Keputusan perlawanan acara bola sepak Sukan Sea 2011(indonesia)9/11/11


Dibawah ini adalah keputusan semua bagi acara bola sepak beserta penjaring dan mengikut kumpulan A dan B bertarikh 9/11/2011 (hari rabu) di sukan Sea 2011.
Kumpulan A
MALAYSIA U23 [2] VS THAILAND U23 [1]
Baddrol bakhtiar (24), T Natarid (78), Izzaq Faris (85)
Baddrol bakhtiar (24), T Natarid (78), Izzaq Faris (85)
SINGAPURA U23 [2] VS CAMBODIA U23 [1]
*Cambodia bermain 10 orang setelah dikenakan 1 kad merah
*Cambodia bermain 10 orang setelah dikenakan 1 kad merah
Kumpulan B
TIMOR LESTE U23 [0] VS VIETNAM U23 [2]
*timor leste bermain 10 orang setelah dikenakan 1 kad merah
*timor leste bermain 10 orang setelah dikenakan 1 kad merah
MYANMAR U23 [4] VS BRUNEI U23 [0]
Kedudukan carta terkini Kumpulan A dan B untuk 9/11/201.


Malaysia ulang skrip Semi final tahun 2009 bertemu thailand.
Perlawanan hari ini memperlihatkan kebangkitan harimau malaya setelah hanya mampu seri bertemu singapura pada pertemuan pertama, mungkin terikut-ikut dan agak gugup dibahagian serangan.
Baddrol bakhtiar peledak gol pertama.
Setelah ketandusan gol pada pertemuan pertama dengan singapura kali ini, tidak mengecewakan penyokong, pada minit ke 24, baddrol bakhtiar berjaya memecahkan kebuntuan hasil dari hantaran (dari siapa kurang pasti) mendabik dada bola itu dan kemudia n menyepak silang dan gol.
Kealpaan pertahanan.
Pada minit 10 minit terakhir. Agak cemas dan mula tertekan buat penyokong (pemain lagilah). T Natrid menjaringkan gol penyamaan. Tak tahu nak cakap salah siapa, lagipun passing dari thailand memang skill dan sukar dijangka.
Longgar dalam kotak penalti. Boleh terkena 20 sen lepas tuh senang jer lah dia shoot.
Izzaq fariq penyelamat.
Namun begitu, serangan demi siri serangan dari malaysia yang mula garang pada babak minit terakhir, menafikan keputusan seri ini, hasil dari hantaran tengah baddrol bakhtiar membuka ruang kepada izzaq fariq melakukan turning dan terus menyepak dan gol.Kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan.
Banyak peluang keemasan yang dipamerkan dan penyudahnya masih belum laig benar-benar berbisa. Mungkin perlukan banyak lagi latihan dan juga pemain benar-benar dalam keadaan yang ditahap optimum.
Pemain baru, azwari banyak peluang, mungkin dia tak banyak lagi pengalaman apepun dia dah cuba yang terbaik. Fakri Sa’rani aku tak berapa paham kenapa dia boleh lengahkan bola macam tuh jer. Bukan sekali, tapi mahu 3,4 kali peluang di depan gol. Tak payah tunggu depan-depan gol. Shoot jer!!
Apepun syabas buat pemain negara untuk persembahan kali kedua berjaya mendapatkan 3 mata untuk perlawanan kedua. Jangan lupa perlawanan yang seterusnya bertemu Cambodia yang tidak boleh dipandang rendah. Singapura hampir-hampir tewas (menang 2-1), nasib baik cambodia kena kad merah.
Malaysia vs cambodia, hari ahad ini 13 november 2011. Pukul 5 petang.
Kedudukan terkini Group A. (rujuk gambar atas lebih details)
1. Malaysia : 4 mata
2. Singapura : 4 mata
3. Indonesia : 3 mata
4. Thailand : 0 mata
5. Kemboja : 0 mata
2. Singapura : 4 mata
3. Indonesia : 3 mata
4. Thailand : 0 mata
5. Kemboja : 0 mata
No comments:
Post a Comment