Tuesday, 24 January 2012

Video Negeri Sembilan 1-0 Felda United [Liga Super 2012]

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK


Video Negeri Sembilan 1-0 Felda United [Liga Super 2012]

Posted by  on Jan 22, 2012 | Leave a Comment
Negeri Sembilan FA Felda United FC
  • Liga Super 2012
  • Video Negeri Sembilan vs Felda United [1-0]
  • 21 Januari 2012
Video Negeri Sembilan 1-0 Felda United | Liga Super 2012
Video Negeri Sembilan vs Felda United [1-0] Liga Super 2012

Video Johor FC 0-1 Perak [Liga Super 2012]

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK


Video Johor FC 0-1 Perak [Liga Super 2012]

Posted by  on Jan 22, 2012 | Leave a Comment
Johor FC Perak FA
  • Liga Super 2012
  • Video Johor FC vs Perak [0-1]
  • 21 Januari 2012
Video Johor FC 0-1 Perak | Liga Super 2012


Video Johor FC vs Perak [0-1] Liga Super 2012

Senarai pemain menerima kad merah [Liga Super 2012]

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK


Senarai pemain menerima kad merah [Liga Super 2012]

Posted by  on Jan 23, 2012 | 1 Comment
kad-merah
Senarai Pemain Liga Super 2012 Menerima Kad Merah
  • Irwan Shah (Lions XII)
  • Mafry Balang (Sabah)
  • Mohd Shahril Faizal (T-Team)
  • Mohd Farid Ramli (Felda United)
  • Mohammad Hardi Jaafar (Felda United)
  • Muhd Nazri Ahmad (Felda United)
  • S Kunanlan (Negeri Sembilan)
Senarai Pemain Liga Super 2012 Terima Kad Merah

Saturday, 21 January 2012

Kedah FA: 4 perlawanan tanpa gol [Video]

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK


Kedah FA: 4 perlawanan tanpa gol [Video]

Posted by  on Jan 21, 2012 | 1 Comment
Kedah FA
  • Liga Super 2012
  • Kedah FA
T-Team 3-0 Kedah | 10 Januari 2012
Kedah 0-0 Lions XII | 14 Januari 2012
PKNS FC 0-0 Kedah | 17 Januari 2012
..
Kedah 0-3 Kelantan | 20 Januari 2012
Video Kedah FA | Liga Super 2012

Kelantan menang bergaya, terajui Liga Super

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK


Kelantan menang bergaya, terajui Liga Super

Posted by  on Jan 21, 2012 | 1 Comment
Kedah vs Kelantan Liga Super 2012
Kedah 0-3 Kelantan | Liga Super 20.01.2012
KELANTAN bergelar peneraju baru saingan bola sepak Liga Super 2012 untuk sekurang-kurangnya mungkin dalam tempoh 24 jam selepas membenam Kedah 3-0 di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam tadi.
Jaringan Mohammed Ghaddar, Norshahrul Idlan Talaha dan Dennis Antwi melonjakkan juara bertahan itu dengan 10 mata, berbanding pendahulu asal, T-Team yang kurang tiga mata dan akan menentang pasukan ‘abang’, Terengganu, malam ini.
Penyerang import Lebanon, Mohammed menyempurnakan penalti pada minit ke-35 selepas Norshahrul dibentes Fauzie Nan dalam kotak penalti untuk membuka tirai jaringan Wira Merah, yang belum kalah selepas empat perlawanan.
Minit ke-79 menyaksikan Norshahrul pula menambah derita Sang Kenari dengan merembat masuk umpanan Antwi yang melepasi kawalan tiga lawan selepas menggantikan Mohammed, enam minit sebelum itu.
Video Kedah 0-3 Kelantan | Liga Super 2012
Antwi sekali lagi menggembirakan pelawat apabila berjaya merampas bola dari kaki penjaga gol Kedah, Helmi Eliza Elias untuk menjadikan keputusan muktamad 3-0 pada masa kecederaan.
Kedah beroleh dua peluang terbaik bagi sekurang-kurangnya merapatkan kedudukan namun tolakan Khyril Muhymeen Zambri sempat ditepis penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-43.
Pemain muda Kedah, Faizal Abu Bakar pula kempunan apabila rembatan kaki kanannya pada minit ke-69 sekadar menggegarkan palang gol biarpun sudah menewaskan Khairul Fahmi.
Sementara itu, Pahang turut bergelar pendahulu baru Liga Perdana biarpun membazirkan pendahuluan dua gol untuk sekadar diikat 2-2 dan berkongsi satu mata dengan Perlis di Stadium Utama, Kangar.
Mengumpul 10 mata, Tok Gajah mungkin hanya mendahului liga 24 jam kerana teraju asal, Angkatan Tentera Malaysia akan kembali hari ini bagi perlawanan yang ditangguhkan kerana hujan lebat semalam dengan Sime Darby.

