BOLA SEPAK LUAR NEGARA


Kaka Belum Masuk Islam , Cuma Melawat Dubai Bersama Keluarga

Baru – baru ini berita pengislaman Kaka tersebar secara luas malah di Sukan Malaya juga. Kami ada membuat post “Kaka Masuk Islam? “. Kami tidak salah kerana kami meletakkan tanda soal. Sebenarnya , Kaka hanya melawat Masjid Bastakiya di Dubai menurut laporan yang kami terima.
Kaka bersama keluarganya ke Masjid Bastakiya di Dubai tetapi bukanlah untuk masuk Islam. Di bawah merupakan gambar Kaka Bersama Keluarganya melawat Dubai.
Kaka mengucapkan terima kasih kepada orang – orang yang menyebarkan gambar Kaka di Dubai.
Kaká sebenarnya dijemput oleh DTCM (Dubai Jabatan Pemasaran Pelancongan danPerdagangan).
Kaká berkata: “Dubai adalah sebuah bandar yang indah dan salah satu yang paling baik di dunia. Saya amat berbesar hati untuk berada di sini untuk percutian keluarga. Saya mengucapkan terima kasih kepada DTCM peluang indah yang diberikan kepada saya untuk melawat emiriah itu. Saya terharu dengan layanan Saya senang di sini dan kami merancanguntuk datang lagi ke Dubai tidak lama lagi. ”
Pada mesyuarat itu, mereka membincangkan promosi dan pemasaran Dubai sebagai destinasisukan di seluruh dunia dan bagaimana DTCM telah mempromosikan bola sepak melaluipelbagai inisiatif, termasuk edisi baru-baru ini diadakan keempat Cabaran Bola Sepak Dubai.

 


Pergantungan Suarez Adalah Tepat Dan Tegas

Sir Alex Ferguson berkata keadilan telah ditegakkan oleh FA England yang menghukum Luis Suarez dengan penggantungan lapan perlawanan akibat menghamburkan perkataan rasis terhadap Patrice Evra.
Liverpool berang dengan hukuman tersebut, namun pengurus United itu berkata: “Hal itu telah selesai dan saya rasa kami puas hati mereka dah capai keputusan tepat.
“Ia langsung bukan tentang Manchester United dan Liverpool. Ini tentang situasi individu di mana seseorang telah diejek secara perkauman.
“Ia tak perlu banyak untuk ingatkan semua orang yang ini derbi terbesar negara ini. Ia tak pernah tentang hanya untuk cipta sensasi.”
Liverpool turut mempersoalkan kredibiliti Evra, merujuk kepada penggantungan tiga perlawanan buat bek Perancis itu tiga tahun lalu apabila dia gagal meyakinkan sebuah panel disiplin yang dia telah diejek secara perkauman di gelanggang Chelsea.
Ferguson berkata: “Kami jelas sokong Patrice, dari mula lagi.
“Patrice dapat penggantungan akibat insiden di Chelsea itu kerana tiada siapa di situ, hanya ada seorang penjaga padang dan jurulatih kecergasan kami.
“Kami perlu tunggu dua minggu untuk dapatkan bukti. Kami sendiri juga agak terkejut.”

Wang Bukan Segalanya Mancini !

AF
”Ferguson laung amaran kepada Manchester City”
MANCHESTER: Alex Ferguson melaungkan kata-kata kepada Manchester City: Kamu tidak boleh membeli mahkota kejuaraan kami.
City membelanjakan 400 juta pound (RM2 bilion) sejak Sheikh Mansour mengambil alih pada Ogos 2008 – berbanding 26 juta pound (RM130 juta) yang dibelanjakan oleh United.
Membeli beberapa pemain terkemuka dunia boleh membantu meraih penghormatan, ia tidak semestinya membantu jadi juara. – Alex Ferguson, Pengurus Manchester United
Tetapi bos United itu berkata: “Ya, duit boleh membeli kejayaan seperti yang kita saksikan apabila Chelsea tiba-tiba memiliki banyak wang.
“Dan kita juga menyaksikan perkara sama di Manchester City apabila mereka dimiliki oleh pemilik yang kaya raya.
“Pengaruh itu membantu mereka berada di persada liga dan menjadikan mereka pilihan untuk memenangi kejuaraan.
“Tetapi, sementara membeli beberapa pemain terkemuka dunia boleh membantu meraih penghormatan, ia tidak semestinya membantu kamu – kerana saya berharap akan dapat membuktikan sebelum akhir musim faktor lain akan turut memainkan peranan.”
Peminat United mendesak Ferguson memasuki pasaran perpindahan tahun baru, dengan kecederaan yang melanda United menyaksikan mereka tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara dan Piala Carling.
Dia berkata: “Jika ada pemain yang benar-benar berkelas dunia berada dalam pasaran perpindahan, kami akan cuba mendapatkannya.

