Monday 21 November 2011

Malaysia VS Indonesia Sea Games 2011. Adakah Malaysia Akan Membawa Pingat Emas Sekali Lagi?

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK


Malaysia VS Indonesia Sea Games 2011. Adakah Malaysia Akan Membawa Pingat Emas Sekali Lagi?

by STAFF BERITA SEMASA on NOVEMBER 20, 2011
Kongsi Berita172
malaysia vs indonesia Malaysia VS Indonesia Sea Games 2011. Adakah Malaysia Akan Membawa Pingat Emas Sekali Lagi?
Akhirnya final bola sepak Sea Games 2011 akan menemukan sekali lagi Malaysia VS Indonesia. Mungkin hasrat sebahagian penyokong Malaysia melihat final bola sepak sepak Sea Games 2011 menemukan di antara Malaysia vs Vietnam tidak kesampaian. Nampaknya, Indonesia terlalu gah untuk melangkah masuk ke pentas final.
Terus terang kami katakan wanita yang mengandung atau lelaki yang mengalami darah tinggi tidak sesuai menonton perlawanan Malaysia VS Myanmar, sesak nafas dibuatnya menonton perlawanan semalam. Tetapi mujurlah nasib dan ditambah juga “suntikan semangat” di saat akhir perlawanan, pasukan Malaysia berjaya mengubah sedikit permainan sehingga keputusan Malaysia Vs Myanmar berkesudahan 1-0 hasil jaringan kemenangan oleh Fakri Saarani pada minit 85. Walauapapun, Tahniah Malaysia!!
Kami rasa, Malaysia akan hadapi masalah semasa final Malaysia vs Indonesia jika terus bermain seperti malam tadi.

Malaysia VS Indonesia : Persedian Pasukan Malaysia?

Bagi kami, Malaysia belum sampai tahap lagi untuk bermain sistem “single striker” disebabkan belum ada penyerang Malaysia yang mampumalaysia vs indonesia 2 Malaysia VS Indonesia Sea Games 2011. Adakah Malaysia Akan Membawa Pingat Emas Sekali Lagi? menggalas tugas sebagai “targetman”. Contohnya semalam hantaran agak baik daripada sayap mahupun di bahagian tengah, tetapi penyudahnya…….?
Yang lain-lain bagi kami dah cukup baik, termasuklah :
  • Barisan pertahanan Malaysia yang boleh dianggap agak solid sepanjang perlawanan bola sepak Sea Games 2011 ini. Tahniah juga kepada Muslim Ahmad yang nampaknya kembali mencapai prestasi seperti mana semasa bermain di AFF Suzuki Cup yang sebelum ini
  • Cuma ada sedikit kerisauan di bahagian tengah, nasib kecik aka Wanzaharul Hisham masih tidak tahu lagi ditambah dengan kecederaan Sharul Azwari pula. Kemudian wonderkid Nazmi Faiz nampak seperti sangat letih semasa perlawanan malam tadi (Malaysia VS Myanmar). Tidak tahu lagi boleh recover atau tidak 100% kecergasan beliau sebelum bermulanya perlawanan Malaysia VS Indonesia.
  • Dan juga kapten Malaysia, yang asyik turun naik setiap perlawanan yang berpotensi untuk mengalami kecederaan. Harap-harap, tidak begitulah jadinya.
Semestinya tiada yang mustahil perlawanan final Malaysia VS Indonesia ini, kami berharap Malaysia akan buat lebih baik daripada perlawanan malam tadi dan terus gempur gawang Indonesia sehingga ke wisel penamat.
Perlawanan Malaysia VS Indonesia
  • Tarikh : 21 November 2011
  • Masa : Pukul 8:30 malam
  • Lokasi : Stadium Gelora Bung Karno
Apatah lagi perlawanan malam esok “agak berat” dengan kehadiran semula kesebelasan utama pemain Indonesia berlainan pada pertemuan Malaysia VS Indonesia di peringkat kumpulan yang mana Indonesia hanya menggunakan 4-5 pemain utamanya sahaja.

Malaysia Vs Indonesia : Harapan Penyokong Malaysia?

P/S : Nampaknya Malaysia turun kali dalam perlawanan Malaysia VS Indonesiasebagai juara bertahan. Bagaimana anda melihat prestasi Malaysia sepanjang perlawanan bola sepak SEA Games 2011 kali ini ?
PP/S : Apakah ramalan keputusan anda bagi  perlawanan akhir Malaysia vs Indonesia ini?

No comments:

Post a Comment