BOLA SEPAK UMUM


(LIVE STREAM) : PIALA SUMBANGSIH 2012

 

RTM Akan Menyiarkan Saingan Liga Malaysia Pada Setiap Selasa dan Sabtu

emamam
”Sukacita dimaklumkan RTM sah akan menyiarkan saingan Liga malaysia pada setiap Selasa dan Sabtu…sebagai permulaan Piala Sumbangsih…Teruskan kesetiaan anda bersama kami di TV1…sukan Terbaik hanya di RTM….terima kasih3x….” Ungkapan itu diucapakan di facebook dari seorang pengacara bola sepak RTM ,Hafizal Hamad.
hafizalRTM Sekali lagi diberi hak penyiaran oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM).. hal ini dapat memudahkan para peminat bolasepak tempatan apabila mereka tidak perlu bersusah payah untuk ke kedai makan lagi.



11 Bulan Lagi !

rgopla
‘Rajagobal akur misi pertahan Piala Suzuki makin mencabar
HARI ini genap setahun skuad bola sepak kebangsaan menamatkan kemarau 14 tahun dengan kejayaan menjulang trofi Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta selepas menewaskan Indonesia 4-2 menerusi agregat.
Namun, ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal tidak mahu bersikap mudah kerana bimbang cuma ada masa 11 bulan lagi sebelum anak didiknya turun ke gelanggang mempertahankan mahkota kejuaraan.
Saya tak boleh janji kita dapat mengekalkan gelaran kerana cabaran nanti pasti bertambah sengit, tambahan kita akan menjadi tuan rumah. – K Rajagobal, Ketua Jurulatih Harimau Malaya
“Saya tak boleh janji kita dapat mengekalkan gelaran kerana cabaran nanti pasti bertambah sengit, tambahan kita akan menjadi tuan rumah,” katanya, semalam.
Malaysia dan Thailand akan menjadi tuan rumah bersama untuk aksi peringkat kumpulan bermula 24 November 2012.


Pemain2 Terbaru Selangor

July 31 | Posted by Sam | Berita UtamaLiga Malaysia
 Nazri Ahmad (Kiri)           D. Saarvindran (Tengah)            Haziq Zikri Alias (Kanan)
Di dalam Misi untuk memenangi Piala Malaysia, Selangor sudah berjaya untuk mengambil tiga anak Harimau Muda di dalam usaha mereka untuk memantapkan skuad Selangor untuk Piala Malaysia musim ini.
Gergasi Lembah Klang itu sudah berjaya meminjam 3 pemain Harimau Muda yang memang muda.  Selangor akan mengambil 2 pemain dari Harimau Muda A manakali satu pemain dari Harimau Muda B.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata di dalam press statement petang tadi, Pemain2 Harimau Muda yang akan menyertai Selangor ialah Nazri Ahmad, 21, (pertahanan), Haziq Zikri Elias, 20, (penyerang) dan kapten Harimau Muda B, D. Saarvindran, 19, (penyerang).
Nazri Ahmad bermula bermain untuk Pasukan President Kuala Muda Naza dan menyertai Harimau Muda B di 2010.  D. Saarvindran pula sudah lama bermain untuk pasukan Harimau Muda sejak 2007. Walaupun D. Saarvindran amat muda, Dia sudah mempunyai banyak pengalaman seperti mewakili Malaysia di 2010 AFC U19 Championship Qualification di Zibo, China pada tahun 2009.  Haziq Zikri Elias tinggal bersama keluarganya di United Kingdom sejak dia kecik dan bermula mewakili pasukan Youth Setevenage FC di 2007. Haziq kembali ke tanah air di 2010 dan bermula beraksi untuk Harimau Muda B. Haziq diserap masuk kepada squad Harimau Muda A untuk Liga Super Malaysia 2011.
Walaupun mereka membuat persembahan yang cukup bagus di liga masing2, Ketiga-tiga mereka tidak tersenarai untuk kem latihan Ong Kim Swee selama sebulan di Slovakia ketika ini.
“Nazri dan Saarvindran anak jati Selangor manakala Haziq tinggal di United Kingdom sebelum kembali ke tanah air dan beraksi untuk Harimau Muda A. Jadi tempoh pinjaman ini merupakan pendedahan terbaik untuk mereka merebut tempat bagi menyarung jersi Selangor secara tetap pada masa akan datang. Lagipun FAS berasakan tiga pemain muda ini lebih baik berbanding jika kami pinjam pemain-pemain lain dari pasukan yang tidak layak ke Piala Malaysia,” kata Hamidin ketika dihubungi oleh Kosmo! semalam.
Tambah 3 pemain Harimau Muda itu, Selangor kini mempunyai sejumlah 25 pemain untuk misi memenangi Piala Malaysia. Kali terakhir Selangor menjulang juara Piala Malaysia adalah di tahun 2005 apabila menewaskan Perlis 3-0.
Saingan Piala Malaysia musim ini akan bermula di 6 September sehingga 29 Oktober depan dengan majlis undiannya akan berlangsung pada Rabu ini.