“Atau jika terdapat pemain yang mengalami kecederaan serius, ia mungkin penting bagi menambah skuad kami,” katanya. – B Harian

Van Persie Perlu Direhatkan

Arsene Wenger telah memberi amaran dia mungkin terpaksa menjadi ‘Uncle Scrooge’ – dan menghalang Robin van Persie dari mencipta sejarah Liga Perdana.
Kapten Arsenal, Van Persie memerlukan tiga gol lagi untuk memecahkan rekod 36 gol Liga Perdana dicipta Alan Shearer dalam satu tahun kalendar.
Wenger mengakui ia akan membuatnya sangat tidak popular jika dia merehatkannya ketika menentang Wolves esok atau QPR pada ambang Tahun Baru bagi membolehkan dia diturunkan ketika berkunjung ke Fulham pada 2 Januari.
“Akan perlukan tenaga tinggi daripadanya, namun saya masih belum tahu lagi, kami akan lihat situasi selepas setiap perlawanan,” kata pengurus itu.
“Saya tak mahu hentikannya. Saya sangat gembira jika dia catat rekod itu, namun harap dia dapat gabungkan rekod dengan kekal cergas. Anda rasai keghairahannya, situasi kesihatannya dan anda tahu sejarah prestasinya. Kemudian barulah anda buat keputusan.”
Van Persie, kini dengan 34 gol dalam 34 perlawanan, telah menyamai rekod Thierry Henry dan menegaskan dia lebih fokus tentang membantu pasukan berbanding mengatasi rekod tersebut.

Van Persie telah menjadi tunjang utama Arsenal pada 2011 namun Wenger sangat yakin yang penyerang Belanda itu akan jadi lebih hebat pada 2012.

Gerrard Kembali , Kenny Dalglish Girang

Liverpool hanya boleh meraih satu mata malam tadi selepas ditahan seri Blackburn Rovers 1-1 di Anfield.
Hasil tersebut diakui Kenny Dalglish sebagai hasil yang mengecewakan. Tapi ada hal lain yang sedikit boleh mengubati kekecewaan pelatih Liverpool tersebut, iaitu kembalinya Steven Gerrard ke Anfield.
Gerrard sebelumnya tidak boleh bermain selama dua bulan kerana bermasalah dengan engkelnya. Gerrard sendiri tampil selama 21 minit di perlawanan ini.
“Ia memerlukan masa untuk kembali menyesuaikan diri dengan pasukannya,” kata Dalglish, Selasa (27/12).
“Gerrard dan Craig Bellamy masuk ke pasukan, adalah sebuah usaha dan melakukan sesuatu yang sedikit berbeza apakah kami boleh mendapatkan sesuatu.”
“Dari tendangan bebasnya, kami hampir menghasilkan gol dengan tandukan. Sebuah keuntungan besar boleh memilikinya lagi,” katanya.