Perlawanan Tumpuan Liga Premier ( 4 )

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK


Perlawanan Tumpuan Liga Premier ( 4 )



Berikut adalah hasil tinjauan pendapat perlawanan tumpuan Liga Premier pada 20 Januari 2012. Perlawanan Perlis menentang Pahang menjadi perlawanan tumpuan warga page Bolasepak Malaysia pada kali ini.

1. Perlis lawan Pahang(116 undian)
20.5% Perlis menang
77.3% Pahang menang
2.2% Seri

2. Sime Draby FC lawan ATM FA(108 Undian)
28.1% Sime Draby menang
68,8% ATM menang
3.1% Seri

3. Harimau Muda B lawan Johor FA
37.5% Harimau Muda B menang
62.5% Johor menang
0% Seri

4. Betaria FC lawan MP Muar(29 undian)
15.8% Betaria menang
73.7% MP Muar menang
10.5% Seri

5. PDRM lawan Pos Malaysia(24 undian)
25% PDRM menang
62.5% Pos Malaysia menang
12.5% Seri

6. MBJB FC lawan USM FC(16 undian)
36.8% MBJB menang
57.9% USM menang
5.3% Seri

Carta Liga Perdana 16/01/12

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK


Carta Liga Perdana 16/01/12

Carta setakat 16.01.2012

Perlawanan Tumpuan Liga Super ( 4 )

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK


Perlawanan Tumpuan Liga Super ( 4 )


Berikut adalah hasil tinjauan pendapat perlawanan tumpuan Liga Super pada 21 dan 22 Januari 2012. Perlawanan Kedah menentang Kelantan menjadi perlawanan tumpuan warga page Bolasepak Malaysia pada kali ini.