FAM Gantung Wan Jamak 18 Perlawanan

“Saya tidak bersalah”! Begitulah pengakuan jurulatih Kedah, Wan Jamak Wan Hassan yang berdepan pergantungan 18 perlawanan oleh FAM.
Jurulatih berasal dari Johor itu disabitkan kesalahan tersebut berikutan komennya kepada media dengan mempersoalkan tahap kredibiliti pengadil yang mengadili perlawanan di antara Kedah menentang Perak dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Malaysia.
Wan Jamak dikenakan dua pertuduhan :-
>>> Mengkritik pengadil
>>> Mempersoal tahap profesional FAM
Wan Jamak yang dikenakan dua pertuduhan ke atas iaitu yang pertama mengkritik pengadil serta tahap profesional FAM telah menghantar Borang B pada hari Jumaat yang lalu sebelum 12 tengah hari merujuk kepada pengakuan tidak bersalahnya.
“Borang tu bermaksud saya meminta untuk dibicarakan. Saya dah bincang dengan majikan dan tidak tidak boleh didedahkan kepada umum sehingga keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tatatertib (diumumkan).
Sukan Malaya : Apa salah Wan Jamak? Dia hanya membela nasib pasukannya kerana pengadil membatalkan dua gol yang SAH GOL apabila diputarkan balik highlight perlawanan.
- D5

Buru tiga mata penuh



SKUAD negara menjadi tumpuan para penyokong Indonesia ketika menjalani latihan ringan di Kompleks Latihan Persatuan Bola Sepak Indonesia, Jakarta semalam.