Barcelona Intai Gareth Bale

KELAB Sepanyol, Barcelona memulakan langkah awal untuk memancing bintang Tottenham, Gareth Bale dengan menawarkan yuran perpindahan bernilai 35 juta pound.
Jurulatih Barcelona, Pep Guardiola telah menghantar ketua pencarian bakat kelabnya, Albert Valentine untuk mengintai kelibat pemain sayap itu ketika Tottenham mencatat kemenangan ke atas Fulham, Ahad lalu.
Laporan dari Sepanyol menyatakan, Guardiola kini bersedia untuk melengkapkan perpindahan Bale ke Barcelona sekali gus meletakkan Tottenham dalam keadaan terdesak untuk mempertahankan aset utama mereka itu.
Bale, 22, memiliki kontrak bersama Tottenham sehingga 2015.
- Mynewshub

Suarez menang anugerah pemain terbaik bulanan Liverpool buat kali ketiga berturut-turut

Luis Suarez mengakui beliau agak malu untuk menerima anugerah pemain terbaik bulanan Liverpool buat kali ketiga berturut-turut.
Pemain Uruguay ini yang meminta supaya pemain pertahanan Manchester United, Patrice Evra memohon maaf kerana menuduhnya mengeluarkan kecaman perkauman, berkata:
“Ia agak mengejutkan kerana untuk memenanginya tiga bulan berturut-turut menjadikan saya rasa sedikit malu.”
“Tapi selagi penyokong menyedari saya hanya melakukan tugas saya dan berkerja keras untuk pasukan maka ia sudah cukup bagus.”
Suarez kemudian mengakui bahawa Liverpool membuat pencapaian di bawah tahap sebenar di Liga Perdana Inggeris setakat ini.
“Saya fikir jika kami berjaya memenangi dua lagi perlawanan di bulan Oktober di mana kami berhak menerima – perlawanan tempat sendiri bertemu Manchester United dan Norwich – sudah tentu kami akan berada di kedudukan yang lebih tinggi di liga.”
-Wiselonline

Balotelli tak nampak masa depan di luar Manchester City

Mario Balotelli mengakui kelakuannya di luar padang ‘pelik’ tetapi menegaskan dia ‘tidak gila’ dan mahu terus kekal di Manchester City selama yang boleh.
“Apabila anda terkenal, ada kecenderungan untuk bercakap lebih mengenai kehidupan peribadi berbanding apa yang saya lakukan di atas padang,” katanya.
“Itu menyakitkan hati tapi saya tak gila walaupun kadang-kadang saya melakukan perkara-perkara pelik yang dianggap menghiburkan.”
Balotelli, 21, lebih suka untuk bercakap di atas padang dan merasakan dirinya meningkat sebagai pemain sejak menyertai City dari Inter Milan pada musim panas 2010.
“Liga Perdana telah banyak mengajar saya,” katanya.
“Bagi mendapatkan bola dan apabila saya kehilangannya, saya tertekan. Kini saya miliki lebih banyak masa bermain dan ini memberi saya lebih keyakinan.”
“(Jurulatih Itali, Cesare) Prandelli dan (bos City Roberto) Mancini memberikan saya ketenangan untuk bermain, sesuatu yang saya tak pernah rasa sebelum ini.”
Dan Balotelli, yang terikat dengan kontrak di City sehingga 2015, percaya masa depan jangka panjangnya berada di Liga Perdana.
“Saya tak rindukan Serie A,” katanya. “Saya sangat gembira berada di England. Bola sepak Itali telah merosot.”
“Saya mahu kekal di City. Saya tak nampak kepulangan semula bermain di Itali pada masa akan datang.”

Vidic Bakal Dijual Ferguson

Sir Alex Ferguson bersedia untuk merombak pertahannya musim panas akan datang dan menjual Nemanja Vidic ke Real Madrid.
Jurulatih Real, Jose Mourinho berterusan mensasarkan Vidic ketika dia melihat mahu membina pasukan yang boleh merampas mahkota Liga Juara-juara daripada rival hebat mereka iaitu Barcelona.
Ferguson difahamkan tidak akan menghalang kapten kelab itu pergi pada jendela perpindahan Januari akan datang.
Namun Ferguson akan mempertimbangkan menjual Vidic musim panas akan datang sekiranya rakan lama, Mourinho datang dengan wang yang cukup untuk membolehkan United membeli pengganti.
Dengan keraguan terhadap masa depan jangka panjang Rio Ferdinand di Old Trafford, menjual Vidic ketika pemain muda seperti Phil Jones, Chris Smalling dan Jonny Evans sedang berkembang akan muncul menjadi risiko yang besar.
Namun, difahamkan Ferguson tidak lagi yakin bahawa Vidic 100% komited dengan kehidupan di United dan telah kurang memberi impak dari segi usaha pemain warga Serbia tersebut setakat musim ini.
- Wiselonline

