SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK
Misi 10 Terbaik Dunia
PASUKAN hoki negara menetapkan sasaran untuk layak ke Olimpik London 2012, sekali gus memperbaiki kedudukan ranking dunia yang kini berada di tangga ke-13.
Layak ke temasya sukan terbesar dunia itu membolehkan Malaysia berada dalam kalangan 10 pasukan terbaik dunia.
Kini, segala-galanya disandarkan kepada 25 pemain yang terlibat dalam program Road To London.
Difahamkan, skuad kebangsaan kendalian Tan Beng Hai bakal mengadakan lima perlawanan persahabatan menentang China pada 10 hingga 20 Januari depan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.
Ia sebagai ujian simulasi untuk skuad hoki negara menghadapi Korea Selatan pada Kelayakan Hoki Sukan Olimpik 2012 di Dublin, Ireland, Mac depan.
“Walaupun kita telah berjaya mencapai sasaran ranking ke-13 dalam tempoh dua tahun ini, ia bukan jaminan untuk terus kekal selesa.
“Sebaliknya, kami akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki kemahiran dan mutu permainan supaya impian ke London 2012 tidak sia-sia,” katanya.
Selain Korea Selatan, Malaysia turut diundi bersama pasukan tuan rumah Ireland, Rusia, Chile dan Ukraine.
Perlawanan kelayakan tersebut dijadual berlangsung pada 11 hingga 18 Mac depan dan hanya juara akan layak beraksi di London pada tahun depan bersama Australia, Argentina, Belgium, Jerman, Great Britain, Belanda, New Zealand, Pakistan dan Afrika Selatan yang telah layak secara rasmi.
Sementara itu, Setiausaha Kehormat Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Maninderjit Singh berkata, selepas aksi persahabatan menentang China itu, skuad kebangsaan akan ke India untuk menghadapi lima siri perlawanan pada 28 Januari hingga 4 Februari depan.
“Kita telah capai fasa pertama, jadi fasa kedua perlu ditawan iaitu Olimpik 2012 yang mana adalah matlamat utama hoki negara,” katanya.
Untuk rekod, skuad hoki negara layak sembilan kali di Olimpik manakala pencapaian terbaik adalah menduduki tangga kelapan pada temasya Olimpik Munich 1972 di Jerman Barat.
– Harian Metro
Malaysia Pilihan Rangkul Tempat Ke-5
Pasukan kebangsaan menjadi pasukan pilihan untuk merebut tempat kelima Cabaran Juara-Juara 1 ketika bakal turun menentang Poland esok.
Pasukan bimbingan Tan Beng Hai itu mengetepikan Jepun dengan kemenangan 2-1 hasil dua jaringan Faisal Saari.
Malaysia bangkit daripada ketinggalan 1-0 pada babak pertama menerusi dua jaringan cantik penyerang TNB itu sehingga mendapat pujian daripada wartawan luar negara.
“Dalam separuh masa pertama, saya tidak menembusi pertahanan mereka walaupun mencubanya daripada pelbagai sudut.
“Selepas ditegur jurulatih, saya berjaya melakukannya,” katanya.
Poland yang banyak membuat kejutan dalam kejohanan di Afrika Selatan ini menganggap pasukan negara sebagai pasukan pilihan dalam pertembungan esok memandang pernah dikalahkan 3-2 dalam kejohanan Jemputan Lima Negara Insep di Perancis tahun lalu.
Sumber – Astro Arena
No comments:
Post a Comment