JAKARTA - Enggan memberi sebarang tekanan kepada skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee tidak meletakkan sasaran gol pada pertemuan menentang Kemboja dalam aksi ketiga Kumpulan A temasya Sukan SEA 2011 di Stadium Gelora Bung Karno hari ini.
Pengendali skuad bawah 23 (B-23) tahun negara itu berkata, jumlah jaringan gol bukan menjadi persoalan utama, sebaliknya beliau berharap skuad kendaliannya mengutip tiga mata berharga.
"Bagi saya, jumlah gol tidak begitu penting. Apa yang lebih penting adalah mencapai kemenangan ke atas Kemboja, seterusnya membolehkan kita mengutip tiga mata penuh.
"Saya tidak mahu pemain tertekan sekiranya saya meletakkan sasaran gol. Saya mahu mereka bermain mengikut perancangan dan percaturan yang telah dibuat," jelas Kim Swee semalam.
Sebelum ini, Kemboja menjadi mangsa belasahan apabila tewas 0-6 kepada Indonesia sebelum dijinakkan Singapura 2-1. Kelmarin, gawang Kemboja terus dibedil apabila tewas 0-4 kepada Thailand.
Justeru skuad Harimau Muda dikatakan berpeluang cerah untuk berpesta gol apabila membuat perhitungan dengan Kemboja nanti selepas mereka menundukkan Thailand 2-1 sebelum ini.
"Sasaran kami hanya tiga mata, tidak kira berapa jumlah gol. Tetapi saya telah mengingatkan para pemain supaya jangan memandang rendah keupayaan Kemboja.
"Walaupun Kemboja tewas dalam ketiga-tiga perlawanan sebelum ini, saya tidak mahu para pemain leka, sebaliknya mereka harus fokus sepanjang perlawanan berlangsung," katanya.
Biarpun dijangka membariskan skuad terbaik, Kim Swee tetap mahu anak-anak buahnya mengelak daripada mengutip kad kuning atau kad merah yang mampu merencatkan perancangannya bagi menghadapi Indonesia pada aksi terakhir peringkat Kumpulan A, Khamis ini.
Ketika ini, empat pemain Harimau Muda - Mohd. Fadhli Shas, Mahali Jasuli, K. Gurusamy dan Syahrul Azwari Ibrahim telah mengutip satu kad kuning.
"Walaupun keempat-empat pemain itu telah menerima satu kad kuning, tetapi itu tidak bermakna saya akan merehatkan mereka.
"Saya perlu menurunkan barisan terkuat ketika menentang Kemboja nanti dan mungkin saya akan membuat pertukaran sekiranya keadaan memerlukan," jelas Kim Swee.
Selepas mengharungi dua perlawanan, Indonesia unggul selaku pendahulu Kumpulan A apabila mengutip enam mata, diikuti skuad Harimau Muda dengan empat mata.
Singapura yang telah beraksi tiga perlawanan turut mengumpul empat mata, manakala Thailand (dua perlawanan) mengutip tiga mata, manakala Kemboja masih gagal meraih sebarang mata.

Senarai Pemain Kelantan Musim 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kelantan adalah pasukan yang terawala mengumumkan skuadnya bagi musim 2012 yang akan datang. Menurut laman Kelantan FA , seramai 28 pemain yang akan bersama TRW pada musim 2012. Jom kita tengok. 3 Pemain Import iaitu dari Ghana dan Lebanon yang diimport Kelantan.
1 : Shahrizan Ismail
2 : Azizi Matt Rose
3 : S.Subramaniam
4 : Emmanuel Okime ( Ghana )
5 : Nik Shahrul Azim
6 : Farisham Ismail
7 : Ramzul Zahini Adenan
8 : Shakir Shaari
9 : Shahrul Idlan Talaha
10 : Norfarhan Muhammad
11 : Aziz Ismail
12 : Nurul Azwan Roya
13 : Indraputra Mahyuddin
14 : Zamri Ramli
15 : Daudsu
16 : Badhri Radzi
17 : Rizal Fahmi
18 : Denny Antwi ( Ghana )
19 : Khairul Fahmi Che Mat
20 : Syazwan Yusof ( Penjaga Gol Piala Presiden )
21 : Reserve
22 : Muhammed Ghaddar ( Lebanon )
23 : S.Chanturu
24 : Zairol Fitree Ishak
25 : Azlan Ismail
26 : Izuan Solahuddin
27 : Khairul Izuan Rosli
28 : Aris Zaidi

Denny Antwi from Ghana, Jersi No. 18 & play for AFC Cup 2012...Position FW...