Perancis rehatkan Nasri kerana cedera

CLAIREFONTAINE, Perancis - Pemain tengah Perancis, Samir Nasri tidak disenaraikan dalam skuad kebangsaan negara itu pada aksi persahabatan antarabangsa menentang Amerika Syarikat (AS) dan Belgium.
Menurut satu kenyataan daripada Persatuan Bola Sepak Perancis (FFF) kelmarin, pemain Manchester City itu mengalami kecederaan pada lutut sehingga menyebabkan dia direhatkan daripada aksi di Stadium Stade de France pada Jumaat dan Selasa ini.
Bagaimanapun, bukan kecederaan itu sahaja yang dibimbangkan oleh jurulatih Perancis, Laurent Blanc.
"Kami masih ada masalah yang lain," katanya.
"(Kecederaan lutut) ia mengalaminya ketika bermain bersama Arsenal."
Pemain tengah Newcastle United, Yohan Cabaye dan penyerang Olympique Marseille, Loic Remy mengalami kecederaan pada pangkal paha manakala pemain sayap Chelsea, Florent Malouda cedera di paha.
"Kami akan menilai situasi pasukan pada malam ini dan pagi esok serta melihat sama ada perlu merombak pasukan atau tidak," katanya.
Beliau turut mengesahkan Eric Abidal hanya akan bersama skuad pada hari Khamis selepas perjanjian bersama jurulatih Barcelona, Pep Guardiola dicapai. - Reuters


Bosingwa merajuk



BOSINGWA (dua dari kiri) tidak mahu menyarung jersi skuad Portugal selagi Paulo Bento menjadi jurulatih pasukan itu.



LISBON - Jose Bosingwa menegaskan dia tidak akan menyarung jersi skuad bola sepak kebangsaan Portugal selagi Paulo Bento membimbing pasukan itu.
"Sukar untuk saya memberitahu tetapi selagi Bento menjadi jurulatih Portugal, saya tidak akan bermain untuk pasukan itu," kata pemain pertahanan Chelsea itu kelmarin.
Bulan lalu, Bento mendedahkan bahawa Bosingwa tidak disenaraikan untuk aksi playoff Euro 2012 menentang Bosnia-Herzegovina pada awal pagi Sabtu ini kerana pemain pertahanan itu tidak menepati syarat termasuk emosi dan mental.
Sementara itu, Bosingwa berkata, dia keliru dengan penjelasan jurulatih itu.
"Saya berasa tersinggung dan tidak dihargai dengan penjelasan mengenai saya itu. Saya tidak faham apa yang dimaksudkan oleh jurulatih dengan emosi dan mental kerana saya rasa sukar untuk seseorang pemain menerima kenyataan tersebut," kata Bosingwa.
"Saya bermain untuk Chelsea dalam saingan Liga Perdana England, liga terbaik di dunia dan saya berjaya bermain dengan baik dalam satu musim yang sukar di England sejak beberapa tahun lalu.
Untuk rekod, pemain berusia 29 tahun itu telah membuat penampilan sebanyak 24 perlawanan dan menjadi pemain utama di bawah bimbingan Andre Villas-Boas di Chelsea pada musim ini.
Dalam masa yang sama, Bosingwa turut menyentuh rekod disiplin Bento pada masa silam.
"Saya bangga dengan sumbangan saya dalam skuad kebangsaan. Sebaliknya jurulatih Portugal yang mengutamakan emosi dan mental, meninggalkan kenangan pada Euro 2000."
Bento yang merupakan bekas pemain tengah telah digantung selama enam bulan oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) selepas didapati bersalah bertindak ganas ke atas pengadil selepas aksi separuh akhir Euro 2000 menentang Perancis.
- Reuters


