Monday, 28 November 2011

Ong memang ada ong

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK


Ong memang ada ong

Syabas kuhulurkan kepada Ong Kim Swee, Hassan Sazali Waras dan Kris Yong Wai Hwang, Rusto Bozik dan semua pemain yang menganggotai skuad Harimau Muda yang muncul juara Sukan SEA buat kali keenam, dan kali kedua sejak temasya itu dihadkan kepada pemain bawah 23 tahun. Berdepan pelbagai cabaran, anak buah OKS catat rekod menang lima kemenangan dan satu seri, termasuk dua kemenangan ke atas musuh ketat Indonesia di kandang mereka sendiri. Habis Garuda kena baham dek Harimau.

Kim Swee sebenarnya sudah sertai kelompok elit! Anak jati Melaka ini jurulatih keenam sepanjang sejarah Sukan SEAP dan Sukan SEA untuk merencanakan kemenangan di temasya dwitahunan ini.


 Choo Seng Quee teraju Malaya juara Pestabola Merdeka pada 1958 dan 1959, juara Sukan SEAP 1961, pingat gangsa Sukan Asia Jakarta 1962. Jurulatih profesional pertama Malaya dengan gaji 700 ringgit.


Karl Weigang bawa emas buat team 1977 di padang becak Stadium Merdeka, manakala Allan Harris (kanan) perak pada 2001 dan gangsa di Hanoi pada 2003. Mamat yang tengah itu cover Sukan SEA 95, 97, 2001 dan 2003 sebelum menjerit dekat Ghaz dan Haresh yang cover Korat 2007 untuk Malay Mail 


Mohammad Bakar (baju no 21), bekas pemain sayap kebangsaan yang bantu Weigang pada 1977 dan jadi ketua jurulatih di Senayan 1979


Soh Chin Aun dan Santokh Singh (kini kedua-duanya bergelar Datuk) dikalung pingat emas di Senayan pada September 1979. Chin Aun tangguh perkahwinannya agar dapat bantu pasukan kebangsaan


Kejurulatihan Trevor Hartley dan kaedah pengurusan Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Akil faktor utama di sebalik emas di Kuala Lumpur pada 1989


Kim Swee, anggota skuad Barcelona Babes 89-91 dan Sukan Asia Hiroshima 1994, kini menyamai pencapaian Datuk K. Rajagobal, arkitek sebalik kemenangan di Vientiane pada 2009.

Tapi OKS sedar tugasnya belum selesai. Banyak lagi yang perlu dilakukan. Uruslah kejayaan dengan baik kerana kejayaan 2009, 2010 dan 2011 tidak harus menyembunyikan kelemahan dari segi persiapan dan struktur bola sepak Malaysia.

Lagipun, mana yang peminat pilih? Kejayaan di Sukan SEA atau menemani Singapura, Indonesia dan Thailand untuk ke peringkat seterusnya dalam pra-Piala Dunia?

Yang menarik mengenai OKS, keberaniannya:

1. Meletakkan seorang natural left-footer macam Fandi Othman sebagai bek kanan

2. Meletakkan bek kiri Zubir Ibrahim, sorry Zubir Azmi, Zubir Ibrahim bekas goalkeeper, dalam final untuk game pertamanya, sambil push up Asraruddin Putra Omar sebagai left-flanker, sedangkan dia ada pilihan bubuh Fandi sebagai left-flanker manakala Asrar kekal selaku left-back.

3. Melakukan empat pertukaran kepada team yang seri 0-0 dengan Singapura untuk mengatasi Thailand 2-1.

4. Menampilkan budak Nazmi Faiz Mansor yang skip SPM selaku tonggak di bahagian tengah.

5. Mengeluarkan beberapa kenyataan seperti "Syahrul Azwari akan lebih baik daripada Safee" dan "Khairul Fahmi selamatkan kerjaya saya".

6. Menaruh kepercayaan kepada Ahmad Fakri Saarani yang teruk kena hentam dek peminat

7. Merelakan team naik bas dan bukan kereta perisai ke Gelora Bung Karno. Mind games!

Tidak macam Majlis Sukan Negara (MSN) yang bubuh target 40-45 emas seolah-olah tidak percaya kepada program latihan mereka, OKS percaya betul anak buahnya.

Apapun, berpestalah. Lagipun setiap anggota skuad Sukan SEA 2011 dapat RM30,000 setiap seorang. Juga tidak lupa pengurus pasukan Datuk Hamidin Mohd Amin, sentiasa bertopi hitam FAM beri dorongan dari sidelines.

p/s aku terlupa Ong beruntung kerana Khairul Fahmi Che Mat, Mahalli Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Asraruddin Putra Omar, Baddrol Bakhtiar, Fandi Othman, K. Gurusamy, Izzaq Faris Ramlan dan Ahmad Fakri Saarani dipilih antara lain menganggotai skuad kebangsaan untuk Sukan Asia 2010, Piala AFF 2010 dan pra-Piala Dunia 2011 oleh jurulatih senior Rajagobal. Tentunya pendedahan ini berharga dalam proses mereka mencapai kematangan. Jika Muslim, Asra, Badd, Mahalli, Guru dan Fakri anggota skuad emas Laos 2009, Khairul Fahmi, Muslim, Mahalli, Guru, Asra, Fadhli dan Izzaq membentuk sebahagian skuad Piala AFF 2010.  Khairul Fahmi, Muslim, Mahalli, Guru, Asra, Fadhli, Izzaq, Fandi dan Fakri menganggotai skuad Sukan Asia di Guangzhou 2010.

No comments:

Post a Comment