Enam Tonggak Jadi Taruhan Kim Swee

PENGALAMAN enam pemain daripada skuad juara Sukan Sea 2009 bakal menjadi teras kekuatan skuad bola sepak bawah 23 tahun negara apabila turun dengan misi mempertahankan pingat emas temasya itu di Indonesia kali ini.
Baddrol Bakhtiar, Mahali Jasuli, Mohd Asraruddin Putra Omar, Mohd Muslim Ahmad, K Gurusamy dan Ahmad Fakri Saarani adalah pemain yang masih layak beraksi berdasarkan had umur untuk bersama skuad negara kendalian jurulatih Ong Kim Swee.
Kesemua pemain ini bakal memainkan peranan penting dalam memastikan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu di Laos mampu dipertahankan terutama Baddrol yang dilantik selaku kapten.
“Rata-rata pemain dalam skuad ini adalah pemain muda dan tidak pernah beraksi di Sukan Sea sebelum ini jadi sebagai pemain lebih berpengalaman saya harus membantu pemain-pemain lain.
“Tidak ada banyak bezanya skuad sekarang dengan skuad 2009 melainkan dari segi umur saja. Bagi saya pasukan kali ini juga mempunyai kelebihan kerana mereka cukup berpengalaman beraksi di pentas antarabangsa,” katanya yang ditemui sebelum berlepas ke Jakarta Khamis lalu.
Pemain tengah yang boleh bertindak di posisi serangan itu berkata, dia tidak berasa tertekan meskipun diberikan tugas sebagai kapten, mengambil alih tugas yang dipikul penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.
“Saya tidak ada masalah untuk melaksanakan tugas sebagai kapten sebab tugas ini saya sudah dipikul ketika skuad ini bertanding dalam kejohanan jemputan Persekutuan Bola Sepak Vietnam di Hanoi dan juga ketika perlawanan persahabatan menentang Laos,” jelas Baddrol yang kini berusia 23 tahun.
Kim Swee membariskan 20 pemain bagi menggalas cabaran negara dalam Kumpulan A bersama pasukan tuan rumah Indonesia, Thailand, Singapura dan Kemboja.
Kumpulan B pula membabitkan naib juara, Vietnam, Myanmar, Filipina, Timor Leste, Brunei dan Laos.
Skuad negara akan memulakan kempen temasya sukan edisi ke-26 dengan menentang Singapura esok di Stadium Gelora Bung Karno.
- Harian Metro

Kelantan Perkenalkan Tujuh Pemain Tempatan, Seorang Pemain Import 18 Nov Ini

Kelantan dijangka memperkenalkan lima pemain baru serta dua pemain import untuk saingan Liga Super musim depan ketika mengadakan perlawanan persahabatan menentang Maldives di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 18 Nov ini.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa berkata pemain import berkenaan merupakan pemain import terbaru yang akan diuji oleh skuad Kijang di bawah jurulatih baru Peter James Butler yang dilantik semula menerajui pasukan tersebut pada 23 Okt lepas.
“Pemain utama ‘The Red Warriors’ seperti Mohd Badri Mohd Radzi (Piya), Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo), Mohd Shakir Shaari, Mohd Daudsu Jamaluddin, S. Subramaniam, Mohd Khairul Fahmi Che Mat (Apek) akan bermain pada perlawanan itu nanti,” katanya dalam laman sosial Facebooknya.
KAFA sebelum ini pernah menguji tiga pemain import iaitu Chikondi Banda (penyerang pasukan bawah 23 Malawi), Jean Black (pemain divisyen dua Belanda) dan Jocip Bonacin (pemain pertahanan Croatia) namun ditolak KAFA kerana tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Syarat kelayakan yang ditetapkan KAFA ialah pemain mesti berumur tidak lebih 30 tahun, mempunyai ketinggian tidak kurang 178 sm dan dari negara mempunyai ranking lebih tinggi berbanding Malaysia.
Selain itu, keutamaan diberikan kepada pemain skuad kebangsaan atau pemain muda berumur bawah 21 tahun yang berpotensi untuk kontrak jangka panjang, sanggup menerima tempoh sekurang-kurangnya dua tahun dan mempunyai tahap disiplin tinggi.
Antara nama-nama yang disebut bakal mengisi kekosongan dalam pasukan tersebut ialah tiga bekas pemain mereka yang bermain dengan T-Team pada musim lepas iaitu Indra Putra Mahayuddin, Mohd Norfarhan Muhammad dan Azizie Mat Rose.
Annuar turut menyeru supaya peminat skuad Kijang yang tinggal di sekitar Lembah Klang untuk memberikan sokongan kepada pasukan tersebut pada perlawanan persahabatan itu nanti.
Tiket perlawanan persahabatan itu dijual dengan harga RM10.
– BERNAMA

Terengganu Tersenarai Dalam Pasukan Yang Menyerlah di Asia

Pada tahun ini , Terengganu telah dipilih sebagai pasukan bola sepak yang paling menyerlah di Asia bagi bulan Oktober 2011 oleh sebuah web sukan iaitu Goal.com yang sangat dikenali peminat bola sepak di luar negara seperti Perancis , Sepanyol , German dan England.
Walaupun Terengganu tewas di tangan Negeri Sembilan pada Final Piala Malaysia 2011 , Terengganu telah mempamerkan aksi terbaik dengan menjaringkan gol awal sebelum Negeri Sembilan bangkit dengan gol oleh Kunanlan dan Hairuddin Omar.