1. Kedah lwn Kelantan (685 undian)
48% Kelantan menang
39% Kedah menang
13% Seri


2. Terengganu lwn T-Team (296 undian)
50% Terengganu menang
33% Seri
17% T-Team menang

3. Johor Fc lwn Perak (251 undian)
72% Perak menang
22% Johor Fc menang
6% Seri

4. Selangor lwn Sarawak (233 undian)
53% Sarawak menang
37% Selangor menang
10% Seri

5. N.Sembilan lwn Felda United (128 undian)
74% N.Sembilan menang
16% Felda United menang
10% Seri

6. Sabah lwn Lions XII (92 undian)
95% Sabah menang
5% Seri
0% Lions XII menang

7. Pkns lwn K.Lumpur (50 undian)
60% Pkns menang
27% K.Lumpur menang
13% Seri

Saturday, 14 January 2012

KELANTAN SEKADAR SERI – TAN SRI ANNUAR MUSA KECEWA

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK

KELANTAN SEKADAR SERI – TAN SRI ANNUAR MUSA KECEWA

Kelantan yang sekadar seri 1 – 1 menentang PKNS dalam perlawanan kedua Liga Super malam tadi membangkitkan rasa kecewa di kalangan para penyokong setia The Red Warriors.
Mengapa tidaknya, perlawanan yang dikuasai oleh Kelantan dengan serangan bertali arus ke kubu pasukan PKNS hanya berjaya menghasilkan satu gol menerusi Kapten Pasukan Badhri Radzi minit ke 70″ hasil hantaran lintang dari Norshahrul idlan talaha dan hanya selepas 10 minit berlalu Kelantan gagal meneruskan rentak cemerlang dan kesilapan Subramaniam menghantar bola kepada pertahanan di sambar penyerang PKNS Rudie Ramli yang pantas meluru ke arah penjaga gol muda Syazwan Yusof dan Syazwan Yusof tiada pilihan selain menjatuhkan pemain itu untuk memberikan sepakan penalti dan sepakan tersebut disudahkan sendiri oleh Rudie Ramli.
Jaringan penyamaan itu mengecewakan lebih 8 riblu penyokong setia the red warriors yang hadir walaupun hujan lebat sebelum perlawanan bermula.DYMM Sultan Muhammad Ke 5 juga turut mencemar duli menyaksikan perlawanan Kelantan menentang PKNS ini.
Bukan penyokong sahaja yang melahirkan rasa kecewa tapi Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa sendiri kurang berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkan pasukan Kelantan menentang PKNS pada malam tersebut.Tan Sri Annuar Musa berkata dalam laman facebooknya “Terlalu kecewa saya melihat team bermain mlm ni…mutu sangat rendah..coach dgn lineup yg memperlekeh pkns akhirnya dihukum dan hampir dimalukan..kalau mcm Ni prestasi kita nampaknya TAK KEMANA LA MUSIM INI…prestasi import tak memuaskan Dan PRESTASI JURULATIH JUGA PERLU DINILAI SEMULA…SURAT PERINGATAN PRESTASI AKAN DIKELUARKAN KPD BEBERAPA INDIVIDU….aduhai….”
Penyokong Warriors berharap Kelantan akan bangkit menentang Johor FC pada 17 Januari 2012 ini yang akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke IV.
Video Gol Kelantan dari Badhri Radzi

Friday, 13 January 2012

Lin Dan tewas, Chong Wei ke suku akhir Terbuka Malaysia

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK

Lin Dan tewas, Chong Wei ke suku akhir Terbuka Malaysia


Lin Dan tewas, Chong Wei ke suku akhir Terbuka Malaysia

Posted by  on Jan 12, 2012 | Leave a Comment
JAGUH badminton negara Datuk Lee Chong Wei semakin menghampiri kejuaraan kelapan Siri Super Terbuka Malaysia apabila melangkah ke suku akhir perseorangan lelaki di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini, hari ini.
Pemain nombor satu dunia itu mudah menewaskan lawannya Kazushi Yamada dari Jepun pada set pertama 21-8 namun kehilangan fokus pada set kedua sehingga membenarkan Yamada mendahului 12-4.
Bagaimanapun, pilihan utama kejohanan itu berjaya bangkit untuk akhirnya memenangi perlawanan dengan mata 21-18.
“Masa set kedua saya sedikit hilang fokus, mungkin kerana ada gangguan ‘angin’ yang kuat (di gelanggang) jadi saya sedikit takut untuk bermain seperti biasa,” katanya kepada media selepas perlawanan.
Beliau dijadualkan bertemu pemain Indonesia Taufik Hidayat pada peringkat suku akhir esok.
Taufik hari ini mengetepikan saingan pemain Vietnam Nguyen Tien Minh 21-11, 21-14.
Dalam satu lagi perlawanan perseorangan lelaki, Jan O Jorgensen dari Denmark melakukan upset dengan mengalahkan pemain nombor dua dunia Lin Dan dari China 14-21, 21-15, 21-15.
Jorgensen, yang menggambarkan kejayaan itu sebagai ‘kemenangan paling besar buat dirinya”, berkata mengalahkan Lin Dan adalah lonjakan baginya selepas mengharungi tahun yang agak sukar pada musim lepas.
“Lin Dan adalah pemain yang sangat sukar untuk dikalahkan. Saya kalah kepadanya di China tahun lepas, namun pada kali ini, saya dan jurulatih merancang permainan yang berbeza, dengan memperbanyakkan pukulan tajam di jaring dan cuba menang dalam pukulan rali,” kata pemain itu yang mengalami masalah jantung selepas kematian ibunya tahun lepas.
Bagaimanapun, Jorgensen mengakui bahawa Lin Dan mungkin keletihan selepas bermain dalam beberapa siri kejohanan sejak tahun lepas.
Pemain berusia 25 tahun itu akan berdepan satu lagi saingan sengit esok dengan menentang seorang lagi pemain dari China, Chen Jin di peringkat suku akhir. — BERNAMA

Monday, 9 January 2012

Perlawanan Tumpuan Liga Premier ( 1 )

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK


Perlawanan Tumpuan Liga Premier ( 1 )


Berikut adalah hasil tinjauan pendapat perlawanan tumpuan Liga Premier pada 09.01.2012.
Perlawanan ATM menentang NS Betaria menjadi perlawanan tumpuan warga page Bolasepak Malaysia pada kali ini.

