SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK
Itu secara ringkas pendapat peribadi penulis mengenai mengapa FAM tidak menjalankan Liga M sama jadualnya seperti liga di negara-negara Eropah.
Faktor Mengapa Liga M tidak sama jadualnya seperti liga di Eropah
Soalan:
Adakah disebabkan jadual liga M tidak selaras dengan liga domestik
negara-negara lain telah menyebabkan kelab-kelab di Malaysia sukar nak
dapat player import anyg berkualiti dan yang tinggal hanya saki baki tak
laku.dan yang berkualiti semua disambar kelab-kelab negara lain., betul
ke?
Soalan yang datang daripada seorang Sahabat BM ke inbox fb penulis sebentar tadi.
Jawapannya
mungkin ya. Tetapi dalam hal ini kita tidak boleh menyalahkan FAM
sepenuhnya kerana dalam hali ini ada beberapa faktor yang diambil kira
sebelum jadual pertandingan dibuat. Ianya sama seperti para guru
besar/pengetua bersama penolong kanan yang hadir ke sekolah ketika waktu
cuti persekolahan akhir tahun dalam merangka program sekolah untuk
sepanjang tahun berdasarkan banyak faktor.
Faktor
pertama jadual Liga M tidak dapat dijalankan seperti jadual liga di
Negara yang Eropah yang lain adalah kerana faktor agama. Dalam konteks
ini contohnya agama Islam akan ada bulan puasa selama sebulan. Oleh itu
lebih baik liga tidak dijalankan pada waktu tersebut kerana lebih baik
bulan tersebut diisi dengan aktiviti kerohanian dan keagamaan berbanding
perlawanan bola dijalankan dan penyokong lebih banyak di
stadium berbanding di masjid/surau. Pemain juga letih apabila berpuasa
di siang hari dan tidak dapat mempamerkan aksi yang terbaik di malam
hari. Itu tidak dikira lagi liga tidak dapat dijalankan pada waktu hari
perayaan di Negara yang penduduknya majmuk dan kaya dengan pelbagai
perayaan. Tak kan lah kita mahu liga dijalankan pada waktu itu?
Selain
itu, faktor lain ialah musim. Mengapa dipilih faktor musim ? Ya kerana
pada bulan 10 keatas, di Malaysia selalunya akan berlaku musim hujan
yang lebat selama hampir 3 bulan. Hujan yang lebat mencurah-curah sudah
pasti akan menyebabkan konduksi padang tidak berada dalam keadaan
yang terbaik untuk dijalankan sesuatu perlawanan yang bermutu. Sudah
pasti keadaan padang yang becak tidak akan mengizinkan pemain
mempamerkan aksi yang bermutu untuk disajikan kepada penyokong yang
hadir ke stadium. Jika perlawanan diteruskan juga, bukankah padang akan
rosak jika terlalu kerap digunakan dalam keadaan becak? Bila pula masa yang sesuai untuk diperbaiki padang tersebut jika hari-hari hujan?
Itu secara ringkas pendapat peribadi penulis mengenai mengapa FAM tidak menjalankan Liga M sama jadualnya seperti liga di negara-negara Eropah.
Penulis:Pecinta Bola
NOTA:INI HANYALAH PENDAPAT PERIBADI PENULIS.
No comments:
Post a Comment