Sunday 8 January 2012

Kelantan 1 Negeri Sembilan 2 | NS Cipta Sejarah Tersendiri

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK


Kelantan 1 Negeri Sembilan 2 | NS Cipta Sejarah Tersendiri

January 8 | Oleh Sam | BeritaBerita UtamaLiga MalaysiaPiala Malaysia
TAHNIAH NEGERI SEMBILAN!
Dua jaringan Jean Emmanuel Effa Owona memastikan Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri dengan menjulang Piala Sumbangsih.
Perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menyaksikan skuad Hobin Jang Hobin bangkit untuk daripada untuk melakar kemenangan 2-1.  Keputusan perlawanan terikat 1-1 pada separuh masa yang menyaksikan kedua-dua pasukan mempamerkan rentak seimbang.
Tempoh 45 minit pertama pertembungan Piala Sumbangsih di antara Kelantan dan Negeri Sembilan berlangsung sengit di Stadium Nasional Bukit Jalil. Norshahrul Idlan Talaha terlebih dahulu meletakkan The Red Warriors di depan pada minit ke-19 hasil kombinasi dengan Mohammmed Ghaddar.
Namun Negeri Sembilan yang menyandarkan harapan kepada Jean Emmanuel Effa Owona di bahagian serangan menyentak semangat Kelantan dengan menjaringkan gol penyamaan.
Tiga pemain Kelantan yang cuba mengekang Effa di dalam kotak penalti tersilap langkap apabila tendangan pemain import kelahiran Ghana itu terkena badan seorang pemain sehingga mengelirukan Khairul Fahmi Che Mat. Effa turut mencipta beberapa peluang sebelum perlawanan berehat namun ketangkasan Khairul Fahmi menafikan usahanya. Kedua-dua pasukan kembali menyambung permainan tanpa sebarang pertukaran pemain.
Babak awal menyaksikan perlawanan kerap terhenti ekoran beberapa kekasaran yang berlaku. Bola banyak berlegar di tengah padang kerana kedua-dua pasukan seperti buntu untuk memecah benteng pertahanan.  Pada minit ke 63, Effa mengubah suasana suram perlawanan dengan gol peribadinya pada malam ini dengan menanduk masuk hantaran lintang S. Kunanlan. Kelibat gandingannya, Ahmad Shakir Ali juga tidak menghampakan kerana sering memberi ancaman kepada pasukan lawan.
Pemain import Kelantan, Ghaddar dilihat terus tenggelam dan gagal mencipta impak besar tatkala dia hanya beroleh satu sahaja peluang terbuka di depan gol. Namun dia gagal menyudahkan hantaran cantik daripada Denny Antwi.
Usaha Kelantan mencari gol penyamaan bertambah sulit selepas Azraai Khor menukar percaturan di bahagian tengah dengan memasukkan Firdaus Azizul, Norismaidham Ismail dan Alif Shamsudin di bahagian tengah.
Firdaus Azizul sepatutnya lebih awal menjamin kemenangan Negeri Sembilan tetapi cubaannya tersasar tatkala Effa berada di posisi lebih baik untuk memadamkan sisa perjuangan Kelantan. – ASTRO ARENA

No comments:

Post a Comment