1. ATM lwn NS Betaria (135 undian)
47% ATM menang

47% NS Betaria menang
6% Seri

2. Pahang lwn MBJB (49 undian)
80% Pahang menang
11% MBJB menang
9% Seri

3. MP Muar lwn Perlis (36 undian)
59% Perlis menang
41% MP Muar menang
0% Seri

4. Johor lwn Pdrm (32 undian)
61% Johor menang
22% Pdrm menang
17% Seri

5. Sime Darby lwn Harimau Muda B (31 undian)
77% Harimau Muda B menang
20% Sime Darby menang
3% Seri

6. Usm Fc lwn Pos Malaysia (25 undian)
73% Usm Fc menang
20% Seri
7% Pos Malaysia menang

Sunday, 8 January 2012

Khairul Fahmi Ingin Menamatkan Zaman Bujang posted January 8, 2012 / No Comments

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK


Khairul Fahmi Ingin Menamatkan Zaman Bujang

gambar khairul fahmi bersama dahlia teck


Khairul Fahmi Che Mat dikatakan akan kahwin Dahlia Teck dalam tahun 2012 ini. Khairul Fahmi juga menyatakan hasratnya itu untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun ni jika tiada halangan.
Menurutnya, hasrat itu bakal menjadi kenyataan jika dia bertemu wanita pilihan hatinya, namun tumpuannya kini hanya mahu memajukan lagi kariernya sebagai pemain bola sepak.
.. Kalau ada rezeki (ada jodoh), insya-Allah kahwin tahun ini atau tahun depan, katanya tanpa mahu menyebut siapa wanita yang berjaya mencuri hatinya.
Siapa lagi kalau bukan kekasih sendiri iaitu Dahlia Teck yang akan kahwin dengan Khairul Fahmi ni. Itupun kalau jodoh panjang
-ceritamamat


Video Manchester City vs Manchester United [FA Cup 2012]

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK


Video Manchester City vs Manchester United [FA Cup 2012]

Posted by admin
Manchester City vs Manchester United
Video Manchester City 2-3 Manchester United
Manchester City 0-1 Manchester United | Gol Rooney
Manchester City 0-2 Manchester United | Gol Welbeck
Manchester City 0-3 Manchester United | Gol Rooney
Manchester City 1-3 Manchester United | Gol Kolarov
Manchester City 2-3 Manchester United | Gol Aguero
Video: Manchester City vs Manchester United Piala FA

Status Import: Terengganu kesal tuduhan tak berasas

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK


Status Import: Terengganu kesal tuduhan tak berasas

Posted by  on Jan 08, 2012 | 2 Comments
Terengganu FAPERASAAN malu yang menyelubungi kem pasukan Terengganu gara-gara kontroversi surat pekeliling bertarikh 23 Disember lalu belum berakhir.
Semalam, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh sekali lagi tampil menjelaskan pendiriannya bagi membersihkan maruah persatuan negeri itu.
Kata Che Mat, sekalipun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah membuat permohonan maaf menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad, namun ia masih belum cukup memulihkan penderitaan PBSNT.
“Kami (PBSNT) bukan mahu berkelahi tetapi kami hanya mahu mencari penyelesaian yang baik antara induk dan badan gabungan.
“PBSNT dilemparkan pelbagai tohmahan dan dikatakan tidak tahu membaca surat pekeliling itu. Walhal, ia bukanlah kesilapan kami kerana kami berpandukan kepada surat pekeliling itu,” katanya.
Justeru, Che Mat mahu Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin sendiri membuat permohonan maaf kepada PBSNT di atas kekeliruan yang timbul daripada surat pekeliling itu.
“Janganlah kata yang kami tidak tahu membaca surat pekeliling itu kerana ia satu tamparan buat kami.
“Jadi, saya mahu dia memohon maaf secara terbuka kepada kami… bukan kepada saya tetapi kepada PBSNT,” jelasnya.
Semalam, Akhbar Kosmo melaporkan permohonan maaf daripada FAM menerusi Azzuddin ekoran kesilapan yang berlaku ke atas surat bertarikh pada 23 Disember.
Dalam surat berkenaan, FAM secara jelas menyatakan syarat-syarat pemain asing untuk pasukan Kelantan dan Terengganu yang akan bermain dalam Liga Malaysia (Liga-M) 2012 dengan skuad Penyu diberi tempoh pendaftaran sehingga 9 Januari ini.
PBSNT kemudian telah menandatangani kontrak dua pemain import iaitu Francis Forkey Doe dari Liberia dan Erison Da Silva Santos Carnieto dari Brazil.
Bagaimanapun, FAM kemudian menjelaskan, surat berkenaan berkenaan merujuk pendaftaran pemain import untuk kempen Piala AFC dan bukannya Liga-M.
“PBSNT telah banyak melabur untuk mendapatkan dua pemain import ini tetapi malangnya, mereka tidak dapat bermain.
“Kalau diikutkan, dua pemain import itu tidak dapat bermain dalam 10 perlawanan Liga Super dan mungkin juga tidak berpeluang bermain dalam Piala FA sehingga separuh akhir,” jelasnya.
Namun Che Mat menjelaskan, PBSNT akan tetap mengekalkan Doe dan Carnieto sehingga pintu pembelian pemain import dibuka pada April depan. — Kosmo

