Monday 2 January 2012

Pahang Juara Piala Emas Raja-Raja 2011

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK



Pahang Juara Piala Emas Raja-Raja 2011

January 2 | Oleh Sam | BeritaBerita UtamaPiala Malaysia
KREDIT GAMBAR KEPADA RedsFC News
Kesebelasan utama pasukan Pahang.
Pahang membuktikan kejaguhan dalam saingan Piala Emas Raja-Raja edisi ke-71 apabila merangkul gelaran juara selepas membenam Melaka 3-1 di Stadium Temerloh, malam tadi.
Turun selaku tuan rumah didepan penyokong sendiri, Pahang bagaimanapun menerima laluan sukar apabila pasukan pelawat terlebih dahulu melakukan jaringan pertama.
Tok Gajah berjaya bangkit beberapa minit sebelum tamat dengan jaringan penyamaan.
Pada babak kedua, kedua-dua pasukan saling melakukan asakan untuk mendapatkan jaringan pendahuluan tetapi gagal menembusi gawang masing-masing.
Sehinggalah minit ke-71, Pahang menceriakan penyokong setia mereka dengan jaringan kedua.
Tidak sampai tiga minit, tuan rumah mengesahkan kemenangan dengan jaringan ketiga perlawanan untuk menjulang kejuaraan dalam Piala Emas Raja-Raja.
Selaku juara, Pahang menerima piala edisi ke-71 dan hadiah wang tunai sebanyak Rm45 000 manakala Melaka membawa pulang wang tunai sebanyak Rm20 000 selaku naib juara. - RedsFC News