Friday, 6 January 2012

3 Pemain Malaysia Tersenarai Dalam Asian Best XII 2011

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK

3 Pemain Malaysia Tersenarai Dalam Asian Best XII 2011

January 3 | Oleh Sam | Berita, Berita Utama, Liga Malaysia, Pasukan Kebangsaan Malaysia, Piala Malaysia
 
Safee Sali salah satu pemain yang terpilih  sebagai Asian Best XI for 2011.
3 pemain Malaysia iatu penjaga Gol kelantan, Khairul Fahmi Che Mat, bekas Pertahanan FC ViOn, Mohd Fadhli Shas dan juga penyerang prolifik Harimau Malaya dan Pelita Jaya, Mohd Safee Sali tersenarai dalam kesebelasan pemain ASIA pilihan laman web bola sepak terkenal didunia iaitu Goal.com.
Goal.com sebuah laman web sukan bola sepak popular yang mempunyai rangkaian bahasa dalam terjemahan bahan penulisannya. Dalam senarai 18 pemain itu, safee sali diiktiraf sebagai antara pemain penyerang terbaik di Asia walaupun diletakkan dalam senarai pemain simpanan.
Beliau kini boleh berdiri setaraf dengan beberapa bintang handalan Asia yang menempa nama di Eropah. Antaranya, Yuto Nagamoto yang beraksi bersama Inter Milan di barisan pertahanan, Park Chu Yong pemain Korea Selatan yang bersama Arsenal dan bintang Manchester United, Park Ji Sung.
Walaupun, ianya hanyalah pilihan laman web tersebut, namun jelas ada pihak luar dan pemerhati bola sepak mengiktiraf kebolehan dan ketajaman Safee Sali ketika ini.
Goal.com juga membuat pilihan terbaik bagi pasukan Under-23 yang Khairul Fahmi Che Mat dan Mohd Fadhli Shas terpilih.
  • LINK senarai penuh 18 pemain pasukan terbaik pilihan Goal.com 2011
  • LINK untuk senarai Asian Under-23 Best XI for 2011

No comments:

Post a Comment