AC Milan Buru Drogba Untuk Menggantikan Antonio Cassano

Didier Drogba sedang menunggu perpindahan Januari dari Chelsea ke AC Milan, ketika sisi Serie A dilihat mahu mencari gantian untuk Antonio Cassano.
Bekas striker Real Madrid, Cassano menjalani pembedahan jantung pada minggu ini selepas mengalami strok semasa kemenangan 3-2 The Rossoneri ke atas Roma.
Pakar bedah pemain berusia 29 tahun itu menjangkakan dia membuat pemulihan penuh, namun akan terlepas sebahagian besar musim ini dan AC Milan berminat membawa masuk striker bernama besar untuk menggantikannya.
Laporan di Itali menyatakan Drogba mungkin orangnya, kontraknya akan tamat pada akhir kempen nanti.
Pemain warga Ivory Coast itu baru-baru ini mendedahkan dia telah membuka rundingan bagi perjanjian yang baru di Stamford Bridge, namun para pegawai Chelsea enggan memberikan tawaran lanjutan 24 bulan seperti yang diminta pemain berusia 33 tahun itu.
- Wisel Online

Van Persie Pemain Terbaik Oktober Barclays

Robin Van Persie telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Bulan Oktober dengan Roberto Mancini merangkul anugerah Pengurus Terbaik Bulanan.
Van Persie menjaringkan tujuh gol dari tiga perlawanan termasuk hatrik menentang Chelsea, ketika dia membantu Arsenal mendaki tangga ketujuh Liga Perdana Inggeris.
Jumlah golnya turut memperlihatkan dia menjadi pemain pertama yang menjaringkan 10 gol liga musim ini dan memberikannya anugerah pencapaian  ’10-gol’ Barclays Kasut Emas.
Pengurus Manchester City Mancini dianugerahkan Pengurus Terbaik Bulanan selepas membawa pasukannya mencatatkan kemenangan liga empat kali berturut-turut.
City secara purata menjaringkan empat gol setiap perlawanan di bulan Oktober, menang  4-0 di  Blackburn, menang 4-1 di tempat sendiri kepada Aston Villa, kemenangan bersejarah 6-1 di Manchester United dan menang  3-1 di tempat sendiri kepada Wolves.
Anak buah Mancini lima mata mendahului di puncak Liga Perdana Inggeris sebelum mencatatkan kemenangan tipis 3-2 di QPR malam Sabtu lalu.

Keputusan Perlawanan EPL 5 Oktober 2011

Senarai Penjaring gol

Newcastle : Heitinga 12’ (o.g.) , Taylor 29.
Everton : Rodwell 45.
Chelsea : Lampard 51’.
Manchester United : Brown (Own goal) 45′
Arsenal :  van Persie 22’ , Vermaelen 39’ , Arteta 74
Aston Villa : Bent 30′ 60′ , Agbonlahor 48′
Norwich City : Pilkington 25’ , Morisson 77′
QPR : Bothroyd 28′ , Helguson 69′
Manchester City : Dzeko 43′ , Silva 52′ , Toure 74′

Arsenal Mahu Terus Bangkit

SELEPAS dibelasah 8-2 oleh Manchester United pada Ogos lalu, Arsenal terus bangkit dari lena dan telah memenangi lima daripada tujuh aksi Liga Perdana Inggeris.
Ia sekali gus meletakkan skuad bimbingan Arsene Wenger itu kini melonjak ke tangga ketujuh, hanya kurang tiga mata untuk berkedudukan empat pasukan teratas liga.
Arsenal seterusnya akan menyambut kehadiran West Brom, hari ini (11 malam) dengan penuh bersemangat selepas mereka berjaya menewaskan Chelsea 5-3, minggu lalu.
“Bagi kami, ia satu perlawanan yang cukup penting kerana kami kini sudah kembali berada di kedudukan baik dalam liga.
“Apabila beraksi di laman sendiri, sudah pasti kami mahukan kemenangan dan meneruskan rentak ketika ini.
“Kemenangan ke atas Chelsea cukup penting kerana ia telah memberikan semula keyakinan kepada para pemain.
“Cuma kami perlu meningkatkan prestasi ketika beraksi di tempat lawan jika mahu terus bersaing di kelompok teratas,” kata Wenger.
Robin van Persie akan berada dalam kesebelasan utama Arsenal malam ini, namun Wenger masih belum dapat menggunakan beberapa pemain yang cedera seperti Marouane Chamakh (lutut), Kieran Gibbs (perut), Abou Diaby (hamstring), Jack Wilshere dan Bacary Sagna (buku lali). – mynewshub.my

