Buat masa ini, memang baru lima stadium sudah lulus. Tapi semua stadium lain sedang bertungkus lumus melakukan kerja-kerja memperbaiki atau menukar lampu limpah mereka kerana saya difahamkan, tiada satu pun stadium yang mahu aksi sebelah petang.
“Selepas pemeriksaan pada Khamis (esok), jika terdapat stadium yang masih gagal ujian kecerahan itu, kita beri mereka peluang terakhir untuk melepasi syarat terbabit paling lewat, tujuh hari sebelum aksi pertama liga,” kata Ahmad Fuad ketika dihubungi, semalam.
Namun menurut Ahmad Fuad, tiga buah stadium tidak dapat digunakan pada awal saingan liga musim ini disebabkan kerja-kerja baik pulih padang iaitu Stadium Shah Alam, Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras dan Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.
“Sehinggalah kerja-kerja baik pulih selesai, Selangor akan beraksi di Stadium Nasional, Kuala Lumpur dan FELDA United menggunakan Stadium Hang Jebat, Melaka manakala Johor dan MBJB mungkin beraksi di Stadium UTM, Skudai atau Stadium Kluang,” jelasnya.
Saingan Liga M 2012 bermula dengan aksi sumbangsih, Kelantan bertemu Negeri Sembilan pada 7 Januari, disusuli aksi sulung Liga Super pada 10 Januari dan Liga Perdana pada 13 Januari.

– Bharian

Kelantan, Negeri Sembilan dan Terengganu Gagal

”Lampu limpah di Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Paroi gagal tepati syarat FAM
AGAK memalukan tiga pasukan bola sepak yang memenangi tiga trofi utama, musim ini gagal menepati syarat kecerahan lampu limpah di stadium masing-masing ketika saingan Liga Malaysia bakal bermula dalam tempoh kurang tiga minggu lagi.
Kelantan (juara Liga Super), Negeri Sembilan (juara Piala Malaysia) dan Terengganu (juara Piala FA) memiliki stadium yang ditakrif masih belum lulus ujian pencerahan lampu limpah minimum 800 lux ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Nasib pasukan berkenaan termasuk satu lagi pasukan besar, Perak akan diketahui esok apabila Penolong Setiausaha Agung FAM, Ahmad Fuad Daud dan pegawainya melakukan pemeriksaan lampu limpah di gelanggang terbabit untuk tujuan mengemaskini jumlah stadium yang melepasi syarat terbabit.

Sehingga kini cuma lima gelanggang iaitu Stadium Nasional, Bukit Jalil; Stadium USM, Pulau Pinang; Stadium Utama Negeri, Kangar; Stadium Darulaman, Alor Setar dan Stadium Temerloh, Pahang lulus syarat berkenaan. – Berita Harian

Senarai Pemain Lions XII Untuk Liga Malaysia 2012


1. Izwan Mahbud
2. Hyrulnizam Jumaat – Dari Singapore Armed Force FC
3. Al-Faiz Ishak – Dari Woodlands Wellington FC
4. Safuwan Baharudin
5. Juma’at Jantan – Dari Home United FC
6. Shaiful Esah – Dari Singapore Armed Force FC
7. Irwan Shah
8. Shakir Hamzah
9. Sevki Sha’ban – Dari Geylang United
10. Shahir Hamzah
11. Madhu Mohana – Dari Woodlands Wellington FC
12. Hariss Harun (Vice Captain)
13. Safirul Sulaiman
14. Izzdin Shafiq
15. Isa Halim – Dari Home United FC
16. Taufiq Rahmat – Dari Tanjong Pagar United FC
17. Raihan Rahman
18. Shahdan Sulaiman
19. Yasir Hanapi – Dari Home United FC
20. Shahril Ishak (C) – Dari Medan Chiefs FC
21. Firdaus Kasman – Dari Tampines Rovers
22. Pravin Guanasagaran
23. Khairul Amri – Dari Gombak United FC
24. Gabriel Quak
25. Fazli Ayob
26. Khairul Nizam
27. Agu Casmir – Dari Persija Jakarta FC
28. Sufian Anuar – Dari Home United FC

