Saturday, 12 November 2011

TAHNIAH MALAYSIA !!



Sejak 5 november lalu, Edisi pertama Piala Sultan Johor telah berlangsung di Taman Daya, Johor Bharu. Edisi pertama ni berjaya menarik minat 6 pasukan-pasukan hebat di asia. Antara negara yang mengambil bahagian ialah Australia, Korea Selatan, India, Pakistan, New Zealand dan juga pasukan negara kita Malaysia. 

Keputusan :
  • Penentuan tempat ke 5 - 6 : Pakistan    2 : 0    New Zealand
  • Penentuan tempat ke 3 - 4 : Korea       4 : 3    India
  • Final : Malaysia    3 : 2   Australia

Pada perlawan final, perlawanan tersangat lah sengit. Sehingga mengeheret perlawanan ke penentuan 'golden goal' . Dari apa yang aku tengok, pasukan muda malaysia memang boleh harap. Permainan memang pantas cuma dari segi finishing tu agak tumpul. Aku yakin mereka ni akan menjadi kuasa besar di rantau asia ni.

Mhammad Noor Faeez Ibrahim
 Dalam perlawanan ini, Faeez Ibrahim (kapten) ternyata menjadi wira Malaysia apabila menjaringkan 2 gol melalui 'pukulan sudut penalti' . Beliau juga menjadi penjaring terbanyak dalam kejohanan yang pertama kali diadakan ini.
TAHNIAH MALAYSIA !!

No comments:

Post a Comment