Thursday, 5 January 2012

Chong Wei Bakal Temui Saingan Sengit Di Terbuka Korea Selatan

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK

Chong Wei Bakal Temui Saingan Sengit Di Terbuka Korea Selatan

Datuk Lee Chong Wei - gambar arkib
Siri Super Premier Terbuka Korea Selatan menjadi kejohanan pertama kalendar 2012 yang bakal menyaksikan saingan hangat merebut mata ke Sukan olimpik di London.
Kejohanan pembuka tirai 2012 itu bakal menyaksikan bintang-bintang terkemuka badminton dunia diketuai Lee Chong Wei dan musuh ketatnya dari china, Lin Dan dan Chen Long berentap merebut kutipan mata sebanyak yang boleh, enam bulan menjelang Sukan Olimpik London.
Bagi Chong Wei, beliau perlu terus buktikan kemampuan selaku pemain no.1 dunia jika emas di London nanti mahu direalisasikan. Berdasarkan undian Terbuka Korea, Chong Wei yang diletakkan sebagai pilihan pertama kejohahan, dilihat tidak berdepan laluan sukar untuk mara ke final dengan hanya Peter Gade menjadi halangan di separuh akhir.
Jika semuanya berjalan seperti dalam perancangan, Chong Wei bakal bertemu Lin Dan ataupun Chen Long di final nanti.
Buat jaguh beregu lelaki negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong pula, musim 2011 semestinya mahu dilupakan dengan prestasi yang tidak konsisten dan Terbuka Korea menjadi medan membaik pulih reputasi mereka yang dulu digeruni pemain-pemain lain.
Kien Keat dan Boon Heong dijangka bakal melepasi halangan pusingan awal sebelum bertemu pasangan tuan rumah, Lee Yong Dae-Jung Jae Sung di separuh akhir nanti.
Share this: 

No comments:

Post a Comment