Monday 2 January 2012

Gambar Penyokong Harimau Malaya Yang Comel

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK


malaysia flag,harimau malaya,bola sepak malaysia,harimau muda,ultras malayaMenceritakan tentang Harimau Malaya,perasankan anda dengan fenomena yang berlaku sejak kebelakangan ini dimana gambar-gambar menarik yang menyokong skuad kebangsaan tersebar luas di internet..Begitu juga dengan gambar-gambar  pembakar semangat yang diselitkan sekali kata-kata yang mengambarkan semangat patriotik kepada pasukan negara.Bila kita menceritakan tentang gambar-gambar yang menyunting kata-kata semangat,adakalanya gambar itu tidak perlu disertakan dengan kata-kata bermakna.Cukuplah dengan hanya gambar kosong sahaja tanpa kata-kata kerana 1 gambar itu mampu mentafsirkan segalanya.Sebagai contohnya gambar dibawah ini.
harimau malaya,sopngebob sokong malaysia,patrick sokong malaysia,skuad harimau,jersey malaysia
Bila anda melihat gambar diatas ini,apa pula tafsiran anda? Rasa semangat berkobar-kobar tak? Atau rasa geli hati?hehe
Nota:Walaupun Harimau Malaya tewas kepada Bahrin semalam,kekalahan tersebut tidak sedikit pun melunturkan semangat para penyokong setia untuk terus memberi sokongan kepada skuad kebangsaan. Malahan kata-kata semangat terus disunting kepada skuad Harimau Muda dan juga kepada para penyokong yang bersifat lalang (Menang dipuji,Kalah dikeji) yang skuad muda kita ini masih mempunyai ruang untuk memperbaiki cara permainan mereka walaupun kita semua tau yang perlawanan menentang Bahrin ini agak memalukan. 3 gol dalam masa 6 minit sememangnya mengubah perasaan suka menjadi duka kerana kita sudah mendahului dengan 2 gol. Tapi apakan daya,ini dikatakan yang tuah dan rezeki tidak menyebelahi kita.Apa yang kita mampu buat adalah terus memberi sokongan kepada pasukan Harimau Malaya untuk terus mengaum ketika mengharungi 3 baki perlawanan di tempat lawan.
Berikut pula merupakan video ucapan tahniah bintang bola sepak luar negara kepada pasukan Malaysia diatas kemenangan pingat emas untuk sukan SEA yang lalu…huhu

Related Posts :