Keputusan dan Video Gol Manchester United vs Manchester City 23 Oktober 2011


Man Utd : De Gea, Evra, Ferdinand, Evans, Smalling, Fletcher, Anderson, Nani, Young, Rooney, Welbeck
Man City: Hart, Richards, Kompany, Lescott, Clichy, Barry, Toure, Milner, Silva, Aguero, Balotelli.
Video Gol 
Setelah kemenangan Manchester City ke atas Manchester United , Man City terus berada di tangga pertama dengan 25 mata berbanding Manchester United hanya 20 mata di tangga kedua.

Keputusan dan Video Perlawanan Arsenal vs Sunderland 16 Oktober 2011

Keputusan Perlawanan Arsenal vs Sunderland 16 Oktober 2011
Lineup Arsenal: Szczesny, Jenkinson, Mertesacker, Koscielny, Gibbs, Song, Arteta, Rosicky, Walcott, Gervinho, Van Persie.
Lineup Sunderland : Mignolet, O’Shea, Richardson, Turner, Brown, Elmohamady, Larsson, Cattermole, Colback, Vaughan, Sessegnon.
Penjaring Gol: Van Persie 1’, 83′ , Larsson 31
Gol Van Persie 1′ dan Larsson 31′
Gol Van Persie Minit 83
Teruskan Menyokong Sukan Malaya

EPL – Evra Dakwa Suarez Timbulkan Isu Perkauman

Pemain Pertahanan Manchester United Patrice Evra mendakwa Penyerang Liverpool iaitu Luiz Suarez telah menghinanya dengan isu perkauman ketika perlawanan yang berkesudahan 1-1 di Anfield.
Pemain kebangsaan Perancis itu mengatakan bahawa Suarez telah menyebut perkataan tersebut lebih dari 10 kali.Suarez menafikan dakwaan tersebut. Walaubagaimanapun siasatan akan dijalankan oleh FA setelah pengadil perlawanan iaitu Andre Marriner memasukkan dakwaan Evra tersebut ke dalam laporan perlawanan.
“I won’t repeat what he said, but it was a racist word, and he said it more than 10 times. He tried to wind me up. I won’t make a huge deal out of it, but it’s very upsetting and disappointing.” Ulas Patrice Evra dengan lebih lanjut ketika ditanya tentang perkataan tersebut

Keputusan Perlawanan Liga Inggeris 15 Oktober 2011

Keputusan Perlawanan Liga Inggeris bagi 15 Oktober 2011.
Manchester City 4 – 1 Aston Villa
Line up Man City : Hart, Richards, Lescott, Kompany, Clichy, De Jong, Barry, Milner, Johnson, Y Toure, Balotelli.
Line up Aston Villa : Given, Hutton, Dunne, Clark, Warnock, Delph, Petrov, Ireland, Heskey, Agbonlahor, Bent.
Senarai Penjaring : Balotelli 26* , Johnson 47* , Kompany 53* , Warnock 65* , Milner 71*.
Stoke 2 – 0  Fulham 
Line Up Stoke : Begovic, Wilkinson, Shawcross, Upson, Wilson, Pennant, Delap, Whelan, Etherington, Walters, Crouch.
Line Up Fulham : Schwarzer, Baird, Hughes, Hangeland, Riise, Dembele, Murphy, Sidwell, Dempsey, Johnson, Zamora.
Senarai Penjaring : Walters 80* , Delap 87*.

