SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK
Safee Perlu Buat Keputusan Segera – FAM

Safee perlu segera buat keputusan
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menegaskan masa semakin suntuk buat Safee Sali yang perlu membuat keputusan drastik andai tidak mahu kesukaran membelenggunya bersama skuad negara.
Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan bahawa Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad sudah menerangkan kerumitan isu itu kepada Safee selepas perbincangan dengan wakil Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) mendedahkan pemain itu berdepan bahaya jika terus terikat bersama kelabnya, Pelita Jaya.
Intonasi berbeza di lontarkan pengurus Safee, Zakaria Abdul Rahim yang menegaskan, tiada perbincangan serius antara Safee dan Azzuddin sepanjang kekusutan yang melanda Pelita Jaya dalam Liga Super Indonesia.
Namun selain prospek Safee berhijrah ke Liga Belgium atau Australia, Zakaria turut mengakui ada kelab lain turut jadi pilihan ketika peluang kembali ke Liga Malaysia jadi langkah terakhir jika gagal mendapat tempat di luar negara.
Pemain berusia 28 tahun ini, memulakan kareirnya secara rasmi bersama Pelita Jaya sejak 5 Februari tahun lalu dan kini Safee juga telah dilantik sebagai kapten pasukan Pelita Jaya.
Via @Astro Arena
No comments:
Post a Comment