Pasukan Terbaik Asia Oktober 2011

Jeonbuk Motors (Korea)
Nasaf Qarshi (Uzbekistan)
Brisbane Roar (Australia)
Terengganu (Malaysia)

Pemain Terbaik Asia Oktober 2011

Mike Havenaar ( Ventforet Kofu, Jepun)
Park Chu-Young – Arsenal & South Korea
Khalfan Ibrahim – Al Sadd & Qatar
Andranik Teymourian - Esteghlal & Iran
Nampaknya tiada pemain daripada Malaysia yang menjadi pilihan goal.com untuk pemain terbaik Asia untuk bulan Oktober 2011.

Adakah Apek Minum Arak? Apek akan jawab selepas Sukan Sea

KUALA LUMPUR – Sebaik gambar penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat atau dikenali sebagai Apex berhibur bersama teman wanita baru, Dahlia Teck dan beberapa rakan seksinya tersebar, wujud persoalan sama ada kumpulan berkenaan meminum arak ketika itu.
Ini kerana, dalam gambar-gambar itu dengan jelas kelihatan beberapa botol arak dan gelas yang dipercayai dituang air berkenaan di atas meja di hadapan mereka.
Apex ketika dihubungi Mynewshub.my berkata, beliau buat masa ini enggan menjawab sebarang isu atau gosip berhubung tuduhan itu kerana ingin menumpukan perhatian kepada persiapan pasukan negara untuk temasya Sukan Sea di Indonesia.
“Bro (wartawan), bagi saya fokus game (permainan) dulu, saya mintak sangat jasa baik semua pihak bagi saya fokus untuk Sukan Sea ini dulu.
“Nanti selepas game saya boleh jelaskan,” katanya melalui sistem pesanan ringkas.
Pasukan bola sepak bawah 23 tahun akan berlepas untuk menyertai Sukan Sea ke-26 pada Jumaat ini.
Gambar Apex berhibur dengan Dahlia dan kawan-kawan di sebuah restoran eksklusif, Werner’s, di Changkat Bukit Bintang baru-baru ini disiarkan beberapa blog hiburan ternama negara seperti Oh! Bulan, Rotikaya.com dan Media Malaya.com.
Laman web Oh! Bulan yang menyiarkan gambar-gambar dari Media Malaya.com itu turut mempersoalkan mengenai beberapa botol minuman keras yang terdapat di atas meja di dalam gambar tersebut.
“Tidak dapat dipastikan samada mereka adalah pemilik minuman keras diatas meja, namun dalam gambar menunjukkan beberapa botol minuman keras yang sudah dibuka,” kata laman web hiburan terkenal itu.
Bagaimanapun, Oh! Bulan meminta para peminat industri hiburan tanahair untuk berfikiran positif terhadap Apex dan Dahlia.
Apex juga tidak dilihat memegang atau meneguk sebarang minuman dalam gambar tersebut.
Penyiaran gambar itu bagaimanapun mengundang kritikan yang pedas daripada anggota masyarakat.
Apex sebelum ini bertunang dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi bagaimanapun pertunangan itu putus Ogos lalu.
- Mynewshub

