Saturday 7 January 2012

(PIALA SUMBANGSIH 2012) : ''MISI'' PENTING AZRAAI KHOR

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK


(PIALA SUMBANGSIH 2012) : ''MISI'' PENTING AZRAAI KHOR

'‘Ia Bukan Sekadar Untuk Menambah Koleksi Piala'’ 

KETIKA Kelantan meletakkan misi mempertahankan gelaran Piala Sultan Ahmad Shah, Negeri Sembilan akan turun di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok berbekal azam tinggi melakar kemenangan pertama selepas usaha merangkul kejuaraan trofi perlawanan sumbangsih sebelum ini tidak kesampaian.
 
Ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah menyuarakan betapa kemenangan skuad bimbingannya ke atas juara Liga Super bergelar The Red Warriors itu amat penting bukan saja kerana turun selaku juara Piala Malaysia, tetapi bakal menjadi pembakar semangat dalam misi mempertahankan reputasi sepanjang saingan liga, musim ini.

No comments:

Post a Comment