Thursday 17 November 2011

India 3 Malaysia 2 | Harimau Malaya Tewas hasil Pertahanan Yang leka

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK


India 3 Malaysia 2 | Harimau Malaya Tewas hasil Pertahanan Yang leka

November 17 | Posted by Sam | BeritaBerita UtamaPasukan Kebangsaan Malaysia
Pasukan The Blue Tigers meraih kemenangan mereka atas pasukan Harimau Malaya. India menang 3-2.
Pasukan kebangsaan Malaysia hanya tewas nipis 2-3 bersama pasukan kebangsaan India di dalam satu perlawanan persahabatan di Kolkota semalam (16 November 2011).  Ini merupkan perlawanan kedua antara Malaysia dan India.
Kedua-dua pasukan mengunakan squad terkuat pasukan masing-masing dengan mengunakan pemain utama mereka sendiri. Pasukan kebangsaan diketuai oleh pemain Selangor, Mohd Safiq Rahim manakala pasukan India diketuai oleh Syed Rahim Nabi. Pemain pertahanan Malaysia, Mohd Norhafiz Zamani misbah mengalami kecederaan dan tidak akan beraksi. Lebih 5000 penyokong India sahaja turut hadir di stadium kedua terbesar di dunia, Salt Lake Stadium yang mempunyai 120,000 capacity.
Pada babak pertama, Malaysia nampak lebih garang apabila percubaan-cubaan bahaya dari Safee Sali dan juga Abdul Hadi Yahya, tetapi benteng pertahanan pasukan India menyelamatkan mereka. Walaupun Malaysia bernampak lebih garang, penyerang sensasi India, Sunil Chhetri menjaring GOL pertama India di minit 38 hasil kelekaan marking benteng pertahanan Malaysia. seminit sebelum babak pertama tamat, Safee Sali menjaring GOL penyamaan di minit 45 hasil passing-passing yang begitu MANTAP oleh pasukan Malaysia. Babak pertama tamat dengan 1-1.
Pada babak kedua, India terus menyerang selepas wisel dan penyerang India, Jeje mendapat peluang emas di situasi 1 on 1 tetapi penjaga GOL Malaysia, G. Jeevanathan, yang mendapat debut pertamanya dengan pasukan kebangsaan, berjaya menyelamatkan Malaysia, seminit selepas cubaan bahaya Jeje, India mendapat GOL kedua mereka dan Jeje Lalpekhlua senang sahaja menjaring GOL. Benteng pertahanan Malaysia turut membuat kesilapan mudah seperti Marking dan hasil,  Sunil Chhetri turut menjaring GOL ketiga India hasil cubaan Jeje diselamatkan oleh  G. Jeevanathan tetapi defender Malaysia gagal untuk mengawal Sunil dan Sunil membuat remabatan kencang untuk mendapat GOL keduanya di minit 52. Harapan Malaysia untuk bangkit mula cerah apabila Safee Sali sekali menjaring GOL kedua Malaysia dengan 1 on 1 situasi dengan penjaga GOL India, Subhasish Roy Chaudhari untuk membuat jaringan 3-2. Rentak Malaysia mula hilang apabila India turut mendominasi perlawanan. Walaupun pasukan Harimau Malaya sudah cuba yang terbaik untuk bangkit, perlawanan tamat 3-2 kepada tuan rumah, India.
3 hari lepas, India dan Malaysia seri 1-1 di dalam pertemuan pertama mereka di 13 November 2011.
INFO Friendly Pasukan Kebangsaan:
  • Malaysia 2 – 3 India
  • Penjaring Malaysia: (45 & 58) Mohd Safiq Rahim
  • Penjaring India: (38 & 52) Sunil Chhetri,  (46) Jeje Lalpekhlua
  • 16th November 2011 (Rabu)
  • Kick off: jam 7.45 mlm
  • Kehadiran:  5,000+
  • Stadium Stadium Salt Lake, Kolkota, India
  • Pengadil: -
  • Kesebelasan Utama Malaysia: Gunasekaran Jeevanathan (Mohd Sharbinee Allawee Ramli), Mohd Azmi Muslim (Abdul Aziz Ismail), Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mohd Faizal Muhammad, Mohd Bunyamin Umar, Kunalan Subramaniam, Mohd Shafiq Rahim, Amar Rohidan, Shahurain Abu Samah (Khyril Muhymeen Zambri), Abdul Hadi Yahya, Mohd Safee Mohd Sali (Suppiah Chanturu)
  • Kesebelasan Utama India: Subhasish Roy Chaudhari (G); Syed Rahim Nabi (C), Gouramangi Singh, Anwar Ali (Mahesh Gawli – 61st), Debabrata Roy (Samir Naik – 62nd); Francis Fernandes (Anthony Periera – 71st), Baldeep Singh (Jewel Raja – 78th) , Rocus Lamare, Lalrindika Ralte (Clifford Miranda – 90th); Jeje Lalpekhlua, Sunil Chhetri (Surkumar Singh – 89th).

No comments:

Post a Comment