SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK
Ferguson Anggap Satu Penghinaan Kata Dia Wariskan Skuad Tua kepada Moyes
Diterbitkan: Isnin, 27 Oktober 2014 2:52 PM
(Ubah saiz teks)
BEKAS Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson berkata adalah sesuatu yang menghina untuk mengatakan yang dia telah mewariskan para pemain tua kepada pengantinya, David Moyes musim lalu sehingga membawa malapetaka besar kepada kelab itu sekaligus menyaksikan mereka berakhir di tangga ketujuh liga.
Ferguson, 72, yang bercakap dalam satu majlis siaran langsung di London untuk mempromosikan edisi tambahan kepada memoirnya 'My Autobiography' berkata;
“Itu (untuk menuduh dia demikian) adalah satu penghinaan. United memenangi kejuaraan liga dengan kelebihan 11 mata. Saya meninggalkan pemain-pemain muda yang berpotensi seperti Jones, Smalling, Welbeck. Malah pemain-pemain lain seperti Van Persie, Vidic, Carrick dan ramai lagi adalah pemain-pemain yang baik.
“Didier Drogba berusia 36 tahun dan dia menjaringkan gol ketika Chelsea menentang United semalam (Ahad). Van Persie pun bukan muda tapi 32 tahun dan dia juga menjaringkan gol semalam."
Bagaimanapun menurut Ferguson, perkara yang terbaik yang pernah berlaku kepadanya dan juga United ialah pembinaan pusat latihan dan Ibu Pejabat United iaitu Carrington.
"Kemudahan di Carrington adalah kelas pertama,” ujarnya.
Ferguson juga menegaskan yang keputusan kelab untuk melantik Louis Van Gaal sebagai penganti Moyes adalah satu tindakan yang betul.
"Sudah tentu ia adalah keputusan yang tepat. Saya sedikit pun tidak mempunyai keraguan ke atas keupayaannya. Dia adalah orang yang tepat untuk mengendalikan pasukan ini.
“Tapi anda tidak akan memperolehi konsistensi mahupun keputusan yang baik sehinggalah anda selesai menentukan empat pemain pertahanan," katanya lagi.
Menurut Ferguson, Shaw dan Rojo masih baru di United dan satu-satunya pemain pertahanan yang mempunyai pengalaman dengan gaya permainan kelab ini adalah Rafael.
No comments:
Post a Comment