Thursday, 22 November 2012

NAZMI BERSEDIA

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK


Pemain muda negara, Nazmi Faiz Mansor (gambar) yang akan memulakan aksi bersama kelab divisyen satu Portugal, SC Beira-Mar Julai depan tidak keseorangan kerana dia bakal ditemani kakak dan abangnya.
Menurut bapa Nazmi, Mansor Mustapha sebelum anaknya memperoleh keluarga angkat di Portugal, kakaknya, Nazirah Farhah Mansor yang kebetulan akan menamatkan pengajian di Moscow, Rusia Julai depan akan menemaninya.
“Itulah rancangan awalnya dan dalam masa yang sama jurulatih skuad Bawah 23 Tahun, Ong Kim Swee dan ejennya Marco Guimaraes akan ke Kedutaan Malaysia di Lisbon untuk menguruskan pencarian keluarga angkat,” katanya pada majlis meraikan kejayaan Nazmi terpilih beraksi bersama SC Beira-Mar oleh Belia AU5D Lembah Keramat, malam tadi.
Jelas mansor, selepas kakaknya menemani Nazmi mungkin abangnya, Nazir Farhan akan mengambil alih tugas mendampinginya dan semua ini dilakukan bagi membolehkannya cepat menyesuaikan diri dengan keadaan di sana.
Sementara itu, Nazmi, 17, kini fokus sepenuhnya untuk beraksi dalam Liga Portugal, tanpa mengira sama ada dalam pasukan utama atau remaja.
Tambahnya, cuaca dan pemakanan bukan masalah besar baginya.
“Saya sudah mula menyesuaikan diri dengan corak permainan di sana. Saya akan cuba mengutip pengalaman sebanyak mungkin dan bekerja keras di dalam latihan.
“Mengenai peluang untuk saya bermain dengan pasukan senior kebangsaan pula, saya juga akan berusaha berebut tempat dengan pemain lain. Sekarang fokus saya hanya untuk membantu skuad Bawah 22 Tahun negara pada kelayakan Piala Asia bawah 22 tahun di Myanmar,” katanya.
Mengenai gaji bersama SC Beira-Mar, Nazmi berkata, perkara tersebut tidak perlu dibangkitkan kerana dia lebih fokus untuk beraksi sebaik mungkin.
Nazmi menandatangani pra-kontrak tiga tahu bersama Beira-Mar dan secara rasmi menjadi pasukan kelab itu pada majlis tandatangani kontrak rasmi 17 Ogos ini, sehari selepas hari jadinya yang ke-18.
Nazmi akan menyarung jersi No. 10 Beira-Mar. – Utusan Online

No comments:

Post a Comment