Manchester City waspada amukan United

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK


Manchester City waspada amukan United


Roberto Mancini vs Alex Ferguson
  • Piala FA England (Pusingan Ketiga)
  • Manchester City vs Manchester United
  • 8 Januari 2012, 9.00 malam
  • LIVE Astro 813
ATAS kertas, Manchester United dilihat bakal ‘tumbang’ kepada Manchester City pada saingan pusingan ketiga Piala FA England di Eastland malam ini.
Berdasarkan rekod sebelum ini, United pernah menjadi mangsa belasahan City pada saingan Liga Perdana England yang menyaksikan kelab kendalian Roberto Mancini itu menang besar 6-1 di Old Trafford.
Jika setengah dozen mampu diledak di kandang lawan, ada kemungkinan City bakal berpesta gol lagi malam ini memandangkan perlawanan tersebut berlangsung di gelanggang keramat mereka.
Apa pun, macam-macam boleh terjadi dan yang pasti pasukan yang banyak melakukan kesilapan bakal menerima padah.
Bagi pengurus City, Roberto Mancini, dia tetap menghormati United.
Menyedari ancaman yang bakal dilontarkan oleh skuad kendalian Alex Ferguson itu, Mancini memberi amaran kepada barisan pemainnya supaya berhati-hati dengan kebangkitan musuh ketat mereka itu.
United yang mengalami dua kekalahan berturut-turut pada aksi Liga Perdana England telah membuka laluan kepada City untuk menerajui carta liga dengan kelebihan tiga mata.
Kemenangan lalu tidak memberikan sebarang makna kepada pengendali yang berasal dari Itali itu dan berharap pasukannya bersedia menghadapi amukan United pada satu lagi pertembungan klasik, malam ini.
“Perlawanan membabitkan dua jiran terdekat ini sentiasa dinanti-nantikan dan saya menjangkakan pertemuan kali ini lebih sukar kerana United pasti mahu bangkit selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut dalam saingan liga,” kata Mancini.
“Satu perkara yang pasti, mereka memiliki mentaliti yang kuat serta sentiasa bertindak positif selepas mengalami kekalahan.
“Selepas mereka tewas 1-6 dengan kami, United kembali bangkit mempamerkan aksi yang sebenar apabila berjaya mencatatkan tujuh kemenangan dan satu seri.
“Mereka dilanda krisis kecederaan pemain namun United masih merupakan salah satu pasukan kuat di England. Itulah sebabnya United sentiasa menjadi satu pasukan yang berbahaya,” katanya.
Pengurus United, Alex Ferguson pula berkata: “Saya tidak mahu menyebut hal (kekalahan 1-6) itu.
“Saya selalu berkata kepada pemain saya supaya memberi fokus untuk mencapai kemenangan.
“Namun pada pertembungan dua seteru utama ini, apa sahaja boleh berlaku.
“Ia sungguh mengagumkan (bahawa United tidak memenangi Piala FA sejak 2004). Ia boleh menjadi satu rangsangan motivasi kepada pemain-pemain yang masih belum memenangi trofi seperti Rio Ferdinand untuk beraksi dengan lebih baik.” — Kosmo

