Friday, 11 November 2011

Squad Pasukan Kebangsaan Bertemu India


Squad Pasukan Kebangsaan Bertemu India

November 11 | Posted by Sam | BeritaBerita UtamaPasukan Kebangsaan Malaysia
Oktober 22, 2011 – Senarai TERAKHIR 24 pemain Malaysia untuk pertemuan dengan India pada November 13 dan 16, 2011 di India. Latihan pusat bermula November 1, 2011 dan squad pasukan kebangsaan berlepas ke India pada 10 November 2011..
SKUAD bola sepak kebangsaan berlepas ke India petang semalam (10 November 2011) tanpa kehadiran dua tonggak Terengganu, Abdul Manaf Mamat dan Mohamad Ashaari Samsudin. Manaf sebelum ini mohon dilepaskan gara-gara kematian bapanya baru-baru ini, manakala Ashaari pula difahamkan minta dikecualikan kerana anaknya kurang sihat.
Dua tonggak Harimau Muda, Izzaq Faris Ramlan dan Yong Kuong Yong yang sebe-lum ini dipanggil oleh pengendali skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal bagi menjalani latihan juga diketepikan kerana membawa cabaran negara pada tema- sya Sukan SEA kali ini.
Tempat mereka akan digantikan oleh dua tonggak Kedah, Khyril Muhymeen Zambri dan Faizal Abu Bakar.
Penyerang sensasi Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali pula akan terbang terus dari Jakarta menjelang dua aksi persahabatan menentang India di Guwahati dan Kolkata pada 13 dan 16 November ini.
Penjaga gol : Gunasekaran Jeevanathan (Selangor), Mohd Farizal Marlias (Negeri Sembilan), Mohd Sharbinee Allawee Ramli (Terengganu)
Pertahanan : Mohd Nasriq Baharom (Selangor), Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, Norhafiz Zamani Misbah, Mohd Faizal Muhammad (Negeri Sembilan), Mazlizam Mohamad (Terengganu), Abdul Aziz Ismail, Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid (Kelantan), Mohd Azmi Muslim (Kedah), Amiridzwan Tajuddin  (UiTM FC)
Tengah : Mohd Bunyamin Umar, Mohd Shafiq Rahim (Selangor), Kunalan Subramaniam, Shahurain Abu Samah (Negeri Sembilan), Joseph Kalang Tie (Terengganu), Suppiah Chanturu (Kelantan), Amar Rohidan (Kedah)
Penyerang : Abdul Hadi Yahya (Terengganu), Yong Kuong Yong (Kuala Lumpur), Shahrizal Mohd Saad (Johor FC), Izzaq Faris Ramlan (Harimau Muda A), Mohd Safee Mohd Sali (Pelita Jaya, Indonesia)

No comments:

Post a Comment