SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK
Arsene Wenger telah memberi amaran dia mungkin terpaksa menjadi ‘Uncle Scrooge’ – dan menghalang Robin van Persie dari mencipta sejarah Liga Perdana.
Kapten Arsenal, Van Persie memerlukan tiga gol lagi untuk memecahkan rekod 36 gol Liga Perdana dicipta Alan Shearer dalam satu tahun kalendar.
Wenger mengakui ia akan membuatnya sangat tidak popular jika dia merehatkannya ketika menentang Wolves esok atau QPR pada ambang Tahun Baru bagi membolehkan dia diturunkan ketika berkunjung ke Fulham pada 2 Januari.
“Akan perlukan tenaga tinggi daripadanya, namun saya masih belum tahu lagi, kami akan lihat situasi selepas setiap perlawanan,” kata pengurus itu.
“Saya tak mahu hentikannya. Saya sangat gembira jika dia catat rekod itu, namun harap dia dapat gabungkan rekod dengan kekal cergas. Anda rasai keghairahannya, situasi kesihatannya dan anda tahu sejarah prestasinya. Kemudian barulah anda buat keputusan.”
Van Persie, kini dengan 34 gol dalam 34 perlawanan, telah menyamai rekod Thierry Henry dan menegaskan dia lebih fokus tentang membantu pasukan berbanding mengatasi rekod tersebut.
Van Persie telah menjadi tunjang utama Arsenal pada 2011 namun Wenger sangat yakin yang penyerang Belanda itu akan jadi lebih hebat pada 2012.
No comments:
Post a Comment