Tuesday 22 November 2011

Harimau Muda baham Garuda di final Sukan Sea

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK

Harimau Muda baham Garuda di final Sukan Sea


Malaysia berjaya mengekalkan pingat emas dalam Sukan Sea yang dimenangi dua tahun lepas selepas berjaya menewaskan tuan rumah, Indonesia menerusi sepakan penalti selepas kedudukan terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan. Pemain Indonesia, Gunawan dan Ferdinand Sinaga gagal menyempurnakan sepakan penalti sekali gus memberi ruang kepada Malaysia untuk merangkul pingat emas walaupun Fakri Saarani gagal menyempurnakan penalti. Indonesia mendahului Malaysia seawal minit ke-5 hasil jaringan Gunawan Dwi Cahyo menerusi sepakan sudut tetapi Asrarudin bijak menyempurnakan peluang untuk menyamakan kedudukan 1-1 dan kekal sehingga tamat masa tambahan. Harimau Muda bakal berdepan ujian pada Rabu ini menentang Syria bagi kelayakkan Olimpik di halaman sendiri.

No comments:

Post a Comment