Senarai Pemain Perak Musim 2012

Senarai Pemain Perak Musim 2012

SENARAI PEMAIN PERAK 2012
Nampaknya Perak 2012 mempunyai dua pemain import daripada Lebanon dan Uganda. Jika dibandingkan dengan Sabah FA hanya seorang pemain import manakala Kelantan 2-3 pemain import.
1.Khairul Amri Salehuddin
2.Chan Wing Hoong
3.Mohd Khairi Zainuddin
5.Fahrul Razi Kamaruddin
6. Mohd Syazwan Mohd Roslan
8.Shahrulnizam Mustapa
9.Muhammad Shafiq Jamal
10.Mohd Nazri Mohd Kamal
12.Muhd Shahrom Abdul Kalam
13.Wan Hossen Wan Abdul Ghani
14.Akmal Rizal Ahmad Rakhli
16.Mohd Fazrul Hazli Mohd Kadri
17.K Nanthakumar
18.Milan Bosnar (AUSTRALIA) – Import
19.Mohd Noor Hazrul Mohd Mustafa
21.Kamarul Effandi Abdul Rahim
22.Isma Alif Mohd Salim
24.Mohamad Hisyamudin Mohamed Sha’ari
25.Mohd Nasril Mat Nourdin
26.Muhammmad Nurridzuan Abu Hassan
27.Mohd Syazwan Abdullah
30.Mohd Shazuan Mohd Ashraf Mathews
31.Mohd Failee Mohamad Ghazli
32.Mohamad Rafiuddin Roddin
33.Hassan Maatouk (LEBANON) – Import
34.Owen Kasule (UGANDA) – Import

Senarai Pemain Sabah Musim 2012

Senarai Atau Skuad Sabah pada Musim 2012. Nampaknya hanya ada satu pemain import berbanding negeri lain yang mempunyai lebih daripada seorang pemain import.
1. Syed Adney
2. Sumardi
3. Rethuddin
4. Mafry Balang
5. Alto Linus
6. Zuraindey Jumai
7. Rosdin Wasli
8. Radzi Husin
9. K. Thanaraj
10. Zainizam Marjan
11. Razlan Otto
12. Julamry
13. Rozaimi
14. Sharul Azhar
15. Sabri Sahar
Pemain Baru
1. Mohd Fareez – dilepaskan dari USM Fc
2. Ronny Harun – dilepaskan dari Terengganu FA
3. Bobby Gonzalez – dilepaskan dari Sarawak FA
4. Irwan Jamil – bakal dilepaskan dari UMS
Belum Pasti
1. Siva
2. Safuan
3. Azizon
4. Hariri
Yang dilepaskan 
1. Farid Idris
2. Stanley Bernard

Info dari Sabahawks Fan Club

.Buru tiga mata penuh



SKUAD negara menjadi tumpuan para penyokong Indonesia ketika menjalani latihan ringan di Kompleks Latihan Persatuan Bola Sepak Indonesia, Jakarta semalam.



