SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK
Dalam sesi latihan pertama, petang semalam menyaksikan 29 pemain disenaraikan Kim Swee turun menjalani latihan kecuali enam pemain cedera yang sekadar menjalani latihan ringan.
“Saya masih belum boleh menggunakan khidmat Izzaq Faris Ramlan, Gary Steven Robbat, Syahid Zaidon, Syahrul Azwari Ibrahim, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria dan Irfan yang semuanya masih cedera.
“Cuma saya harap muka-muka baru tersenarai kali ini harus mengekalkan disiplin dan cuba belajar mencari pengalaman sepanjang saingan Liga Singapura nanti. Selepas seminggu, latihan kita akan lebih keras,” tegas Kim Swee. - Berita Harian Online
Mahali Kapten Baru Harimau Muda!
Pemain asal Selangor, Mahali Jasuli ialah pemain paling senior dan berpengalaman di dalam pasukan Kim Swee.
Pemain pertahanan kanan, Mahali Jasuli secara rasmi diumum selaku
kapten baru skuad Harimau Muda A bagi menghadapi saingan Liga Singapura
2012 bermula 9 Februari ini.
Perkara itu disahkan jurulatih skuad B-23 negara, Ong Kim Swee
pada sesi latihan pertama skuad berkenaan di Padang Majlis Sukan Negara
(MSN), Bukit Jalil, petang semalam.
“Mahali adalah pemain paling senior dalam pasukan dan saya yakin
dia mampu membimbing pemain muda lain terutama yang baru diserapkan dari
skuad Harimau Muda B. Saya juga melantik Affize Faisal Mamat dan Irfan
Fazail sebagai penolong kapten,” kata Kim Swee ketika ditemui sebelum
sesi latihan.
Pemilihan Mahali, 23, itu dibuat Kim Swee selepas dia kehilangan dua
pemain yang pernah menggalas tugas kapten Harimau Muda A sepanjang 2011
iaitu Muslim Ahmad dan K Gurusamy yang kini sudah berpindah ke
Terengganu dan Selangor.Dalam sesi latihan pertama, petang semalam menyaksikan 29 pemain disenaraikan Kim Swee turun menjalani latihan kecuali enam pemain cedera yang sekadar menjalani latihan ringan.
“Saya masih belum boleh menggunakan khidmat Izzaq Faris Ramlan, Gary Steven Robbat, Syahid Zaidon, Syahrul Azwari Ibrahim, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria dan Irfan yang semuanya masih cedera.
“Cuma saya harap muka-muka baru tersenarai kali ini harus mengekalkan disiplin dan cuba belajar mencari pengalaman sepanjang saingan Liga Singapura nanti. Selepas seminggu, latihan kita akan lebih keras,” tegas Kim Swee. - Berita Harian Online
No comments:
Post a Comment