Abdul Manaf Mamat Dilamar Pasukan Lain

Penyerang berbisa Terengganu Abdul Manaf Mamat mengakui dirinya dilamar beberapa pasukan lain untuk menghadapi saingan musim depan.
Bagaimanapun anak jati kelahiran Kampung Nibung di sini enggan berhijrah ke negeri lain setakat ini dan masih mahu menabur bakti bersama negeri kelahirannya.
Pemain berusia 24 tahun ini mengakui masih sayangkan Terengganu, pasukan yang pertama diwakilinya selain banyak melonjakkan namanya dalam persada bola sepak negara.
“Memang ada beberapa negeri memberi tawaran kepada saya namun saya terpaksa menolak tawaran itu hati saya masih kuat untuk bersama Terengganu,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini Khamis.
Seawal usia 19 tahun, bintang Terengganu ini diberi kepercayaan membarisi kesebelasan utama pasukan itu dan berada di bawah tiga jurulatih yang memberikan kemahiran dan pengalaman untuk terus berjaya dalam arena bola sepak.
Karier anak bongsu daripada 11 beradik ini mula dibentuk sejak di bangku sekolah dan terus digilap apabila diserap menyertai Kelab Akademik Bola Sepak Terengganu sebelum dilamar untuk menyertai Piala Presiden.
– BERNAMA

T-Team lepas tiga tonggak

Pemain tunggak pasukan T-Team Indera Putera Mahyuddin, Nor Farhan Mohamad dan Haris Safwan Kamal tidak akan menyarung jersi pasukan itu tahun depan, kata Pengurus pasukan Rozi Mamat.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri berkata pemain berkenaan telah berjumpa dengan beliau dan meminta mereka dilepaskan.
“Kita tidak ada masalah dan kita tunaikan permintaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pengurusan T-Team di Majlis Sukan (MSN) Negeri di sini, hari ini. Turut hadir Pengarah MSN negeri Zainal Abidin Hussin.
Beliau berkata kedudukan seorang lagi pemain tunggak iaitu Azizi Mat Rose tidak dapat disahkan kerana tidak hadir pada majlis menandatangani kontrak pemain hari ini.
Katanya enam pemain digugurkan iaitu Rosli Muda, Ismail A Rahman, Subri Sulong, Amzar Junaidi, Kamar Rodiajat Mat Ali dan Shazlan Alias.
Mengenai penjaga gol Shamsuri Mustapa, Rozi berkata pemain itu yang telah sembuh daripada kecederaan masih bersama T-Team.
Beliau berkata T-Team juga berhajat mengambil beberapa pemain daripada pasukan Harimau Muda dan perkara itu masih dalam perbincangan.
Mengenai pemain import pula, beliau berkata T-Team bercadang mengambil dua pemain import untuk memperkemaskan pasukan tahun depan dengan keutamaan diberikan kepada pemain dari Uzbekistan, Afrika dan Amerika Latin.
“Mungkin kita sendiri akan pergi ke negara-negara berkenaan untuk mencari pemain yang kita perlukan,” katanya.
Sambil menyatakan sasaran pasukan untuk memasuki pertandingan akhir Piala Malaysia tahun depan, beliau berkata khidmat Yunus Alif sebagai jurulatih pasukan masih kekal.
Pencapaian Terengganu sehingga ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia tahun ini adalah satu kejayaan yang amat memberangsangkan, katanya.
Mengenai bajet pula, Rozi berkata bajet T-Team tahun depan daripada kerajaan negeri sama seperti tahun ini iaitu lebih RM2 juta.
- Bernama

