Wednesday 30 November 2011

KECEWA MATYO TERUBAT

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK

KECEWA MATYO TERUBAT

Shahrul Idlan Talaha
Kekecewaan Norshahrul Idlan Talaha yang gagal memenangi kasut emas 2011 akhirnya terubat selepas berjaya meraih dua gelaran dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100 Plus kategori Penyerang Terbaik dan Pemain Paling Bernilai Supermokh.
Norshahrul Idlan Talaha yang pernah memenangi anugerah Pemain Paling Bernilai pada tahun lepas sekali lagi membuktikan beliau adalah pemain paling bernilai buat 2 tahun berturut turut selepas berjaya membantu Kelantan meraih Juara Piala Sumbangsih 2011 dan Juara Liga Super 2011 selain membantu Kelantan muncul naib juara Piala FA 2011.
Anugerah Pemain Paling Bernilai Supermokh ini dinilai berdasarkan persembahan dan sumbangan mereka dalam liga domestik serta penglibatan di peringkat antarabangsa dan dipilih oleh jurulatih tempatan sebagai juri utama.
Untuk rekod Norshahrul berjaya menjaringkan 19 gol dalam Liga Super 2011 dan tidak hairanlah mengapa beliau terpilih memenangi Anugerah Pemain Paling Bernilai tahun ini.
Tahniah buat Norshahrul Idlan Talaha dan semoga dengan kejayaan ini dapat terus membantu Kelantan meraih Piala bagi musim 2012 dan kekalkan dengan imej bersih.Tiada kontroversi Tiada tekanan.

No comments:

Post a Comment