JAKARTA - Enggan memberi sebarang tekanan kepada skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee tidak meletakkan sasaran gol pada pertemuan menentang Kemboja dalam aksi ketiga Kumpulan A temasya Sukan SEA 2011 di Stadium Gelora Bung Karno hari ini.
Pengendali skuad bawah 23 (B-23) tahun negara itu berkata, jumlah jaringan gol bukan menjadi persoalan utama, sebaliknya beliau berharap skuad kendaliannya mengutip tiga mata berharga.
"Bagi saya, jumlah gol tidak begitu penting. Apa yang lebih penting adalah mencapai kemenangan ke atas Kemboja, seterusnya membolehkan kita mengutip tiga mata penuh.
"Saya tidak mahu pemain tertekan sekiranya saya meletakkan sasaran gol. Saya mahu mereka bermain mengikut perancangan dan percaturan yang telah dibuat," jelas Kim Swee semalam.
Sebelum ini, Kemboja menjadi mangsa belasahan apabila tewas 0-6 kepada Indonesia sebelum dijinakkan Singapura 2-1. Kelmarin, gawang Kemboja terus dibedil apabila tewas 0-4 kepada Thailand.
Justeru skuad Harimau Muda dikatakan berpeluang cerah untuk berpesta gol apabila membuat perhitungan dengan Kemboja nanti selepas mereka menundukkan Thailand 2-1 sebelum ini.
"Sasaran kami hanya tiga mata, tidak kira berapa jumlah gol. Tetapi saya telah mengingatkan para pemain supaya jangan memandang rendah keupayaan Kemboja.
"Walaupun Kemboja tewas dalam ketiga-tiga perlawanan sebelum ini, saya tidak mahu para pemain leka, sebaliknya mereka harus fokus sepanjang perlawanan berlangsung," katanya.
Biarpun dijangka membariskan skuad terbaik, Kim Swee tetap mahu anak-anak buahnya mengelak daripada mengutip kad kuning atau kad merah yang mampu merencatkan perancangannya bagi menghadapi Indonesia pada aksi terakhir peringkat Kumpulan A, Khamis ini.
Ketika ini, empat pemain Harimau Muda - Mohd. Fadhli Shas, Mahali Jasuli, K. Gurusamy dan Syahrul Azwari Ibrahim telah mengutip satu kad kuning.
"Walaupun keempat-empat pemain itu telah menerima satu kad kuning, tetapi itu tidak bermakna saya akan merehatkan mereka.
"Saya perlu menurunkan barisan terkuat ketika menentang Kemboja nanti dan mungkin saya akan membuat pertukaran sekiranya keadaan memerlukan," jelas Kim Swee.
Selepas mengharungi dua perlawanan, Indonesia unggul selaku pendahulu Kumpulan A apabila mengutip enam mata, diikuti skuad Harimau Muda dengan empat mata.
Singapura yang telah beraksi tiga perlawanan turut mengumpul empat mata, manakala Thailand (dua perlawanan) mengutip tiga mata, manakala Kemboja masih gagal meraih sebarang mata.


Liga Malaysia 2012
Laporan Liga Malaysia 2012
Garis Panduan Pemain Import 2012
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengeluarkan garispanduan untuk pengambilan pemain import Liga Malaysia musim 2012. Laman FAM
Jendela Perpindahan 2012
T-Team:
Dilepaskan (3): Indra Putra Mahayuddin, Norfarhan Mohamad dan Haris Safwan Kamal
Digugurkan (6): Subri Sulong, Kamal Rodiarjat Mohd. Ali, Amzar Junaidi Abdul Jalil, Rosli Muda, Ismail Abdul Rahman dan Sazlan Alias

Terengganu:
Jurulatih: Mat Zan Mat Aris menggantikan Irfan Bakti Abu Salim yang dilepaskan.

Perak:
Gugur (9): Azmeer Yusoff, Mohd Syahman Zainuddin, Muhd Arif Ismail, Mohd Shahrul Hafiz Mohd Shafei, Nurul Nasriq, Mohd Nasir Bashar, Harizul Izuan Abdul Rani, Khairul Izzat Jamaluddin dan Khalis Ibrahim

Kelantan
Jurulatih: Peter James Butler menggantikan M. Karathu yang dilepaskan

Baru: Indra Putra Mahayudin, Azizi Mat Rose, Norfarham Mohamad (semua dari T-Team)

Kekal (15): Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Shahrizan Ismail, S Subramaniam, Mohd Daudsu Jamaluddin, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, Mohd Farisham Ismail, Mohamad Ab Aziz Ismail, Zairul Fitree Ishak, Mohd Nurul Azwan Roya, Muhd Badhri Radzi, Mohd Shakir Shaari, S Chanturu, Mohd Nizab Ayub, Muhammad Ramzul Zahini Adenan, dan Norshahrul Idlan Talaha

Gugur (10) Wan Rohaimi Wan Ismail, Wan Zaman Wan Mustapha, Khairan Eroza Razali, Khairan Eruan Razali, Zul Yusri Che Harun, Muhammad Khalid Jamlus, Solehin Kanasian Abdullah, Daniel Fadzly Abdullah, Norhadi Ubaidilah, Mohd Halim Napi

No comments:

Post a Comment