Wisma Fam Dibaling Cat Merah akibat kenaikan harga tiket

Taktik ‘amaran ala ‘ah long’ terhadap peminjam’ atau vandalisme dengan membaling cat menimpa Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, awal pagi semalam.
Ia dipercayai ada kaitannya dengan kenaikan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia, Sabtu ini.
GAMBAR WISMA FAM KENA LEMPAR CAT MERAH
Plastik yang mengandungi cat merah dilempar oleh mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga terkena pada bumbung Wisma FAM di Kelana Jaya
Lima bungkus plastik mengandungi cat merah dilempar oleh empat lelaki bermotosikal dari luar kawasan wisma itu kira-kira pukul 3.30 pagi sehingga pecah dan melimpahkan isinya, lalu mengotori lantai pintu depan wisma, serta memercik dan bertompok pada dinding tingkat satu serta bumbung.
Sebahagian cat turut mengenai kereta salah seorang daripada dua pengawal keselamatan yang bertugas dari malam tadi hingga awal pagi ini, yang diletakkan berdekatan pagar wisma dan jalan raya hadapannya. namun sebuah bas Pioneer berwarna kuning milik FAM tidak jauh dari situ, tidak diapa-apakan.
Seorang pengawal keselamatan yang ditemui di Wisma FAM semalam berkata, dia diberitahu mengenai kejadian itu oleh rakan setugasnya yang juga pemilik kereta berkenaan bahawa keempat-empat lelaki tersebut melarikan diri sejurus selepas melontar cat.
Dia yang enggan dikenali berkata: “Ketika kejadian, pengawal tersebut duduk di meja berdekatan lantai yang dikotori lemparan cat itu. Dua beg plastik berisi cat itu tersangkut pada bumbung plastik dan tiga lagi bertaburan di lantai. Ia bagaimanapun dibersihkan beberapa minit kemudian.
“Disebabkan gelap, wajah empat lelaki itu sukar dikenali sementara nombor plat motosikal mereka juga tidak sempat diambil pengawal keselamatan, lagipun mereka dengan cepat melarikan diri menaiki motosikal selepas melakukannya,” katanya.
Ketika dihubungi Utusan Malaysia, seorang pegawai FAM yang singgah di Wisma FAM pada sebelah pagi semalam berkata, tidak tahu-menahu mengenai kejadian tersebut, juga dengan seorang kakitangan yang bertugas pada cuti am Deepavali bagi menyiapkan butiran mesyuarat pengurus pasukan perlawanan akhir itu.
- Utusan

Tiket habis dalam masa dua jam di Terengganu

KUALA TERENGGANU: Ibarat pisang goreng panas, tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu dan Negeri Sembilan habis dijual dalam masa dua jam, menyebabkan ramai penyokong skuad Penyu kecewa.
Tinjauan mendapati penyokong Terengganu membanjiri pekarangan pejabat Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) seawal 8 pagi, namun ramai yang pulang hampa apabila dimaklumkan tiket habis kira-kira 11 pagi.
Keadaan itu turut menimbulkan kekecohan apabila beberapa penyokong tegar meluahkan rasa tidak puas hati dengan sistem penjualan tiket yang dilaksanakan PBSNT.
Sebanyak 30,000 keping tiket diperuntukkan kepada PBSNT bagi peminat bola sepak Terengganu menyaksikan perlawanan yang akan diadakan di Stadium Shah Alam, Selangor pada Sabtu ini.
Namun daripada jumlah itu, 20,000 diagihkan kepada 32 pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan pejabat Parlimen, untuk dijual di kawasan masing-masing.
Selain teruja untuk menyaksikan Terengganu beraksi di pentas akhir Piala Malaysia dalam tempoh 10 tahun, penyokong juga mahu mengambil peluang membeli tiket pada harga diskaun yang ditawarkan kerajaan Terengganu.
Seorang penyokong, Mohd Khairil Irwan, 26, yang hampa kerana gagal mendapatkan tiket tersebut, berkata beliau akan cuba membeli tiket itu di Stadium Shah Alam, walaupun dijual pada harga RM50.
“Saya tidak mahu ketinggalan menyaksikan perlawanan bersejarah ini,” katanya.
Sementara Naib Yang Dipertua PBSNT, Sheikh Tajudin Sheikh Yusoff, yang dihubungi mengesahkan semua tiket habis dijual pagi tadi.
“Yang tinggal dengan PBSNT sekarang ialah bahagian tiket untuk empat kawasan DUN lagi, jika mereka tidak mengambilnya sehingga 10 pagi esok kita akan menjualnya,” katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Rozi Mamat pula berkata, masalah kekurangan tiket itu sudah dijangkakan apabila Terengganu diperuntukkan kuota 30,000 tersebut.
Beliau bagaimanapun berjanji akan mencari jalan untuk membolehkan lebih ramai peminat bola sepak Terengganu ke Stadium Shah Alam bagi menyokong skuad Penyu yang kali terakhir menjulang Piala Malaysia 10 tahun lalu. – BERNAMA