Monday, 27 October 2014

Ujian ke atas sample B milik seorang atlet negara yang gagal ujian doping akan dilakukan pada 4 atau 5 November depan.

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK

Khairy (tiga, kiri) pada sidang media selepas menghadiri pertandingan akhir Malaysian Invasion Mixed Martial Arts musim kedua (MIMMA2) di Stadium Negara pada Sabtu malam. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Jason Lo (dua, kiri).
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Ujian ke atas sample B milik seorang atlet negara yang gagal ujian doping akan dilakukan pada 4 atau 5 November depan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, Persekutuan Sukan Antarabangsa yang berkenaan memberikan pilihan dua tarikh tersebut kepada atlet terbabit.

"Saya difahamkan bahawa Persekutuan Sukan Antarabangsa berkenaan telah memberikan atlet itu pilihan sama ada 4 atau 5 November untuk membuka sampel B dan menguji sampel itu," katanya di sini lewat malam Sabtu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri pertandingan akhir Malaysian Invasion Mixed Martial Arts musim kedua (MIMMA2) di Stadium Negara di sini.

Baru-baru ini media melaporkan seorang atlet negara didakwa positif dadah bagi sampel A iaitu ujian air kencing yang dilakukan secara rambang semasa Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark pada Ogos lepas.

Permohonan bagi melakukan ujian ke atas sample B dilakukan sendiri oleh atlet itu pada 16 Oktober lalu, sehari sebelum tarikh akhir untuk memohon sampel tersebut diuji.

Hingga kini identiti atlet berkenaan belum didedahkan.

Mengikut peraturan Persekutuan Sukan Antarabangsa berkenaan, mereka tidak akan mengeluarkan atau umumkan nama atlet terbabit sehingga ujian sample B selesai dilaksanakan.

No comments:

Post a Comment