Wednesday 28 December 2011

Tugas berat Kelantan di Surabaya

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK

Tugas berat Kelantan di Surabaya

Posted by on Dec 28, 2011 | Leave a Comment

Kelantan vs Persebaya
Persebaya vs Kelantan FA | 28 Disember 2011

SELURUH peminat bola sepak Kelantan pastinya akan memberi tumpuan pada perlawanan persahabatan timbang balik Piala Perpaduan antara Kelantan menentang Persabaya Surabaya yang akan berlangsung di Surabaya, Indonesia malam ini.

Tekanan beraksi ditempat lawan dengan kehadiran penyokong tempatan pastinya wujud, lebih-lebih lagi skuad Kelantan mesti mencari kemenangan pada malam ini selepas aksi pertama tempoh hari menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Penampilan Norshahrul Idlan Talaha selaku penyerang, tetap ditagih biarpun Kelantan kini memiliki beberpa pemain import. Dalam aksi terdahulu, prestasi Norshahrul dilihat dalam keadaan memuaskan, sebaliknya ramai pihak mempersoalkan pemain import terutamanya penyerang Mohammed Ghaddar selepas melepaskan beberapa peluang keemasan.

Walaupun Kelantan berjaya mengikat Persabaya 1-1 dengan beraksi sembilan pemain, namun, rata-rata berpendapat prestasi barisan importnya masih tidak memuaskan dan mesti segera mecari keserasian dengan tonggak sedia ada.

Pun begitu, kehadiran semula Indra Putra Mahayuddin dalam skuad Kelantan sedikit sebanyak turut menajamkan lagi barisan serangan.

Kesungguhan Kelantan memperkemaskan bahagian depan harus dipuji, namun mereka tidak seharusnya tidak terleka di kubu pertahanan, lebih-lebih lagi berdepan penyerang berbisa Persabaya terutamanya Andik mahupun Alessandro.

Secara keseluruhannya, jika dilihat pada aksi di Stadium Sultan Muhammad ke-IV baru-baru ini, Kelantan dilihat telah mempamerkan aksi yang memuaskan dan ia jelas memberi laungan awal kepada skuad Liga Super yang bertanding musim depan. — Arena.MY

Video: Kelantan 1-1 Persebaya Indonesia


No comments:

Post a Comment