Friday, 6 January 2012

Venue Di KT Dan Likas Main Waktu Malam

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK

Venue Di KT Dan Likas Main Waktu Malam


 
Wakil-Wakil FAM membuat “flood light inspection” di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada Disember 31, 2011.
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu dan Stadium Likas, Kota Kinabalu melepasi syarat tahap pencahayaan lampu limpah minimun 800 lux yang ditetapkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Pemeriksaan di Stadium Likas dilakukan pada Disember 29, 2011, manakala Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada Disember 31, 2011.
Tiga pasukan iaitu Terengganu dan T-Team yang berkongsi gelanggang di Kuala Terengganu serta Sabah di Likas akan bermain di sebelah malam.
Empat venue iaitu Stadium Shah Alam dan Stadium Bolasepak Cheras di Lembah Klang, Stadium Darul Makmur, Pahang dan Stadium Tan Sri Hassan Yunus Larkin, Johor masih dalam proses pembaikan.
Hanya Felda United FC dan Kuala Lumpur akan bermain di sebelah petang iaitu di Stadium Hang Jebat, Melaka berikutan Stadium Bolasepak Cheras masih dalam pembaikan padang.

No comments:

Post a Comment