Perancis rehatkan Nasri kerana cedera
CLAIREFONTAINE, Perancis - Pemain tengah Perancis, Samir Nasri tidak disenaraikan dalam skuad kebangsaan negara itu pada aksi persahabatan antarabangsa menentang Amerika Syarikat (AS) dan Belgium.
Menurut satu kenyataan daripada Persatuan Bola Sepak Perancis (FFF) kelmarin, pemain Manchester City itu mengalami kecederaan pada lutut sehingga menyebabkan dia direhatkan daripada aksi di Stadium Stade de France pada Jumaat dan Selasa ini.
Bagaimanapun, bukan kecederaan itu sahaja yang dibimbangkan oleh jurulatih Perancis, Laurent Blanc.
"Kami masih ada masalah yang lain," katanya.
"(Kecederaan lutut) ia mengalaminya ketika bermain bersama Arsenal."
Pemain tengah Newcastle United, Yohan Cabaye dan penyerang Olympique Marseille, Loic Remy mengalami kecederaan pada pangkal paha manakala pemain sayap Chelsea, Florent Malouda cedera di paha.
"Kami akan menilai situasi pasukan pada malam ini dan pagi esok serta melihat sama ada perlu merombak pasukan atau tidak," katanya.
Beliau turut mengesahkan Eric Abidal hanya akan bersama skuad pada hari Khamis selepas perjanjian bersama jurulatih Barcelona, Pep Guardiola dicapai. - Reuters
No comments:
Post a Comment