SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK
RAFAEL Nadal akan terlepas untuk beraksi di Jelajah Dunia ATP pusingan terakhir di London bulan depan selepas pemain dari Sepanyol itu mengalami kesakitan, Jumaat.
Bekas pemain nombor satu dunia itu yang telah diganggu oleh kecederaan dan penyakit sejak memenangi mahkota kesembilan Terbuka Perancis pada bulan Jun, telah menerima rawatan antibiotik akibat apendik dan telah memutuskan untuk menjalani pembedahan pada 3 November.
"Saya tidak akan bermain di Paris (Masters minggu depan) dan London. Saya tidak cukup kompetitif," kata Nadal pada sidang akhbar selepas tersingkir pada peringkat suku akhir acara Tertutup Switzerland di Basel.
Dia berharap untuk kembali di Terbuka Qatar pada bulan Januari.
Ketiadaan pemain berusia 28 tahun itu adalah satu tamparan besar kepada Jelajah ATP meskipun jelas kekalahannya terhadap remaja Croatia Borna Coric pada Jumaat menunjukkan dia tidak patut untuk bersaing.

No comments:
Post a Comment