Friday, 11 November 2011

Pengorbanan terbesar Esther


Pengorbanan terbesar Esther

ESTHER mengalami kecederaan serius di bahagian pergelangan kaki kanan selepas terjatuh dari bas sejurus tiba di hotel penginapan rasmi skuad boling negara kelmarin.


JAKARTA - Demi menju- lang nama Malaysia pada temasya Sukan SEA 2011, pemain boling wanita negara, Esther Cheah terpaksa mengambil ubat penahan sakit ketika turun beraksi kelak.
Ia gara-gara kecederaan serius di bahagian pergela- ngan kaki kanan yang dialami Esther akibat terjatuh ketika turun dari bas sejurus tiba di hotel pengi- napan rasmi skuad boling negara di sini kelmarin.
Akibat kejadian tidak diingini itu, pergelangan kaki Esther bengkak, manakala lututnya sedikit luka dan bercalar.
Disebabkan masih belum pulih sepenuhnya, Esther terpaksa menyaksikan rakan-rakan sepasukannya menjalani latihan di Pusat Boling Jaya Ancol semalam.
Esther berkata, jika kece- deraannya tidak sembuh menjelang saingan acara boling yang bermula Selasa ini, dia terpaksa mengambil ubat penahan sakit sebagai pilihan terakhir.
"Saya masih bernasib baik kerana kecederaan berlaku di bahagian kaki kanan kerana ia tidak begitu menjejaskan imbangan badan ketika saya menghayun bola.
"Namun saya tetap berasa sakit. Saya yakin dalam tempoh dua tiga hari sebelum saingan bermula, kecederaan yang saya alami ini akan pulih.
"Jika tidak, saya terpaksa mengambil ubat penahan sakit bagi membolehkan saya beraksi. Tetapi jika saya mengambil ubat itu, prestasi saya mungkin terjejas," katanya.
Sementara itu, jurulatih skuad boling negara, Hollo- way Cheah berkata, beliau masih belum memikirkan untuk mencari pengganti Esther.
"Kita masih ada masa lima hari sebelum acara boling bermula dan saya percaya kecederaan Esther boleh sembuh, jadi saya tidak ada cadangan untuk menyenaraikan pemain lain bagi menggantikan Esther," katanya.
Tampil antara calon pili- han, skuad boling negara dijangka mampu meraih lebih tiga emas menerusi 10 acara pada temasya Sukan SEA kali ini - lima lelaki dan wanita yang dipecahkan kepada individu, beregu, trio, berpasukan dan Master.
Enam pemain lelaki yang akan beraksi di Jakarta ialah Aaron Kong, Alex Liew, Adrian Ang, Muhamad Syafiq Ridhwan Abdul Malek, Muhammad Nur Aiman Muhammad Khairuddin dan Zulmazran Zulkifli.
Skuad wanita pula diperkuatkan dengan kehadiran juara dunia, Jacqueline Jenelee Sijore.

No comments:

Post a Comment