SUKAN SEA : MALAYSIA BENAM THAILAND
Malaysia mencatatkan kemenangan berharga apabila berjaya menewaskan Juara sukan sea 13 kali iaitu Thailand dengan keputusan 2 – 1 di Stadium Gelora Bung Karno.
Malaysia terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Kapten Pasukan Baddrol Bakhtiar pada minit ke 25″.Thailand mendapat gol penyamaan pada minit ke 78″ selepas Khairul Fahmi tertewas dengan gol lambungan tinggi dari penyerang Thailand.
Selepas itu Malaysia mempunyai beberapa peluang jaringan menerusi Syahrul Azwari namun beliau gagal menemui sentuhan gol kerana penyudah yang tumpul walaupun banyak kali berjaya melepasi pertahanan Thailand dan perangkap offside.
Gol kemenangan Malaysia hadir pada minit ke 86″ menerusi pemain gantian Izzaq Faris Ramlan yang merembat gol cantik hasil hantaran dari Baddrol Bakhtiar untuk menewaskan penjaga gol Thailand.
Kemenangan ke atas Thailand itu memberi 3 mata penting buat Malaysia yang berjaya mengumpul 4 mata dalam 2 perlawanan hasil seri ketika bertemu Singapura dan menang ke atas Thailand.
Malaysia akan bertemu Kemboja pada 13 November ini dan akan berhadapan dengan pasukan tuan rumah Indonesia pada 17 November.
Video Gol : Klik Disini
No comments:
Post a Comment