Friday 18 November 2011

Keputusan Malaysia VS Indonesia, Bola Sepak Sukan SEA 2011. HARIMAU MALAYA “Ganyang” GARUDA!!

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK


keputusan malaysia vs indonesia Keputusan Malaysia VS Indonesia, Bola Sepak Sukan SEA 2011. HARIMAU MALAYA Ganyang GARUDA!!
Keputusan Malaysia VS Indonesia dalam bola sepak Sukan SEA 2011 semalam di peringkat kumpulan sudah cukup memberirikan sinar dan harapan yang mana pasukan Malaysia mampu memberikan kejutan sekali lagi pada edisi sukan SEA kali ini. Mungkin pingat emas sekali lagi?
Semalam boleh dikatakan sekitar hanya 4 hingga 5 pemain utama Indonesia diturunkan pada perlawanan Malaysia VS Indonesia. Tampak “over confodent” yang akhirnya memakan diri sendiri. Yang untungnya Malaysia juga, keputusan Malaysia VS Indonesia semalam mengelakkan Malaysia bertemu Vietnam tetapi sebaliknya menentang Myanmar pada separuh akhir bola sepak Sukan SEA 2011.
Kami tetap optimis (macam ayat jurulatih Malaysia pula) Malaysia boleh bergelar juara bola sepak Sukan SEA 2011 sekaligus mempertahankan pingat emas yang dimenangi 2 tahun lalu. Silap-silap semasa perlawanan akhir nanti akan sekali lagi bertemu dengan seteru utama Malaysia, Indonesia. Mungkin & tidak mustahil sama sekali
keputusan malaysia vs indonesia 2 Keputusan Malaysia VS Indonesia, Bola Sepak Sukan SEA 2011. HARIMAU MALAYA Ganyang GARUDA!!
Keputusan Malaysia VS Indonesia 1-0
Shahrul Azwari
  • Bagi kami Azmi sebagai pemain terbaik malam tadi bersama-sama dengan Azwari. Kawalan bahagian tengah boleh dikatakan memuaskan kami yang menontonnya malam tadi. Muda lagi.
  • Tampak malam tadi disiplin sangat dititikberatkan oleh pemain & jurulatih. Takut-takut kena marah. Apatah lagi perlawanan “sepanas Malaysia VS Indonesia” ini.
  • Badrol menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi apabila menolong player Indonesia yang kejang
  • Tapi sayang banyak peluang keemasan terhidang dipersia-siakan terutamanya penyerang bernama Izzat itu. Adakah beliu merupakan penyerang terbaik yang dimiliki Malaysia?
  • Ini teguran ikhlas daripada kami sebagai sebahagian daripada beribu-ribu penyokong bolasepak Malaysia selepas kelutusan Malaysia VS Indonesia malam tadi
Memang diakui dalam banyak-banyak acara sukan SEA 2011, bola sepak yang menjadi tumpuan ramai rakyat Malaysia, tidak kira lelaki mahupun golongan wanita. Semalam ketika menonton siaran langsung Malaysia VS Indonesia boleh dikatakan agak seimbang kehadiran penyokong Malaysia mahupun penyokong Indonesia (akibat lambakan pekerja Indonesia di Malaysia).  Suka atau tidak pingat emas bola sepak SUKAN SEA 2011 paling bernilai sekali jika berjaya diperolehi oleh pasukan Malaysia.
  • Keputusan Malaysia VS Indonesia semalam menyaksikan Malaysia menjuarai Kumpulan A dan akan bertemu naib juara kumpulan B, Myanmar
  • Manakala Indonesia selaku naib juara Kumpulan A berdepan juara Kumpulan B Vietnam, yang juga pemenang pingat perak Sukan SEA 2009
Pilihan Perlawanan Akhir Bola Sepak Sukan SEA 2011?
  • Malaysia VS Indonesia (50%, 12 Votes)
  • Vietnam VS Malaysia (50%, 12 Votes)
Total Voters: 24
Anda Yakin Malaysia Mampu Juara Bola Sepak Sukan SEA 2011?
  •  
  •  
  •  
P/S : Walauapapun, keputusan Malaysia vs Indonesia semalam kami ucapkan tahniah dan kami doakan Malaysia akan terus melangkah cemerlang ketika bertemu Mynmar kelak.
PP/S : Apa pandangan anda dengan prestasi Malaysia pada perlawanan malam tadi?

No comments:

Post a Comment