Sukan SEA 2011 | Izzaq Wira Squad Harimau Muda!
November 10 | Posted by Sam | Berita, Berita Utama, Pasukan Kebangsaan Malaysia
Wira Pasukan Harimau Muda, Izzaq Faris Ramlan (Kiri) meraikan jaringan kedua Malaysia bersama kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar (tengah) dan K. Gurusamy (Kanan).
Pasukan Olympic Malaysia akan bertangung jawab BESAR apabila pasukan olympic Malaysia akan mempertahankan Juara apabila Anak Buah Datuk K. Rajagobal memenangi pingkat EMAS dua tahun lalu di Laos.
Malaysia berada di kumpulan B di dalam Acara Bola Sepak di Sukan SEA bersama Singapore, Cambodia, Thailand dan Indonesia.
Pasukan Olympic akan diketuai oleh penyerang Kedah, Baddrol Bakhtiar manakala Khairul Fahmic Che Mat akan menjadi kapten kedua. Penyerang berbisa pasukan Olympic, Wan Zack Haikal cedera bersama Gary Steven Robbat.
Di dalam aski pertama pasukan Olympic, Malaysia terpaksa melalui laluan penuh berliku pada saingan Kumpulan A apabila seri tanpa jaringan dengan Singapura pada perlawanan pembukaan bola sepak Sukan SEA ke-26 di Stadium Gelora Bung Karno di sini Isnin.
Pasukan Olympic Malaysia berjaya mendapat mata pertama mereka di dalam Sukan SEA apabila berjaya menewaskan pasukan Olympic Thailand 2-1. Thailand, yang ingin membalas dendam dengan pasukan Malaysia apabila kekalahan Thailand bersama Malaysia dua tahun lalu di Laos menyebabkan Mereka gagal untuk layak ke separuh akhir. Malaysia meraih gol menerusi pemain Baddrol Bakhtiar pada minit ke-24 hasil rembatan leret di sebelah kanan gol. Pasukan Thailand menyamakan kedudukan menerusi Natarid Thammarossopon pada minit ke-78 selepas merembat kencang melepasi penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat. Bagaimanapun, penyerang negara, Izzat Faris Ramlan membuat lencongan cantik di sebelah kiri gawang seterusnya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-85 bagi memastikan kemenangan negara dalam perlawanan kedua kumpulan A
Jadual Perlawanan:
- November 7, 2011: Olympic Malaysia 0-0 Olympic Singapore
- November 9, 2011: Olympic Malaysia 2-1 Olympic Thailand | Penjaring: (24) Baddrol Bakhtiar, (85) Izzaq Faris Ramlan
- November 13, 2011: Olympic Malaysia vs Olympic Cambodia
- November 15, 2011: Olympic Indonesia vs Olympic Malaysia
Squad 20 Pemain:
- Penjaga Gol: Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Izham Tarmizi Roslan
- Pertahanan: Mahali Jasuli, Mohammad Fadhli Mohd Shas, Muhammad Zubir Mohd Azmi, Mohd Asraruddin Putra Omar, Muhammad Amer Saidin, Mohammad Muslim Ahmad, Mohamad Fandi Othman.
- Tengah: Mohd Irfan Bin Fazail, Mohammad Nazmi Faiz Mansor, Gurusamy Govandar Kandasamy, Baddrol Bakhtiar (C), Yong Kuan Yong, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria, Abdul Shukor Jusoh.
- Penyerang: Thamil Arasu A/L Ambumamee, Ahmad Fakri Saarani, Syahrul Azwari Ibrahim, Izzaq Farris Ramlan.
No comments:
Post a Comment