Monday 28 November 2011

Tevez Kaut RM987,000 Seminggu Tanpa Beraksi

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK






Tevez Kaut RM987,000 Seminggu Tanpa Beraksi


LONDON – Manchester City tetap membayar gaji lumayan Carlos Tevez sebanyak 198,000 pound (RM987,000) seminggu tatkala dia masih lagi bermogok.
Jadi, Tevez yang sudah ‘menghilangkan diri’ sejak tiga minggu lalu dan dilaporkan pulang ke Argentina tanpa kebenaran telah pun merugikan kelabnya hampir 600,000 pound (RM3 juta).
Ketika ditanya, City enggan mengulas kenapa gaji masih dibayar kepadanya dan bilakah mereka akan mengenakan denda gaji tiga minggu di atas kesalahan enggan kembali selepas diarahkan.
Wakil kepada bekas bintang West Ham dan Manchester United difahamkan sedang berunding dengan AC Milan mengenai perpindahan bernilai 25 juta pound ke gergasi Seria A itu.
City sememangnya gembira dengan perkembangan itu dan sebolehnya mereka mahukan bekas ketua pasukan bermasalah itu disingkirkan secepat mungkin.
Juventus juga dikatakan berminat dengan khidmat penyerang Argentina itu, namun tiada sebarang urusan perpindahan boleh dilakukan sehingga tetingkap dibuka Januari depan.
Namun, tiada kepastian apakah City akan terus membayar gaji sehingga perjanjian perpindahan dimeterai. – AGENSI

No comments:

Post a Comment