Friday, 11 November 2011

Belum masa berpesta'


Belum masa berpesta'


KIM SWEE (berdiri) melayan anak-anak buahnya dalam majlis makan tengah hari di sebuah restoran terkemuka di Jakarta semalam.


JAKARTA - "Kami tidak boleh berpesta seperti sudah memenangi pingat emas tetapi kami harus fokus bagi menghadapi perla- wanan akan datang."
Itu peringatan yang diberikan oleh jurulatih skuad bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) negara, Ong Kim Swee kepada skuad kendali- annya semalam iaitu sehari selepas melakar kemenangan 2-1 ke atas Thailand pada aksi kedua Kumpulan A temasya Sukan SEA 2011 di Stadium Gelora Bung Karno kelmarin.
Kim Swee berkata, barisan Harimau Muda tidak harus cepat berpuas hati se- lepas menumbangkan sku- ad 'Negara Gajah Putih' itu kerana persaingan bagi memburu slot separuh akhir dilihat masih terbuka buat semua pasukan.
Bagi Kim Swee, mereka tidak boleh keciciran mata berharga ketika berdepan Kemboja pada Ahad ini sebelum dijadualkan menentang Indonesia empat hari kemudian.
Biarpun tampil selaku pasukan pilihan ketika membuat perhitungan dengan Kemboja nanti, Kim Swee berkata, skuad negara tidak boleh memandang rendah keupayaan lawan yang tewas dalam dua perlawanan sebelum ini.
"Kami tidak harus memandang rendah kemampuan Kemboja, sebaliknya para pemain harus fokus dan serius bagi menghadapi perlawanan tersebut.
"Seperti yang saya katakan sebelum ini, persaingan dalam Kumpulan A amat sengit. Saya percaya hanya pada hari terakhir (saingan Kumpulan A) nanti, baru kita akan tahu siapa lebih layak ke separuh akhir.
"Paling mustahak, skuad negara perlu mengutip sekurang-kurangnya tujuh mata untuk mara ke separuh akhir terlebih dahulu. Kemudian baru kita fikir mengenai peringkat akhir," jelas Kim Swee ketika ditemuiKosmo! semalam.
Selepas mengharungi dua perlawanan, Harimau Muda menerajui Kumpulan A apabila berkongsi empat mata dengan Singapura, diikuti Indonesia (tiga), manakala Thailand dan Kemboja gagal meraih sebarang mata.
Hari ini, Indonesia akan menentang Singapura, aksi yang dinantikan oleh Kim Swee bagi mengintai kekuatan Indonesia yang sebelum ini mudah membelasah Kemboja 6-0.
Biarpun mengakui kedua- dua pasukan mempunyai peluang seimbang, Kim Swee tetap menganggap Singapura masih mempunyai kekuatan bagi menjerat tuan rumah.
"Bagi saya, apa yang lebih penting keputusan membabitkan skuad negara. Kami tidak boleh kehilangan mata berharga dalam baki dua perlawanan terakhir.
"Setiap mata yang dikutip amat penting dan tidak mustahil, penentuan bagi mencari pasukan yang layak ke separuh akhir diten- tukan menerusi perbezaaan gol," katanya.
Mengulas pertemuan dengan Thailand kelmarin, Kim Swee berkata, anak- anak buahnya mula menunjukkan karakter positif di tengah padang berbanding aksi ketika bertemu Singapura yang menyaksikan mereka sekadar seri tanpa jari- ngan.
"Ia satu kemenangan yang memang kita cari bagi memastikan kita layak (ke separuh akhir). Bagi saya, para pemain boleh beraksi dengan baik lagi berbanding semalam (kelmarin).
"Tetapi saya berbangga kerana karakter positif yang ditunjukkan para pemain. Ada beberapa pemain yang telah memainkan peranan penting bagi membantu pasukan mencipta kemenangan dan mereka harus diberi pujian.
"Pemain gantian juga telah menunjukkan prestasi yang baik dan sudah tentu saya gembira melihatkan situasi itu."
Selepas mengharungi jadual padat sejak tiba di Jakarta minggu lalu, skuad Harimau Muda diberi rehat semalam sebelum kembali menjalani latihan seperti biasa hari ini.

No comments:

Post a Comment