Pertembungan City-United uji kekuatan mental

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK


Pertembungan City-United uji kekuatan mental


Roberto Mancini vs Alex Ferguson
  • Piala FA England (Pusingan Ketiga)
  • Manchester City vs Manchester United
  • 8 Januari 2012, 9.00 malam
  • LIVE Astro 813
PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson memberi amaran kepada pencabar terdekatnya, Manchester City bahawa mereka akan berhadapan dengan satu ujian mental yang hebat pada pertembungan Piala FA malam ini.
City masih mendahului skuad bimbingan Ferguson dengan kelebihan tiga mata sebagai pendahulu Liga Perdana England.
Ini merupakan musim terbaik bagi City kerana sebelum ini kelab bimbingan Roberto Mancini itu tidak pernah sampai ke tahap sedemikian untuk mengejar gelaran liga bagi tempoh 44 tahun.
City juga menjadi pasukan pilihan yang bakal menumbangkan ego United pada hari ini, namun Ferguson terus melancarkan serangan psikologi untuk memberikan tekanan pada rakan sejawatnya, Mancini dan anak-anak buahnya.
“City merupakan sebuah pasukan yang hebat dan skuad yang berpengalaman. Jadi ia tidak mengejutkan sekiranya mereka mampu ke tahap ini. Tetapi mereka juga perlu sedar kami sedang mengejar dari belakang,” kata Ferguson.
Terdahulu, City terus melakar kejayaan selepas menewaskan Liverpool 3-0, manakala United tidak mampu menambah mata apabila tewas kepada Blackburn dan Newcastle.
Sekiranya, United tewas kepada City malam ini, ia akan menjadi pencapaian mereka yang terburuk kerana tewas tiga kali berturut-turut dalam tempoh 10 tahun ini.
Namun Ferguson berkata, dengan pengalaman yang United memenangi gelaran liga dan trofi, ia akan memberi mereka kelebihan untuk mengatasi City, walaupun mempamerkan aksi yang hambar.
“Kami tidak kisah dengan situasi kami sekarang. Kami hanya menjangkakan keputusan yang baik ketika menentang City.
“Jika masih timbul persoalan keadaan pasukan pada masa ini, ia hanya disebabkan kami tewas dalam dua perlawanan terakhir ini.” — Kosmo

Ketepikan ego, akuilah kehebatan Manchester City

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK


Ketepikan ego, akuilah kehebatan Manchester City

Posted 
Roberto Mancini vs Alex Ferguson
  • Piala FA England (Pusingan Ketiga)
  • Manchester City vs Manchester United
  • 8 Januari 2012, 9.00 malam
  • LIVE Astro 813
“Jika dahulu Liverpool menjadi musuh tradisi anda tetapi kini, akuilah kehebatan kami dan kami bakal menjadi pencabar utama anda.”
Begitu tegas tonggak pertahanan Manchester City, Joleon Lescott kepada pengurus Manchester United, Alex Ferguson menjelang pertembungan dua pasukan terbaik England itu musim ini pada perlawanan pusingan ketiga Piala FA malam ini.
Pemain pertahanan tersebut mendakwa bahawa sudah tiba masanya untuk pengendali Old Trafford itu mengakui tentang kehebatan City.
Lescott, 29, berkata, United kini seperti sukar untuk menerima kehebatan City dan sering menganggap pasukan kendalian Roberto Mancini sebagai sebuah kelab yang lemah.
“Mereka sering menyatakan pertembungan dengan Liverpool merupakan satu perlawanan yang besar dan melayan kami seperti beraksi dengan sebuah kelab yang kerdil.
“Kami tidak kisah mengenainya. Saya pasti jika kami menjuarai Liga Perdana England musim ini, setiap orang akan mempunyai pendapat yang berbeza.
“Saya rasa ramai di antara penyokong United akan mengambil serius dengan kehebatan City sekarang kerana kami merupakan kelab utama dalam liga sekarang,” kata Lescott.
Tambahnya, sejarah menunjukkan Liverpool sebuah kelab yang hebat tetapi kini, City merupakan pencabar utama untuk merebut gelaran juara liga.
City kini mendahului United dengan kelebihan tiga mata dalam carta liga.
Untuk mengukuhkan lagi reputasi City, mereka telah membelasah United 6-1 di Old Trafford (Oktober lalu) dan menang 1-0 pada perlawanan separuh akhir Piala FA di Wembley musim lepas.

Jadual Liga Perdana 2012

SELAMAT DATANG KE KAKI BOLA NETWORK


Jadual Liga Perdana 2012

09.01.2012

Graphic : Mohammad Aznorashiq Bidin
Hak Cipta Terpelihara 2012