Sunday, 13 November 2011

Cappelo Puji Anak Buahnya Menewaskan Spain 1 – 0


Cappelo Puji Anak Buahnya Menewaskan Spain 1 – 0

Jurulatih England, Fabio Capello sudah menemukan beberapa pemainnya untuk beraksi di Euro 2012 nanti. Capello melihat, pemain seperti Jack Rodwell, Phil Jones, Danny Welbeck dan Kyle Walker adalah pemain penting bagi Skuadnya itu.
Capello memuji penampilan anak buahnya ketika melihat permainan mereka menewaskan Sepanyol dalam perlawanan persahabatan, di Wembley, Awal Pagi tadi. England menang 1-0 keatas Sepanyol. Gol tunggal England dijaringkan oleh Ketua Pasukan, Frank Lampard.
“Bagi saya hal yang paling penting adalah, Anda boleh melihat permainan Rodwell, Jones dan permainan Welbeck. Dia adalah pemain-pemain muda yang telah bermain dengan baik,” kata Capello selepas selesai perlawanan.
“Pemain – pemain seperti itu sangat penting di Euro nanti. Mereka bermain tanpa rasa takut. Secara fizik dan teknik, saya melihat mereka bermain baik dengan bantuan beberapa senior mereka,” ujar Capello.
Capello mengakui, kemenangan yang diraih pasukannya bukanlah satu tugas yang mudah. England boleh dikatakan tertekan hampir selama 90 minit. Namun, pasukannya berjaya mencuri satu gol melalui Lampard.
“Menentang Sepanyol itu semamangnya agar sukar kerana kualiti pemain mereka sangat luar biasa. Dan hasil ini seperti ini sangat penting kerana kami mengalahkan juara dunia,” terang Capello.
Selain itu, Capello juga memuji penampilan bek Joleon Lescott, Phil Jagielka dan Pemain Tengah, Scott Parker. Ketiga-tiga pemain itu dikatakan menjadi pemain penting kepada England dalam mencatatkan kemenangan.
“Malam ini dua bek tengah telah bermain dengan sangat menakjubkan,” Kata Jurulatih yang berasal dari Itali ini. “Mereka bermain dengan baik. Setiap kali Sepanyol datang untuk mencari gol, mereka dalam posisi yang tepat untuk menghalangnya. Jika Anda menentang Sepanyol tanpa keyakinan, maka sangat mustahil untuk mendapatkan hasil yang baik,” Sambung Capello.

No comments:

Post a Comment