SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK
Kebangkitan Jepun Dibimbangi Skuad Negara
November 28, 2011 By Leave a Comment
Penolong jurulatih hoki nagara, Nor Saiful Zaini bimbang dengan kebangkitan Jepun yang berjaya mengikat pilihan utama, Argentina 2-2 dalam saingan kumpulan B, kejohanan hoki Cabaran Juara-Juara 1 FIH di Afrika Selatan.
Jepun mengejutkan peminat di Stadium Hoki Randburg, Johannesburg apabila mempamerkan tentangan sengit kepada Argentina yang juga juara dua kali kejohanan ini. Peningkatan prestasi skuad samurai sejak meraih trofi keempat Juara-Juara Asia 2011 di China September lalu membuktikan mereka telah membuat persiapan rapi untuk menghadapi kejohanan bertaraf empat bintang ini.
Ia menampakkan Jepun makin selesa untuk menghadapi Malaysia yang tewas 1-3 kepada Kanada pada aksi pertama lalu.
“Jepun dilihat lebih bersedia dan mereka bermain baik sebagai satu pasukan. Kita akan berusaha untuk menghalang mereka,” katanya.
Skuad bimbingan Tai Beng Hai ini bergelut ketika tewas kepada Kanada dimana kesemua pemain negara dilihat kerap melakukan kesalahan mudah. Begitupun Jepun dilihat menghormati Malaysia kerana mereka banyak belajar daripada corak permainan negara sejak era 1990an.
“Kami tewas dua kali kepada Malaysia di China. Mereka memang hebat. Saya rasa Malaysia masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana di sini. Ia baik untuk kami, tetapi kami perlu berhati-hati,” kata Kapten pasukan, Kei Kawakami.
Program latihan di eropah memberi kesan positif kepada corak permainan Jepun dan ia pastinya menyukarkan lagi tugas Malaysia untuk mencatat kemenangan pertama di kejohanan ini.
- Astro Arena
No comments:
Post a Comment