Wigan Athletic 1 – 2 Bolton Wanderers
Line Up Wigan : Al-Habsi, Gohouri, Alcaraz, McCarthy, G Caldwell, Watson, Di Santo, Moses, Boyce, Jones, Diame.
Line Up Bolton : Jaaskelainen, Boyata, Cahill, Wheater, Robinson, Reo-Coker, Pratley, Petrov, Eagles, K Davies, Ngog
Senarai Penjaring : Reo – Coker 4*, Diame 39*, Ngog 45*

QPR 1 – 1 Blackburn
Line Up QPR : Kenny, Hall, Ferdinand, Young, Traore, Derry, Faurlin, Barton, Wright-Phillips, Helguson, Mackie.
Line UP Blackburn :  Robinson, Salgado, Samba, Givet, Dann, Nzonzi, Petrovic, Lowe, Olsson, Hoilett, Roberts.
Penjaring : Helguson 16* , Samba 24*.

Norwich City 3 – 1 Swansea City
Line Up Norwich : Ruddy, Naughton, Russell Martin, Barnett, Tierney, Bennett, Pilkington, Fox, Johnson, Hoolahan, Morison.
Line Up Swansea : Vorm, Rangel, Monk, Williams, Taylor, Dyer, Allen, Routledge, Britton, Sinclair, Graham.
Penjaring : Pilkington 1*, 63* , Martin 10*
Untuk keputusan perlawanan Manchester United menentang Liverpool , klik sini.

Keputusan dan Video Perlawanan Man Utd vs Liverpool 15 Oktober

Perlawanan antara Manchester United bertemu Liverpool kali ini sangat mendebarkan para peminat Liverpool dan Man Utd. Perlawanan ini dimulakan pada jam 7.45 malam (waktu Malaysia) di Anfield. Liverpool mengenakan first uniform manakala Man United mengenakan 3rd uniform yang berwarna biru.
Apa yang pelik pada malam ini ialah Rooney tidak diturunkan dan Jones bermain di bahagian tengah. Jones beraksi dengan baik sebagai midfielder dan Rooney dimasukkan pada minit ke 70 dan Chicarito dimasukkan selepas itu. Man Utd dan Liverpool seri dengan jaringan 1 – 1 .
Line Up Liverpool
Pemain : Reina , Kelly , Caraggher , Skrtel , Enrique , Kuyt , Lucas , Adam ,  Downing , Gerrard , Suarez
Formasi : 4 – 4 -1 -1
Line Up Manchester Utd
Pemain : De Gea , Smalling , Ferdinand , Evans , Evra , Young , Jones , Fletcher ,  Park , Gigs , Welbeck
Formasi : 4 – 4 – 1 -1
Senarai Penjaring gol
1. Gerrard (Liverpool ) melalui Freekick
2. Chicarito (Man Utd) melalui tandukan dari corner
Gol Gerrard 
Gol Chicarito
Video Penuh Perlawanan akan diupload sebentar lagi. Terima Kasih.

Manchester United 1 – 1 Liverpool

Kelab Rusia Intai Peluang Beli Tevez

RUSIA, (AFP) – Kelab berbelanja Rusia, Anzhi Makhachkala dilaporkan cuba meyakinkan Manchester City agar melepaskan penyerang kontroversi, Carlos Tevez.
Akhbar Tvoi Den berkata Anzhi berkata Tevez telah berada di sana selepas tercetusnya perbalahan dengan jurulatih City, Roberto Mancini sehingga membawa pergantungan dua minggu ke atas bintang Argentina itu.
Pasukan itu mendapat suntikan kewangan selepas diambil-alih oleh jutawan pengusaha minyak dan besi Rusia, Suleiman Kerimov pada tahun ini.
Selain Samuel Eto’o, Anzhi turut dibarisi Roberto Carlos dan pemain sayap Rusia, Yuri Zhirkov.
Bagaimanapun prestasi Anzhi kini masih belum selamat apabila berada di tempat kelapan dan masih memburu seorang lagi penyerang meningkat jumlah 29 gol dalam 26 perlawanan setakat ini.